Anak Tak Makan Kurma Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni Memang Sedap
Buah kurma memang bagus untuk mengembalikan semula tenaga. Pun begitu bukan semua anak kita suka makan kurma, apa lagi ketika waktu berbuka.
Bagi menarik perhatian anak kecil kita, apa kata sesekali mama cuba buatkan Kurma Kukus ni pula untuk anak. Sedapnya lain macam. Manis dan berlemak!
Dah ramai yang berkenan kuih kurma kukus. Favourite abah ni.
Bahan-bahan:
Buah kurma – buang biji dia, potong-potong sikit susun dalam bekas.
Santan 2 cawan
Secubit garam
2 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu tepung beras
Buang buah kurma, potong kecil dan susun dalam bekas. Ketepikan.
Kacau semua bahan cair ni dan tapiskan atas kurma tadi.
Kukus 10 minit. Pastikan periuk kukus panaskan dulu ye.
Sejukkan dan ngappp la.
Dulu arwah ayah suka sangat kurma kukus ni. Mak selalu masak, now abah pulak suka. Awal-awal dah request.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Norazlina Mohamad Zaki
The post Anak Tak Makan Kurma, Boleh Cuba Buatkan Anak Kurma Kukus Manis Berlemak Ni, Memang Sedap! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-tak-makan-kurma-boleh-cuba-buatkan-anak-kurma-kukus-manis-berlemak-ni-memang-sedap/