Richiamo Coffee Gurney Mall Cantik Menarik Dan Paling Penting Kopinya Enak
Hi Korang,
Biasa perasan tak Richiamo Coffee?
Itulah mesti ade kan, dah banyak outlet dah jenama Richiamo Coffee nieh
Selalunya kak lily pi area Permaisuri dan Bangi tapi kali ni sesaje tukar angin so kak lily ke Richiamo Coffee Gurney Mall yang terletak bersebelahan dengan UTM KL. Kafe di outlet ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam
Cantik betul cafenya, theme colournya warna hitam putih kehidupan gituew. Oh ya, rangkaiannya kopinya amat pelbagai namun di tawarkan pada harga yang amat amat murah
Sebab itu kak lily suka ke Richiamo Coffee ini kerana kopinya yang begitu menyegarkan dan harum baunya, memang seronok lepak bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Eh buat small discussion pun best jugak, sebab cozy betul lokasinya
Kopi yang sentiasa menjadi kegemaran kak lily haruslah Hot Cappuccino dan Hot Salted Caramello Cappucino
Di Richiamo Coffee juga bukan sahaja ada menawarkan kopi bahkan terdapat pelbagai minuman lain, pastri seperti kek dan roti serta menu hidangan utama. Datang sini jangan lupa untuk mencuba Salted egg yolk croissant, ini kerana ramai yang sudah terpikat dengan rasanya
Menariknya untuk hidangan utama ada ditawarkan masakan melayu tradisi lama (masakan kampung) seperti set nasi ikan patin tempoyak, set nasi daging asam pedas dan pelbagai lagi. Menu yang kebiasaannya menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu pasta ada juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan
Sekiranya korang datang untuk minum petang jangan lupa untuk mencuba keropok lekor terengganu dan murtabak raja. Menu yang sangat serasi bersama kopi untuk minum petang. Apa yang penting ke semua hidangan ditawarkan di Richiamo Coffee adalah halal dari segi bahan-bahannya dan juga cara penyediaan adalah mengikut syariat Islam
Pelbagai Hidangan Menarik di Richiamo Coffee
Meh sini kak lily show off hidangan menarik di Richiamo Coffee yang memang kak lily cadangkan pada korang untuk mencubanya bila datang ke kafe ini
Salted Caramello Cappucino
Nasi Itik Salai
Beef Bolognese Spagethi
Rasberry Chocolate Cake
Rasberry Cheese Cake
Jika korang teringin nak merasai makanan fusion, di Kafe Richiamo Coffee ada menawarkannya sajian melayu tradisi yang cukup menambat hati. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti masakan itik salai asap, lemak siput sedut, daging salai asap, nasi daging masak kicap dan pelbagai lagi
Kak lily order makanan western jugak, lazat betul beef spagethinya
Wajib untuk cuba minuman kopi dan kek dari Richiamo Coffee. Minuman signature seperti Salted Caramello Latte antara yang hot selling tau
Air minuman premium ditawarkan pada harga bawah RM10. Memang berbaloi dan puas hati. Samada datang ke sini untuk bersarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam tidak ada masalah melihat pada kepelbagaian menu yang ditawarkan
Jom lepak dan makan-makan di Kafe Richiamo Coffee. Ada lebih 100 outlet di seluruh negara
Meh check it out :
Website : https://richiamocoffee.com/
Facebook Page : https://www.facebook.com/RichiamoCoffee
Instagram : https://www.instagram.com/richiamocoffee/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/11/richiamo-coffee-gurney-mall-cantik.html