Resipi Nasi Lemak Kuning Kedah Lagi Sedap Bungkus Surat Khabar Memang Terbaik
Nasi lemak biasa pastinya sudah terlalu bosan, apa kata kali ini kita cuba Nasi Lemak Kuning Kedah pula untuk anak-anak di hujung minggu nanti.
Macam mana nak buat nasi lemak kuning ini? Resipi simple lagi wangi aromanya ini paling senang nak disediakan. Jom cuba perkongsian resipi Nor Asiah!
Bahan Nasi Lemak Kuning:
Beras
2 tangkai daun kari *
Bawang kecil -hiris *
Bawang putih -hiris *
Halia -hiris *
4 sekawan *
Daun pandan
Sedikit marjerin
Minyak dan serbuk kunyit
Tumis bahan bertanda * hingga wangi. Kemudian masukkan air, garam dan sedikit kiub ayam.
Bila air mendidih, masukkan beras dan biarkan hingga masak.
Bila masak, buka tudung periuk baru masukkan marjerin. Tutup tudung periuk semula.
Biarkan dalam 4 minit dan barulah dikacau rata.
Sambal Nasi Lemak
Cili kering blend
Bawang besar + belacan sikit -blend
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih -diketuk
Tumis bawang putih yang diketuk kemudian masukkan cili blend dan kacau rata.
Masukkan bawang blend tadi, masukkan cili sos, sos tiram dan gula melaka sedikit.
Beli Primada Cooking Blender Di Sini
Primada Smart Cooking Blender
Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air dan air asam jawa serta garam.
Bila mendidih, bolehlah dimasukkan ikan bilis atau ayam, ikut kesukaan masing-masing. Kalau daging bolehlah letak serai dan halia sikit masa blend.
Menarik: Pizza Cup Guna Roti Keping, Mudah Sangat, Campur Semua bahan, Masuk Je Air Fryer!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Nasi Lemak Kuning Kedah, Lagi Sedap Bungkus Surat Khabar, Memang Terbaik! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-nasi-lemak-kuning-kedah-lagi-sedap-bungkus-surat-khabar-memang-terbaik/