Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy Menu Simple Buat Anak Makan Berebut
Ketika bulan puasa inilah masa untuk mak-mak mencuba segala resipi istimewa. Semuanya demi mencari kelainan untuk menaikkan selera anak-anak dan suami. Bosan dengan nasi ayam, nasi beriani dan beraneka nasi lain, apa kata kali ini anda cuba pula ayam goreng rangup kesukaan anak-anak dengan Nasi Butter.
Resipi simple tapi sedap dan mengenyangkan. Nak buat macam mana? Jom cuba perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah.
Nah resipi paling mudah yakmat ni. Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni. Bahan-bahan dia pun simple je.
Bahan-bahan:
2 pot beras, cuci dan toskan.
20gm butter, marjerin pun boleh aihh.
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia diketuk
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.
2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.
3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.
4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.
Siap dan hidangkan. Mudah kan?
Sup tu aku rebus je kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.
Sambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti.
Selamat mencuba.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy, Menu Simple Buat Anak Makan Berebut! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-nasi-butter-ayam-crunchy-menu-simple-buat-anak-makan-berebut/