Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap! | Hujung minggu... bila masuk ke dapur.. meriah dapur... tambah kalau laki bini pula yang sama-sama kaki masak kan..
Ini projek laki bini, semalam..
Belek-belek dalam almari dapur, ada pula agar-agar... sekali suami suruh masak buat agar-agar..
Dah rebus agar-agar, teringat pula si dia, rancangan Chef Ramadhan dia selalu tonton setiap pagi kat rumah... biasalah.. Mr. Mama kan... sambil bekerja, jaga anak dan tengok tv.... macam suri rumah juga la gayanya... cuma ni suri rumah lelaki... hehe..
Dah teringat resepi puding lapis-lapis tu... MF tahu la itu trifle orang moden panggil... Memang dah lama nak buat.. siap simpan resepi.. tapi tak menjadi lagi... Tapi bila suami isteri bekerjasama.. segalanya jadi mudah..
Dengan semangat membara, dia pergi kedai, belikan bahan yang tak cukup..
Sementara, MF buat kat rumah dengan bahan-bahan sedia ada
Mudah je nak buat triffle cocktail ni sebenarnya...
Bahan-bahannya ialah:
Bahan A:
1 kek span gulung (MF guna perisa pandan)
1 tin coktail buah (asingkan airnya dan buahnya)
Bahan B:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
air (sukat guna tin susu cair)
Bahan C:
Agar-agar atau serbuk jeli
Air
Gula
Sirap
Cara-caranya:
Potong kek span gulung setebal 1cm atau lebih...terpulang nak lapisan bawah tu tebal atau nipis kan... Kemudian, susun di dalam bekas rata dan tutup semua lapisan bawah...
Renjis air sirap dari coktail buah atas kek span tadi... tujuannya untuk jadikan lebih lembap (moist)
Satukan bahan B dan masak di atas api sambil kacau takut hangus. Masak hingga pekat dan mendidih... atau dah nampak meletup-letup gitu.
Kemudian tuangkan bahan B yang dah masak di atas lapisan kek span tadi.
Tabur buah coktail rata... dan biarkan sejuk...
Masak Bahan C, sehingga mendidih. Jika guna serbuk jeli, ikut sahaja arahan pada kotak/label.
Tuangkan bahan C yang masak tadi di atas lapisan yang telah sejuk tadi...
Sejukkan dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap...
Nampak macam susah, tapi senang sangat nak buatnya. Trifle cocktail ni banyak versi juga... Kalau guna buah segar mungkin lagi sedap... Cara nak susun lapisan tu pun bergantung kepada kreativiti masing-masing... Tapi trifle cocktail ni antara desert atau pencuci mulut yang sedap dinikmati waktu petang... Triffle cocktail yang kami buat ni menarik dari warnanya.... gabungan tiga warna, hijau, kuning dan merah...
p/s: Bila perancangan dapat sokongan suami/isteri, itu akan menjadi... kalau sorang-sorang je dok plan memang tak jalan lah jawabnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2016/07/resepi-trifle-cocktail-mudah-tapi-sedap.html