Merasai Pelbagai Citarasa Makanan Menarik Dan Sedap Di Thistle Port Dickson Resort


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu dah buat satu posting pasal apa yang membuatkan Maha tertarik memilih untuk menginap di Thistle Port Dickson Resort. Selain daripada segala kemudahan yang ada kat resort tu paling membuat Maha jatuh cinta kat sana adalah makanan mereka. Kat sana ada pelbagai jenis restoran dan juga lounge konsep untuk nikmati makanan dan minuman yang sedap-sedap



Menjadi hotel yang brertaraf 4.5 start ni mesti kena ada restoran yang menyediakan makanan ala bufet atau juga ala-cart. Serta ada juga khidmat penghantaran makanan dari restoran terus ke dalam bilik. Jadi kalau duduk dalam ni tak perlu nak risau untuk keluar cari makan dah kerana dalam sahaja dah banyak makanan kenyang perut suka hati. Itu yang pertama kena isi dulukan



Jom Maha review beberapa makanan yang ada disediakan di Thistle Port Dickson Resort mana tahun korang yang dah menginap kat sini nak cari makan pula. Daripada makan sarapan pagi hingga makan malam semua istimewa. Paling best boleh buat BBQ sendiri tau kat sini

1) Chinoise Restaurant 
Pertama sekali hari tu Maha sampai dalam tengahari lepas check-in terus pergi makan kat restoran masakan china mereka. Chinoise Restaurant adalah restoran yang berada berhadapan betul-betul menghadap kolam renang memang makan sambil tengok orang berenang. Kalau dari segi dekorasi Maha memang bagi A+ kat restoran ini kerana begitu cantik dan selesa. Menggunakan meja konsep kopitiam cina zaman dulu-dulu memang meriah. Ada sahaja sudut yang boleh nak OOTD bergambar sementara tunggu makanan siap





Hari tu Maha order mereka punya Dim Sum yang istimewa. Mereka ada sediakan set Dim Sum atau Shumai. Ada yang isi daging ayam, yang isi dengan udang, ada yang rempah ratus gaya masakan cina tradisional dan pelbagai lagi. Tengok tu warna-warni sangat memeng menyelerakan. Makan pula time panas-panas baru lepas dikeluarkan dari pengukus. Sini semua masakan kukus yang lebih sedap. 



Bila makan kena cicah pulak dengan sos yang ada pedas manis serta dengan kicap pekat tu mengangkat rasa Shumai tu. Jangan risau kalau korang datang dalam kumpulan besar mereka akan sediakan ikut berapa orang yang nak makan. Sebab Maha hari tu datang dua orang jadi tak banyaklah pilihan yagn ada. Itu sahaja pun dah kenyang macam mana ni



Lepas makan Shumai ada pula dihidangkan dengan itik goreng garing atau di panggil Beijing Crispy Roasted Duck iaitu daging itik dimasak beberapa jam sehingga warna keperangan emasan. Daging itik kat dalam tu masih berjus dan juga kulit kat luar sangat rangup dibuatnya. Daging itik dipotong mengikut gaya yang dilakukan oleh chef profesional mereka. Kemudian daging tu dibungkus dalam kulit popiah yang dihasilkan sendiri juga ditambah daun bawang dan sos istimewa sangat lazat




Buat korang pecinta daging itik boleh datang cuba order satu isi daging tu akan dihiris mengikut keperluan. Manakala daging yang tidak habis chef akan cadangkan untuk dibuat masak lain seperti Daging Itik Black Pepper atau juga masak Spring Onion And Ginger. Ni pun Maha suka habis makan daging itik yang dibungkus tu tiada langsung bau itik yang sesetengah orang tak berapa minat. Tapi Maha bedal jer semua sebab sedap kot and jarang dapat makan



Sebab tu restoran ini memang menjadi pilihan untuk makan waktu tengahari atau juga makan malam ia buka. Memang puas hati makan kat sini macam kat restoran mewah tapi memang mewah Restoran Chinoise ni hehehe. Korang datang sini boleh cuba ok

2) D.I.Y BBQ Dinner
Satu yang baharu diperkenalkan kat resort ini adalah DIY BBQ. Iaitu kita boleh order bahan untuk BBQ dan juga segala peralatan disediakan pihak restoran. Kemudian kita masak sendiri untuk BBQ tu memang sangat menarik. Hari tu Maha sempat cuba mereka punya DIY BBQ ni. Ia disediakan dilokasi luar Fresh Restaurant ye lah sebab nak masak berasap-rasapkan. 




DIY BBQ ni adalah satu pengalaman yang terbaiklah kalau menginap kat resort. Sebab kita tempah semua bahan disediakan ada pelbagai set, kalau tak silap Maha ada SET 1 untuk 3 orang makan, SET 2 untuk 7 orang makan dan juga SET 3 untuk 10 orang makan. Segala bahan mentah disediakan kita request mungkin ada yang alahan beberapa makanan seafood boleh juga. 




Arang dan juga peralatan untuk membakar juga telah disediakan oleh mereka. Kita datang bawa diri dan terus boleh bakar dan makan sahaja. Waktu untuk DIY BBQ ini adalah dari jam 6.30petang hingga 9.30malam. Tapi kalau korang yang nak buat secara berskala lebih besar dan juga kat tepi pantai mereka ada lokasi tepi pantai yang lebih cantik. Kalau nak request chef bakarkan BBQ ni ia ada extra charge lah yer sebab layanan istimewa kot hehehe





Tapi puas hati sangat makan untuk BBQ ni memang mengenyangkan ada siap nasi goreng dan juga buah-buahan disediakan. Serta minuman untuk beberapa orang. Memang kena cuba satu pengalaman menarik dan berlainan daripada yang pernah ada kat tempat lain. Makanan laut pun semua segar-segar belaka. Puas hati makan BBQ ni

3) Sarapan Pagi Di Fresh Restaurant
Kalau menginap sini setiap bilik akan dapat sekali dengan complementary untuk sarapan pagi. Kalau bab sarapan pagi kat hotel ni memang saya agak memilih sikit yer lah nak isi perut selepas bangun tidur hehehe. Tapi kat sini tak perlu bimbang mereka sediakan segala yang ada kena dengan tekak Melayu tempatan juga ada campuran barat sikit. 





Konsep sarapan pagi sini bufet dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak wajib lah ada. Kemudian ada nasi goreng atau mee goreng. Kalau yang suka sarapan lite-lite tu boleh pergi station bahagian roti untuk menikmati roti pastri buatan sendiri yang sangat lembut dan beraneka pilihan. Juga ada pilihan pau dan juga Dim Sum yang panas-panas dari pengukus. 




Uniq kat sini mereka ada sediakan tin biskut empat segi yang zaman kanak-kanak dulu. Dalam tu pun ada biskut yang pelbagai jenis orang dulu-dulu suka makan cicah dengan kopi atau teh 'O'. Perhhh memang layan simple but sangat nostalgik kat sini. Teh tarik kaw pun ada yer korang kena cuba. Kalau nak makan roti canai dan telur separuh masak ada kat station jauh sikit mereka sediakan panas-panas dan roti di terbar masa korang order tau




Waktu untuk sarapan dari jam 6.30 pagi hingga jam 10.00 pagi jadi boleh datang awal banyak lagi makanan. Jadi sempat lah lepas solat subuh tu korang turun pergi tengok matahari terbit ambil vitamin pagi yang sihat lepas tu joging jalan-jalan tepi pantai sikit. Baru terus pergi sarapan nikmat juga tu kan hehehehe



Itu antara beberapa makanan yang ada boleh korang nikmati kalau menginap di Thistle Port Dickson Resort ini. Sebab tu Maha cakap korang tak akan laparnya kalau duduk sini dan tak perlu keluar untuk cari makanan diluar. Semua ada dalam tu cuma perlu order sahaja. Mereka juga ada Steps Lounge kat bahagian lobby antuk santai-santi minup kopi petang-petang sambil makan pastri dan juga ada baharu iaitu waffle tak silap Maha. Sebab masa sampai hari tu mereka buat promosi bagi rasa waffle kat situ sedap



So korang yang dah booking menginap kat sini boleh cuba sekali booking menu makanan yang ada menarik kat sini tak rugi punya. Selamat beristirehat dan juga selamat menikmati makanan yang enak belaka ok


Sebarang pertanyaan atau promosi terkini di Thistle Port Dickson Resort boleh layari :-Laman web: www.thistle.com.my/portdicksonFacebook: https://www.facebook.com/Thistle.PDInstagram: https://www.instagram.com/thistle.pdTel : 06 - 648 2828Email : [email protected]








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/11/makanan-menarik-dan-sedap-di-thistle-port-dickson-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thistle Port Dickson Resort Pilihan Pertama Lokasi Berehat Dan Bercuti Hujung Minggu

Thistle Port Dickson Resort Pilihan Pertama Lokasi Berehat Dan Bercuti Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 271 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Tup tap tup tap dah sampai hujung tahun 2023 kita sekarang dah masuk bulan November cepat masa berlalu Bila dah sampai hujung ...
Pantai Menarik Di Port Dickson Pantai Cermin

Pantai Menarik Di Port Dickson Pantai Cermin

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 252 hits
Entah dari mana nak mulakan ayat Rasa kekok pula lama tak menulis cerita Balik balik tentang drama dan sukan bola sepak Itu je lah modal yang ada dari dibiarkan sunyi sepi tanpa update Sebenarnya ada je cerita tapi itulah bila datang writer...
Richiamo Coffee Menyediakan Pelbagai Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi

Richiamo Coffee Menyediakan Pelbagai Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 366 hits
Richiamo Coffee Menyediakan Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi Korang biasa lepak minum kopi dekat Richiamo Coffee Kalau belum pernah try la minum dan makan dekat situ Kenapa Sebab Richiamo Coffee bukan sahaja menyediakan minuman kopi dan past...
Healing Tengok Sunset Di Pantai Batu 4 Port Dickson

Healing Tengok Sunset Di Pantai Batu 4 Port Dickson

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum Macam SA citer sebelum ni kan petang Sabtu tu SA 3 beranak ke Port Dickson saje la bawak suami jenjalan Pasar Malam Batu 4 tu at least boleh beli makanan dan lepak kat tepi pantai kan pukul 5 30 petang macam tu kami gerak ja...
Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

Resepi Asam Pedas Siakap Yang Sedap Dan Segar

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 329 hits
Asam Pedas Siakap Antara Menu Kesukaan Kami Sekeluarga Selain sedap digoreng garing ikan siakap juga sedap di masak berkuah seperti asam pedas atau lemak cili api Kali ini saya akan kongsikan lagi resepi asam pedas sedap style Johor yang ca...
Filem Menarik 2024 Senarai Filem Tahun 2024

Filem Menarik 2024 Senarai Filem Tahun 2024

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 283 hits
Filem Menarik 2024 Senarai Filem Tahun 2024Filem Menarik 2024 Senarai Filem Tahun 2024 Assalamulaikum Salam sejahtera guys Tahun 2024 semakin hampir Pastinya penggemar filem menantikan apakah filem filem menarik antarabangsa dan juga tempat...
Sharifah Zarina Puas Hati Suara Nyanyian Masih Sedap Amp Boleh Tarik Nada Tinggi

Sharifah Zarina Puas Hati Suara Nyanyian Masih Sedap Amp Boleh Tarik Nada Tinggi

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 159 hits
Penyanyi Sharifah Zarina mengakui dirinya puas selain mengatakan suara nyanyiannya masih sedap untuk didengari meskipun sudah lama tidak membuat persembahan di khalayak ramai Ia berikutan suaranya dikritik teruk kerana dikatakan gagal untuk...
Tidak Menarik Perhatian

Tidak Menarik Perhatian

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 141 hits
TIDAK MENARIK PERHATIAN Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hihi TIDAK MUDAH MAHU MENARIK PERHATIAN ORANG DENGAN CARA YANG BIASA BIASA Mesti ada usaha yang lebih lain daripada yang lain dan kreatif K...
Pajeri Terung Yang Super Sedap Kuah Pekat Likat Berempah Ini Resipinya

Pajeri Terung Yang Super Sedap Kuah Pekat Likat Berempah Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 194 hits
Pajeri antara masakan berkuah yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah tambah Enak dinikmati bersama gelama masam goreng Untuk anak anak boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng Kuahnya yang pek...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul