Resipi Popsicles Ice Cream Homemade Untuk Anak Anak Boleh Tambah Selera Makan Anak
Hi Korang! Assalammualaikum.
Harini aku nak share cara dan resipi simple, mudah dan sihat buat popsicles ice cream untuk anak-anak kat rumah. Bila ada je ice cream homemade macam ni, anak nak makan setiap jam pun takpe. Sebab kita tau apa ingredients yang kita letak, takde yang mengarut ngarut dan of course bagus juga untuk tambah selera makan anak.
Macam mana pun kan, kita as parents tak boleh nak terlepas juga kalau anak anak nak makan dan beli aiskrim kat luar. Tambah-tambah Aqilah sekarang kalau ada baki duit belanja sekolah, dia simpan pastu bila dengar bunyi motor ice cream kat luar dah siap sedia tahan nak beli.
Geng ya budak dua orang ni, sekarang kakak borek adik rintik. Adik bila dengar bunyi pakcik ice cream pun dah kelang kabut lari lari bukak pintu eeee gerammmmm SIAPA LAGI AJAR KALAU BUKAN KAKAK DIA.
Awas ya lepas tu duit tabung semua mummy simpan amboi pandai sangat la pun dua dua nak keluar beli ice cream sendiri.
Jadi demi kemakmuran rumah tangga, mummy pun ambil inisiatif cari resipi ice cream ala ala popsicles yang homemade dan senang nak buat. Actually I ada banyak resipi tau. Ada satu resipi yang paling senang nak mampos aku pakai pisang frozen je omg so creamyyyyy. Nak kena tunjuk juga ke? Nanti lah eh? Yang tu aku buat guna thermomix je omai memang sedap sangat. Okay nanti la eh cerita pasal thermomix lol beli thermomix semata mata untuk buat roti dan dessert je dasarrrrrrrr beli kerana nafsu.
Untung laki aku kali ni tak membebel tengok bini beli thermomix berdesup tiba tiba sampai rumah.
WAHAHAAH. Dah la laki kita taktau apa apa tetiba kotak besar datang rumah pastu dia jugak tukang tolong angkat, thank b love youuuuu. Love you sebab tak bebel bukan sebab tolong angkat kotak 🤪
Lol panjang pulak tetibe mukadimah tercerita pasal thermomix apooooo. Okayy jom kita start!
Resipi Homemade Popsicles Mudah Dan Cepat Guna Bahan Sihat Untuk Anak Di Rumah
Tengok la tu, kakak pagi-pagi dah buka peti ais cari ice cream mummy buat semalam. Rambut pun tak boleh nak bincang dah tu nak oiiiii. Hahahahah. Macam rambut Anna masa Coronation Day cerita Frozen tu eeeeee.
SENANG SANGAT LAHHH BUAT ICE CREAM HOMEMADE NI. Aku rasa tak sampai 30 minit semua dah siap! Meh sini aku share bahan bahan.
Bahan Bahan Untuk Buat Homemade Popsicles Ice Cream Di Rumah200-250 gram Buah-buahan
(ni terpulang tau korang nak pakai buah, aku guna berries beli dalam packet je)
1 bekas kecil Yogurt Asli (200 - 300 gram)
100 gram Whipping Cream
2 sudu Madu
Okay korang, ni je bahan bahan dia omg senang nak mampus. Kalau korang tengok bahan-bahan kat atas, semuanya sangat bagus untuk naikkan berat badan anak. Yogurt dan whipping cream tu membantu sangat tau spashly kalau korang ada masalah anak picky eater dan susah sangat nak makan. Aku sangat recommend korang buat popsicles ice cream ni sebab anak-anak akan 'tertipu' ingat icecream uncle naik motor yang jual, sekali home made je air tangan mummy! #GengMakMakPandai HAHAHA.
Anyway aku pernah share juga Tips Untuk Tambah Selera Makan Anak kat SINI tau.
Mostly masa aku campak-campak semua, aku main agak agak. Instinct mak mak, come on koranggggg. So bahan ni semua korang blend kan. Macam biasa aku nak senang, mix pakai thermomix settle. 60 seconds jeeee.
Aku pakai mix berries frozen beli kat Jaya Grocer camni. Aku tak letak semua tau, just dalam setengah packet so arround 200-250 gram gitu. Nak beli buah yang fresh tu omg mahal nya, so takpe la kita beli frozen je, still real fruits kan.
Ni contoh whipping cream for dessert yang aku guna. Brand Emborg. 3 kotak camni RM 19.90 which aku rasa murah. 1 kotak tu boleh cover buat 2 dessert tau. Separuh aku buat creme brulee, lagi separuh ni lah aku buat ice cream popsicles 😍
Okay ni adalah popsicles yang aku dah masuk dalam bekas dia, tak sempat nak tangkap gambar masa buat. Tengah kecah kecah semuaaaaa. Aduiiii. So kita tunjuk after je la tau! Haha.
Ni bekas popsicles yang aku beli kat shopee. Aku rasa so far bekas ni yang paling best, sebab stick dia pendek je. Aku biasa beli stick yang panjang-panjang tu kat DIY tapi nanti dia susah nak lekat. Bila pakai yang ni senang sebab size dia pendek dan kecik. Cantik dan ngam-ngam je bila keluar.
Okay lepas korang blend, masukkan dalam bekas pastu tunggu semalaman.
PASTU SIAP LAHHH PEPAGI BUDAK BUDAK DAH BOLEH MAKANNNNN. Aqilah memang dari semalam tak sabar nak makan, tapi semalam lembik lagi. Sisa lepas mummy blend tu pun ratah, sedap sangat katanya!
Resipi ni tak pakai gula, pakai madu jeeeee. Kan I cakap dah, resipi aiskrim sihat untuk anak-anak! Curlass tau! Hehehe.
JANGAN TENGOK DINDING BELAKANGGG HAHAHAHAH. Dinding tu 10 kali cat, 10 kali kena conteng. Kakak dengan adik sama naik. Nasib la bibik korang rajin tolong cat rumah. Yang tekopek kopek tu kerja Umar bin Saparodinnnnnnnn ashhhhkahena.
Eeee gerammmmm.
So korang, mana yang rasa nak cuba naikkan selera makan anak anak, atau bagi makanan yang lebih sihat korang boleh la try resipi ni tau!
Boleh share kat ruangan komen kalau korang menjadi. Semoga menjadi asbab kebaikan untuk kita semua ya!
😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hannamaruku.com/2022/04/resipi-popsicles-ice-cream-homemade.html