Richiamo Coffee Menawarkan Hidangan Premium Pada Harga Mampu Milik
Hi Korang,
Kafe yang cukup cantik, punyai identiti dengan warna hitam serta putih tampil dengan kelasnya tersendiri membawa jenamanya. Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan Richiamo Coffee yang cukup popular dengan variasi minuman kopi yang premium tetapi ditawarkan pada harga rahmah. Boleh dikatakan agak murah!
Sebagai peminat tegar kopi, Kafe Richiamo Coffee adalah antara port yang saya suka datang untuk makan-makan dan lepak bersama suami dan ahli keluarga yang lain. Kopi yang sentiasa menjadi kegemaran saya tentulah Hot Cappuccino dan Hot Salted Caramello Cappucino.
Pelbagai pilihan pastri
Di Richiamo Coffee juga bukan sahaja ada menawarkan kopi bahkan terdapat pelbagai minuman lain, pastri seperti kek dan roti serta menu hidangan utama. Datang sini jangan lupa untuk mencuba Salted egg yolk croissant, ini kerana ramai yang sudah terpikat dengan rasanya
Menariknya untuk hidangan utama ada ditawarkan masakan melayu tradisi lama (masakan kampung) seperti set nasi ikan patin tempoyak, set nasi daging asam pedas dan pelbagai lagi. Menu yang kebiasaannya menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu pasta ada juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan
Sekiranya korang datang untuk minum petang jangan lupa untuk mencuba keropok lekor terengganu dan murtabak raja. Menu yang sangat serasi bersama kopi untuk minum petang. Apa yang penting ke semua hidangan ditawarkan di Richiamo Coffee adalah halal dari segi bahan-bahannya dan juga cara penyediaan adalah mengikut syariat Islam
Dekorasi Cantik di Kafe Richiamo Coffee Cawangan Gurney Mall UTMKL
Untuk makan-makan kali ini saya ke Richiamo Coffee Gurney Mall yang terletak bersebelahan dengan UTM KL. Kafe di outlet ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
Dekorasi didalam outlet Richiamo Coffee di sini sangat cantik dan kemas.Terasa berada di dalam rumah sendiri dengan suasana ruang tamu dan ruang makan yang cukup privasi
Pelbagai Hidangan Menarik di Richiamo CoffeeJom saya kongsikan hidangan menarik di Richiamo Coffee yang memang saya rekomen pada korang untuk mencubanya bila datang ke kafe ini
Jika anda lapar nasi, di Kafe Richiamo Coffee ada menawarkannya sajian melayu tradisi yang cukup menambat hati. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti masakan itik salai asap, siput sedap asap, daging salai asap dan pelbagai lagi
Dan saya sendiri telah mencuba Nasi Ayam Kampung Sambal Hijau dan juga Nasi Ikan Patin Masak Tempoyak.
Nasi Ayam Kampung Sambal Hijau
Sambal hijau memang padu teruk. Pedas dan cukup berperisa. Dinikmati bersama ayam kampung yang digoreng garing gabungan yang cukup sempurna. Sedap
Sebagai peminat masakan orang Pahang. Masakan ikan patin ini memang masuk dalam senarai jika saya temuinya di kedai makan. Kuah tempoyak memang pekat. Cukup masam, manis dan pedas. Saiz ikan juga sedang elok untuk 1-2 orang makan. Dalam set ini terdapat juga ulam, sambal belacan dan ikan kering
Wajib untuk cuba minuman kopi dan kek dari Richiamo Coffee. Minuman signature seperti Salted Caramello Latte antara yang hot selling tau
Kunjungan kali ini saya telah memilih kek cheesecempedak dan juga kek chocolate biscoff. Selain itu, anak saya Yara telah memilih set mushroom soup yang didatangkan bersama garlic bread.
Makanan ringkas ini memang menjadi kegemaran Yara setiap kali ke Richiamo Coffee
Air minuman premium ditawarkan pada harga bawah RM10. Memang berbaloi dan puas hati. Samada datang ke sini untuk bersarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam tidak ada masalah melihat pada kepelbagaian menu yang ditawarkan
Menikmati hidangan dalam suasana yang esklusif dan kondusif memberi kepuasan yang cukup bermakna. Apatah lagi jika datang ke Kafe Richiamo Coffee bersama orang yang tercinta
Jom lepak dan makan-makan di Kafe Richiamo Coffee. Ada lebih 100 outlet di seluruh negara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/11/richiamo-coffee-menawarkan-hidangan.html