Kedai Kopi Rasa Kayangan Harga Marhain Original Dan Premium Di Richiamo Coffee
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hi korang semua lama tak bertemu di dunia blog Maha ni. Agak kesibukan dengan kerja dan juga aktiviti lain. Kadang-kadang ada masa dan ilham seperti ini baru dapat mengupdate blog yang dah bersawang jugalah ni. Tapi harap korang terus ikut dan baca blog Maha ni jangan malu atau segan untuk tinggalkan komen Insha-Allah Maha akan balas juga
Kali ni Maha nak bawa korang kita pergi lepak-lepak santai kat sebuah kedai kopi yang sekarang ni makin dikenali ramai. Ia telah wujuh sejak 2015 lagi. Ini lah di Richiamo Coffee. Maha selalu lepak dengan kawan-kawan sembang bincang pasal plan percutian dan jalan-jalan di kedai kopi ni. Tak sangka rupanya ia telah mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Richiamo Coffee ni menarik bagi Maha bukan sahaja konsep dan design yang mengetengahkan hitam putih pada warna kedainya. Tapi juga pada pilihan makanan dan minuman dalam senarai menu yang sangat banyak dan dekat dengan selera rakyat Malaysia. Nama jer kedai kopi tapi makanan berat-berat masakan tradisi Melayu juga ada kat sini
Kebetulan hari tu Maha nak balik kampung jadi singgah kat cawangan UTMKL. Dekat dengan kampus UTM Kuala Lumpur serta Residensi UTM. Singgah nak minum dan makan sebab sini menu bukan banyak tapi sedap sangat. Nama pun dah Richiamo Coffee menjadi kepakaran kepada mereka menyediakan kopi terbaik pada harga yang mampu beli. Kalau pecinta pelbagai jenis kopi seperti Espresso, Americano, Cappuccino, Latte dan banyak lagi yang panas atau sejuk
Bagi yang bukan kaki kopi macam Maha ni boleh juga cuba minuman panas dan sejuk lain seperti Teh Tarik, Matcha, Lemon Tea, Hazelnut, Chocolate, Smoothies atau juga minuman jus buahan. Kalau mengeteh tak perkena kudapan atau juga pastri mereka tak sah. Kat sini meraka cukup popular juga menyediakan pastri seperti Croissant, Donut, Muffin, Chocolate Roll, juga pilihan kek seperti Cheese Cake, Red Valvet Cake, Cempedak Cake, dan banyak lagi
Sebab hari tu Maha nak jalan jauh balik Pahang jadi terus singgah makan berat sekali kerana tahu kat sini mereka ada lauk pauk enak dan kena dengan tekat Maha. Maha paling suka mereka punya Nasi Daging Salai Asap dan juga Kari Ayam. Menu lain menarik boleh pilih ada kat sini seperti Masak Asam Pedas, Masak Lemak Cili Padi, Masak Hitam, Patin Masak Tempoyak pun ada. Untuk sarapan pagi ada juga pilihan Nasi Lemak kat sini menarik
Sebab itu Maha cakap kat sini memang banyak menu nak senarai semua kat sini memang penuh. Tapi yang sempat order hari tu adalah Hot Caramello Latte, Hot Hazelnut Chocolate, Spaghetti Salted Egg Prawn, Nasi Daging Salai Asap, Salted Egg Yolk Croissant dan juga Apple Crumble Cheese Cake. Semua order dua-dua sebab makan dengan adik Maha hari tu kami balik sekali satu kereta.
Nak cerita dari rasa masakan mereka semua berasa, kalau tanya masak lemak daging salai asap tu memang kuah masak lemak tu sangat pekat terasa semua rempah dan juga daging yang lembut dan terasa asapnya. Manakala untuk Spaghetti tu memang penuh dengan telus masih ia disedapkan lagi dengan rasa pedas cili kampung membuatkan kalau makan sepinggan tu tak muak.
Pencuci mulu tu korang kena cuba mereka punya croissant telur masin tu memang dalam tu ada lelehan telur masin yang sangat pekat sedap. Kek juga tidak terlalu manis dan sesuai untuk makan semua orang. Cuma hari tu tak sempat nak order mereka punya kek Cempedak yang menjadi signature kat sini. Next time datang lagi akan order kek cempedak tu.
Jadi kalau korang tanya berapa markah Maha boleh bagi untuk rasa 4.5 dari 5 markah penuh. Sebab semua hampir sempurna dan juga melengkapi. Dekorasi pun menarik dalam tu cantik kemas dan juga teratur kat luar pun ada tempat duduk yang selesa untuk makan dengan keluarga. Mana tahu lepas ni Richiamo Coffee boleh jadi lokasi tempat lepak korang pulakkan. Kalau dah cuba korang boleh tinggalkan komen pendapat tentang makanan di sini ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua
Sebarang promosi dan juga menu boleh layari:Laman web : https://richiamocoffee.comFacebook : https://www.facebook.com/RichiamoCoffeeInstagram : https://www.instagram.com/richiamocoffee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2023/11/kedai-kopi-rasa-kayangan-harga-marhain.html