Boleh Kirim Doa Pilih 10 Terakhir Bulan Ramadan Puteri Sarah Anak Anak Ke Mekah
Selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat berangkat hari ini untuk mengerjakan Umrah bersama anak-anak.
Memilih 10 terakhir bulan Ramadan sebagai tarikh untuk mengerjakan ibadah Umrah, Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagramnya.
Wanita cantik ini yang juga merupakan isteri kepada pelakon serta pengarah terkenal Syamsul Yusof, memohon doa ramai agar ibadah umrah Sarah sekeluarga diterima.
“Doakan Sarah & family juga supaya dapat Umrah yang mabrur”
Dia juga sempat memberitahu sekiranya ada yang ingin mengirim doa untuk dibaca di hadapan Kaabah boleh menghubunginya di ruangan chat.
“Sesiapa nak kirim doa boleh DM Sarah personally in sha Allah Sarah akan bacakan doa korang semua in front of Kaabah 😁 bagi details doa dan nama penuh ok.”
Sebelum ini hangat diperkatakan tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul sejak 4 tahun lalu dan dikhabarkan orang ketiga tersebut masih lagi menganggu rumah tangga mereka sehingga kini.
Tinjauan di ruang komen Instagram milik Sarah pula, rata-rata rakan selebriti serta warga maya mendoakan kebahagian keluarga Sarah dan kelancaran mengerjakan ibadah Umrah.
“Mohonlah pertolongan dari Allah dan sabar ya”
“Semoga ada sinar kebahagiaan buat Sarah dan insan yang tercinta bersama anak-anak”
“Allah sebaik-baik perancang”
“Anak-anak soleh dan solehah kekuatan seorang ibu”
Semoga urusan Sarah serta keluarga dipermudahkan dan semoga ibadah Umrah diterima disisi-Nya.
Kredit: Puteri Sarah Liyana
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Boleh Kirim Doa” Pilih 10 Terakhir Bulan Ramadan, Puteri Sarah & Anak-Anak Ke Mekah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/boleh-kirim-doa-pilih-10-terakhir-bulan-ramadan-puteri-sarah-anak-anak-ke-mekah/