Nasi Ala 3bd Ayam Kicap Pedas Tak Perlu Lauk Lain Resipi Superb Sangat Mudah Disediakan
Tak perlu lauk lain bila anda nikmati nasi dengan lauk ayam kicap pedas dan ulam-ulaman. Boleh buat bertambah-tambah nasi! Jom buat resipi nasi dan lauk ayam kicap pedas sendiri di rumah!
RESIPI NASI ALA 3 BUDAK GEMUK, AYAM KICAP PEDAS
Ayam (Potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam)
2 tangkai daun kari
2 batang serai (Ketuk)
3 sudu sos tiram
Kicap manis secukupnya
Garam
Air asam jawa
*2 biji bawang holland
*2 ulas bawang putih
*2 tangkai cili padi merah (lebihkan kalau suka pedas)
*1 sudu makan biji ketumbar
• Kisar halus bahan bertanda *
Cara Penyediaan:
1. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata.
4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis. Saya guna kicap Mahsuri.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam.
6. Kacau sekejap biar rencah mesra dengan ayam.
7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
RESIPI SAMBAL GESEK
*Cili padi merah
*Cili padi hijau
*Cili besar merah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
• Kisar halus bahan bertanda *
• Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. Saya buat tak pedas sebab anak-anak suka makan. Jadi saya lebihkan cili besar.
-Jus limau nipis
-Garam
-Gula
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap.
Kredit: Siti Noor Hidayah Samah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Nasi Ala 3BD, Ayam Kicap Pedas. Tak Perlu Lauk Lain, Resipi ‘Superb’ & Sangat Mudah Disediakan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nasi-ala-3bd-ayam-kicap-pedas-tak-perlu-lauk-lain-resipi-superb-sangat-mudah-disediakan/