Richiamo Coffee Menyediakan Pelbagai Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi
Richiamo Coffee Menyediakan Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi - Korang biasa lepak minum kopi dekat Richiamo Coffee? Kalau belum pernah, try la minum dan makan dekat situ. Kenapa? Sebab Richiamo Coffee bukan sahaja menyediakan minuman kopi dan pastry, tapi ada makanan tempatan lain yang menarik untuk korang makan.
Richiamo Coffee terkenal dengan pelbagai minuman kopi premium yang sedap dan pastinya harga sangat berpatutan. Cawangan Richiamo Coffee pun banyak dah sekarang. Mudah nak lepak minum kopi dan pastry sambil buat kerja atau santai-santai minum makan bersama kawan-kawan dan keluarga
Richiamo Coffee Menyediakan Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi
Jadi haritu nad pergi minum kopi dengan keluarga di Richiamo Coffee Gurney Mall, bersebalahan dengan UTMKL. Nad suka lepak dekat Richiamo Coffee ni sebab konsep kedainya yang cantik, tema hitam putih, dan menu semua nampak premium tapi harga berbaloi
Konsep dan ruang dalaman yang menarik
Bila datang sini, boleh lepak dekat luar atau dekat dalam, banyak kerusi disediakan. Nad suka bahagian dalam sebab dekorasi cantik, bersih, kemas siap ada kerusi mewah yang selesa macam dekat rumah
Pelbagai menu menarik disediakanMinumanRichiamo Coffee bukan sahaja menyediakan kopi malah pelbagai jenis air, ada air panas, air sejuk, smoothies dan menariknya ada coffee print.
Bila datang sini,nak minum kopi, korang try minuman signature mereka iaitu Hot Salt Caramello Cappucino. sedap ye. Suami kita pilih Hot Cappuccino, pun ok, memnag rekomen sangat
Pastry dan kek
Kadang orang datang sini, minum kopi sambil makan pastry atau kek. Hah, dekat Richiamo Coffee ni memang ada macam-macam jenis pastry dan kek korang boleh pilih
Macam nad pilih Salted Egg Yolk Croissant dengan Kek red Velvet. Salted Egg Yolk Croissant tu memang pilihan. Rasa salted egg yolk dan manis sedikit memang ngam betul. Serius sedap dan tak berhenti nak makan
Set NasiDatang pagi nak minum kopi kononnya, tapi perut lapar, mujur ada nasi dekat sini. Ya korang, Richiamo bukan sahaja menawarkan kopi premium, pastry dan kek sahaja, tapi ada menu makanan set nasi tau.
Antara nasi yang ada, Set Nasi Lemak, Set Nasi Daging Masak Hitam, Set Nasi Daging Masak Lemak Cili Padi, Set Nasi Ikan Tenggiri Asam Pedas, Nasi Daging Asam Pedas, Nasi Itik Salai Asap, Nasi Siput Sedut pun ada tau dan banyak lagi. Korang boleh tengok menu yang nad tunjuk tu
Nad makan Nasi Ikan Patin Masak Tempoyak. Rasanya yang masam manis pedas tu dengan kuah tempoyak yang pekat. Takyah dah pergi jauh-jauh nak cari Ikan Tempoyak, datang je ke Richiamo Coffee ni. Set nasi ini di datangkan dengan ulaman, belacan dan ikan kering.
Suami nad pulak makan Set Nasi Daging Masak Lemak Cili Padi. Set ni sama juga ada ulaman, sambal belacan dan ikan kering. Set ni pun suami pun suka. Kuah pekat, rasa lemak cili padi tu terangkat. Suami ni jenis cerewet sikit bab makan, bila dia suka, dia akan cakap suka dan akan datang semula untuk makan. Siap cakap, nak ajak bos makan sini la
Hidangan ni pun kami kongsi-kongsi makan, sebab nak rasa kan..hehehe. Kami suka sangat dua menu ni
Sides & Snacks
Paling best dekat sini pun ada murtabak raja dan keropok lekor. Satu lagi menu Mushroom Soup & Garlic Bread. Ni makan santai-santai waktu pagi, memang best. Hirup sup mushroom tu, sedap
Sesuai sangat datang sini untuk makan dan minum pagi, tengahari, petang mahupun malam melihat kepada menu yang disediakan
Sesuai lepak dengan keluarga, kawan-kawan atau bersendirian nak buat kerja. Menu semua menarik dan harga sangat berpatutan. Apa yang penting semua bahan yang digunakan halal dan mengikut syariat
Tak tau nak minum kopi dekat mana, datang sahaja Richiamo Coffee berdekatan korang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/11/richiamo-coffee-menyediakan-pelbagai-menu-menarik.html