30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah | Ayam memang menjadi favorite anak-anak dan kalau boleh setiap hari diaorang nak lauk berasakan ayam contohnya ayam goreng kunyit, ayam bakar, rendang ayam, tomyam ayam, ayam sambal, ayam halia dan kalau dicongak memang pening apatah lagi bila balik kerja tu memang terkejar-kejar nak makan untuk anak kecil sampai lupa apa nak disajikan.
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Saya pernah berada di situasi begitu bila balik kerja nak fikir apa nak masak dan sampai lupa apa yang patut dimasukan dalam sajian sampai tunggang terbalik. Stok ayam tu suatu kemestian dirumah jadi pelbagai resepi ayam telah dicuba dan ada yang yang olah sendiri tapi terkadang tu gambar hilang entah kemana. Diharap 30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah ini dapat memudahkan para surirumah mahupun ibu yang bekerjaya dalam menyediakan sajian sedap untuk anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah Resepi Ayam Masak BaliResepi Ayam PercikResepi Kari AyamResepi Ayam BakarResepi Ayam Masak MerahResepi Kerutuk AyamResepi Kurma AyamResepi Rendang AyamResepi Ayam Percik Lada HitamResepi Ayam Masak Sambal KicapResepi Ayam Masak Lemak Cili ApiResepi Stew AyamResepi Ayam Masak TomyamResepi Ayam Masam ManisResepi Ayam Masak KicapResepi Ayam Masak Kung Pao / Ayam Masak GajusResepiAyam Goreng BerempahResepi Ayam GolekResepi Ayam Goreng TomyamResepi Ayam Masak SambalResepi Ayam Masak HaliaResepi Resepi Kalio AyamResepi Ayam PadprikResepi Ayam MaduResepi Ayam Sambal HijauResepi Asam Pedas AyamResepi Ayam Masak TempoyakResepi Ayam Masak KuziResepi Ayam Goreng Kunyit Che NomResepi Ayam Bakar
1. Resepi Ayam Masak Bali
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:-½ ekor ayam - dipotong ikut kesukaan, digoreng6 batang serai dititik4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai1 sudu besar kicap lemak manisgula melaka (saya guna guna kabung sebab rasa lebih sedap10 - 15 tangkai cili kering - dikisar5 biji bawang besar *8 ulas bawang putih *1 inci halia *sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*minyak masak utk menggoreng
Caranya memasaknya :-Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan garing. Ketepikan.Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.Goreng serai hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan goreng hingga agak garing dan naik bau wangi..Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.Kemudian gula gerek, digaul kemudian masukkan masukan kicap dan gaul lagiApabila sambal dah sebati masukan ayam goreng tadi dan digaul hingga supaya sambal meliputi ayam. Biarkan dimasak dalam 5 minit sebelum diangkat untuk dihidangkan
2. Resepi Ayam Percik
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian) 3 cawan santarn pekat (1 biji kelapa)1/2 cawan air asam jawa1 sudu kecil gula1 sudu besar halbagaram secukup rasa
Bahan B (dikisar)15 tangkai cili kering5 ulas bawang merah4 ulas bawang putih3 sentimeter halia5 batang serai
Cara membuatnya:Bersihkan ayam dan toskan. Gaulkan dengan garam dan masukkan aam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa hingga sederhana masak (sehingga kuah menjadi sedikit). Balik-balikkan ayam agar rempah sebati dengan ayamAngkat ayam dan letakkan di atas pemanggang dan bakar di atas dapur hingga nampak garing. SiapTips : Halba boleh menambahkan air susu bagi ibu yang menyusukan, melancarkan haid, mengurangkan senggugut dan merangsangkan rahim serta dapat mengurangkan berat badan
3. Resepi Kari Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A1/2 ekor ayam dipotong kecil3 sudu besar rempah kari ikan1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili2 sudu besar kerisik1 mangkuk santan 4 biji kentang, dipotong 42 biji tomato, dibelah 41/2 cawan jus asam jawagaram secukup rasa
3 tangkai daun kari
Bahan B6 uls bawang merah (dihiris)4 ulas bawang putih (dihiris)3 sm halia3 sm kulit kayu manis5 kuntuk bunga cengkih2 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga
Cara membuatnyaPanaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi dan masukkan daun kari.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar dan air asam jawa. Kacau hingga sebati dan biarkan masak dengan api sederhana hingga pecah minyakMasukkan ayam, kentang dan santan, masak hingga mendidih dan masukkan kerisik.Bila nampak kentang sudah agak empuk, boleh masukkan tomato. Tutup api dan masukkan garam secukupnya.Tips : Kerisik digunakan untuk memekatkan kuah serta memberi rasa lemak pada kuah.
4. Resepi Ayam Bakar30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A5 bahgian kepak ayam1 sudu besar madu1 sudu besar sos tiram
Bahan B (ditumbuk)1 sentimeter halia1 sudu besar lada hitam3 ulas bawang putih
Cara membuatnya:Bersihkan kepak dan basuh kemudian ditos. Gaulak ayam dengan semua bahan yang ditumbuk dan perap selama lebih kurang 1 jam.Letakkan diatas pemanggang dan bakar hingga nampak garing. Sapukan sedikit minyak dan bakar untuk 3 - 5 minit lagi. Siap
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah 5. Resepi Ayam Masak Merah30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A1 ekor ayam. dipotong kecil1 labu bawang besar, dipotong bulat2 sudu besar sos tomato2 sudu gulagaram secukup rasakunyit
Bahan B15 tangkai cili kering3 sm halia3 ulas bawang putih1 labu bawang besar2 batang serai4 biji tomato
Cara membuatnyaGaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan gula dan masak seketika.Masukkan ayam yang telah digoreng bersama bawang besar dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan biar dimasak seketika hingga kuah sebati dengan ayam dan menjadi agak kering sebelum ditutup api.Tips : Bagi mengelakkan pedih mata ketika mengupas bawang, rendam bawang di dalam air dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong
6. Resepi Kerutuk Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm isi ayam4 sudu bear rempah kerutuk1 mangkuk santan1 sudu bear gula merah1sudu besar kerisikminyak masak
Bahan BBawang merah goreng2 biji buah keras2 sm halia2 sm lengkuas3 batang serai5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih
Cara membuatnyaTumis bahan yang dikisar hingga garingMasukkan rempah dan kacau hingga sebatiMasukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan. Masak hingga mendidih dan pekat serta ayam menjadi lembutKacau sekali sekala supaya masakan tidak hangit di bahagian bawah.
Tips : sekiranya tiada rempah kerutub, boleh adunkan 2 sudu remaph kari dengan 2 sudu besar rempah kurma dan digaul hingga sebati.
7. Resepi Kurma Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A500 gm ayam4 sudu besar rempah kurma3 biji kentang, dipotong 41 labu bawang besar, dipotong baji1 biji tomato2 biji lada hijau, dibelah tidak putus2 cawan santan pekat2 keping asam gelugur
Bahan B, ditumis5 ulas bawang merah3 ulas bwang putih3 sm halia2 kuntung bunga lawang3 kuntung bunga cengkih2 sm kulit kayu manis2 biji buah pelaga
Cara membuatnya:Tumis bahan B hingga naik wangi, masukkan remaph kurma yang telah dicampur dengan air. Masak hingga naik minyak.Bila rempah nampak dah masak, masukkan ayam, kacau biar sebati dan masukkan santan. Masak hingga mendidihMasukkan kentang, asam gelugur, masak hingga kentang menjadi lembutBila kuah agak mendidih, masukkan cili hijau, bawang bear dan tomato, masak hingga nampak lembut dan kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap
Klik untuk cuba Resepi Ayam Kurma Utara cara ibu mertua yang sedap
8. Resepi Rendang Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A1 ekor ayam (dipotong ikut saiz kesukaan)2 mangkuk santan 2 helai daun kunyit, diricik halus3 sudu kerisik2 keping asam gelugurgaram secukup rasa
Bahan B3 labu bawang bear5 ulas bawang putih5 batang serai2 inci halia1 inci lengkuas1 inci kunyit hiudp15 tangkai cili kering15 biji cili api
Cara membuatnya:Masukkan kesemua bahan yang dikisar, ayam serta santan dan dalam kunyit ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan mesra dengan kuah. Kacau sesekali supaya kuah tidak melekat dan hangit. Masukkan kerisik (jika tak masuk pun boleh, ikut kesukaan kita)
Tips : daun kunyit berfungsi sebagai pewangi dan penyedap kepada masakan selain kita boleh menggunakan daun limau purut, daun maman, daun puding dan banyak lagi. Penggunaan kerisik adalah sebagai pemanis dan menambah lemak serta memberi aroma harum pada rendang.
9. Resepi Ayam Percik Lada Hitam30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A1 ekor ayam, dibelah 41 batang serai, diketuk3 keping asam gelugurgaram secukup rasa
Bahan B, dikisar2 sudu bear lada hitam5 biji cili api5 ulas bawang merah2 ulasa bwang putih5 sm halia2 sm lengkuas2 sm kunyit3 batang serai
Cara membuatnya:Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam kuali bersama ayam dan dimasak hingga mendidihKeluarkan ayam dan letakkan di dalam pembakar atau panggang di atas dapur hingga masakKuah yang didalam kuali, dimasak hingga pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.Bila menghidang, tuangkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
10. Resepi Ayam Masak Sambal Kicap30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A1/2 ekor ayam, dipotong saiz sederhana3 sudu cili kisar2 inci kulit kayu manis4 biji pelaga2 kuntum bunga lawang3 sudu sos tomato5 sudu kicap pekat ABC1 sudu sos tiram1 batang serai, diketuk1 labu bawang besar1/2 cawan jus asam jawa
Bahan B, dihiris5 ulas bawang merah1 labu bawang besar3 ulas bawang putih2 sm halia
Cara membuatnya:Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu dan masukkan cili kisar, dimasak dalam 3 - 5 minit dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air supaya daging ayam lembut dan sebati dengan cili Bila nampak dah sebati, masukkan sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan jus asam jawaKacau dan biarkan mendidih agak lama sikit supaya kuah kicap dapat meresap kedalam isi ayam goreng dan masukkan hirisan cili merah, daun sup dan daun bawang dan tutup api. Perasakan dengan garam. SiapTips : Masukkan asam gelugur ke dalam kuali yang berisi minyak gorengan bagi membersihkan minyak gorengan
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah 11. Ayam Masak Lemak Cili Api
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A1/2 ekor ayam2 biji kentang, dipotong 41 helai daun kunyit, dipotong 2 inci2 mangkuk santan pekat2 keping asam gelugur1 batang serai, dititik atau diketuk
Bahan B, dikisar20 biji cili api3 sm kunyit hidup2 ulas bawang putih1 cawan air
Cara membuatnya:Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk, ayam, serai, daun kunyit dan tambah sedikit air dan renih hingga mendidih, kemudian masukkan ubi kentang.Masukkan santan pekat dan asam gelugur, kacau hingga mendidih semula tapi jangan sampai pecah minyak.Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya
Tips : kentang dapat mengurangkan rasa masin berlebihan, jadi masukkan kentang apabila kuah terasa masin.12. Resepi Stew Ayam30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A500 gm ayam, dipotong saiz kecil2 tangkai daun sup2 tangkai daun bawang1 batang lobak merah1 biji tomato, dipotong 41 batang lobak merah, dipotong memanjang2 sudu besar minyak masak
Bahan B, dibancuh1/2 cawan air1 sudu kecil tepung jagung1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil minyak bijangaram secukup rasa
Bahan C (dihiris)5 ulas bwang merah2 ulas bawang putih1 inci halia2 biji cili merah
Cara membuatnya:Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau kemudian masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan hingga lembutMasukan sayuran kecuali tomato, daun sup dan daun bawang. Bila sayuran sudah nampak lembut dan layu, masukkan tomato dan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidihTutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang
Tips : kalau masakan terlebih masin, ambil sedikit daun pisang, cuci hingga bersih dan masukkan ke dalam masakan.
13. Resepi Ayam Masak Tomyam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm ayam, dipotong kecil2 batang serai, diketuk8 bii cili api, diketuk2 sm lengkuas, diketuk1 ulas bawang putih, diketuk1 sudu besar pes tomyam1 batang daun saderi, dipotong kecil3 helai daun limau purut, dikoyakAir dan garam secukupnya
Bahan B1 batang lobak merah1 biji bawah holland100 gm bunga kobis (cauliflower)2 bii tomato, potong 42 biji limau nipis, perah ambil jusnya1 pokok daun ketumbar, dicincang
Cara membuatnya:Renih ayam dalam periuk berisi air bersama bahan A, masak hingga nampak lembut.Masukkan Bahan B kecuali tomato dan daun ketumbar. Bila kesemua bahan nampak sudah lembut, masukkan tomato dan daun ketumbar serta perahan air limau nipis. Perasakan dengan garam. Siap
Tips : Tomyam sedap dimakan bila berasa tidak sihat badan macam nak demam. Tomyam kaya dengan antioksidan dan antikanser selain dapat memecahkan lemak dan kolestrol
14. Resepi Ayam Masam Manis
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm isi ayam5 sudu bear sos tomato3 sudu bear sos cili1 sudu kecil gula1/2 cawan gula2 biji tomato, dipotong 4minyak
Bahan B, dikisar3 ulas bwang merah3 ulas bwang putih2 sm halia3 biji cili merah3 biji cili hijau
Bahan C, dihirisdaun sup, daun bawang sebagai hiasan
Cara membuatnya:Goreng ayam hingga masak tapi jangan garing supaya ayam tidak menjadi kerasTumis bahan yang telah dikisar hingga wangi dan masukkan sos tomato, sos cili dan air serta gula. Masak hingga mendidih.Masukkan ayam dan tomato, cili capsicum dan dimasak seketika dan akhir taburkan daun sup dan daun bawang. Perasakan dengan garam. Siap!
Tips : Sekiranya hidangan akan dihidang pada warga tua, ayam ditumis sekali dengan bahan kisar dan dimasukkan bahan-bahan yang lain supaya isi ayam kekal lembut dan mudah untuk dikunyah oleh ibu atau bapa malahan untuk anak kecil juga
15. Resepi Ayam Masak Kicap
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm ayam, dipotong kecil, gaul dengan garam dan kunyit
2 sudu cili kisar3 sudu besar kicap pekat3 sudu besar sos tomato1/2 cawan air2 biji tomato, dipotong 41 pokok daun bawang, dipotong kecil
Bahan B, dihiris1 ulas bawang besar2 biji cili merah2 ulas bawang putih2 sm halia
Cara membuatnya:Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama 2 sudu cili kisar hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga garing. Masukkan air, kicap dan sos tomato, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan tomato dan daun bawang. Masak hingga tomato nampak lembut dan tutup api.
Tips : Sebaiknya buang kulit ayam bagi mengurangkan kolestrol. Ayam tidak digoreng terlebih dahulu bagi menjadikan isi ayam lebih lembut dan tidak keras.
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah 16. Resepi Ayam Masak Kung Pao / Ayam Masak Gajus
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan-bahan:2 keping daging dada ayam, dipotong dadu 3 sudu besar gajus atau kacang, disangai dan ditumbuk kasar8 tangkai cili kering - dipotong dua 5 hiris halia3 ulas bawang putih, dihiris halus
1 pokok daun bawang/ leek dihiris halus
1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan (perapan)1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil tepung beras2 sudu kecil kicap cair1 sudu kecil sos ikan sedikit minyak1/2 jus limau nipis / lemon
Bahan-bahan sos:11/2 sudu besar kicap cair1 sudu kecil kicap pekat mee1/2 sudu kecil jus lemon1/2 sudu kecil serbuk lada putih1 kiub stok ayam segera1/2 sudu kecil gula1 sudu kecil tepung jagung3 sudu besar air
Cara membuatnyaPerapkan ayam dalam 15 min dan goreng tapi jangan terlalu garing. Keluarkan dan pastikan tiada minyak berlebihanPanaskan minyak dan goreng masukkan cili kering yang dipotong, garingkan tapi jangan sampai hangit dan letak tepiTumis bawang putih dan masukkan bahan sos tanpa bancuhan tepung jagung. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan kacang gajus atau kacang yang telah disangai Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air dan kacau supaya tepung tak bergumpal. Akhiri sekali taburkan hirisan bawang di atas hidangan.
17. Ayam Goreng Berempah
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A5 ketul ayam bahagian peha1 sudu besar rempah kari1 sudu besar lada sulah1 sudu besar serbuk cili2 tangkai daun karigaram secukup rasa
Bahan B, dikisar5 ulas bawang putih1 inci halia3 batang serai
Cara memasaknya:Gaulkan kesemuba bahan dengan ayam dan perap selama 1/2 jam dan tutup supaya ayam mesra dengan bahan perapan.Panaskan minyak yang banyak dana goreng ayam hingga kekuningan. Masukkan daun kari sewaktu menggoreng yang akan memberi aroma lebih wangi dan sedap pada gorengan.
18. Resepi Ayam Golek
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A1 ekor ayam, dibersihkan dan ditoskan 5 helai daun limau purut, dikoyak2 mangkuk santan pekat3 batang serai, diketukgaram secukup rasa
Bahan B4 biji buah keras6 ulas bawang emrah4ulas bawang putih2 sm kunyit2 sm halia1 sentimeter lengkuas15 tangkai cili kering5 biji api untuk rasa lebih pedas
Cara membuattnyaPanaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi kemudian masukkan ayam dan santan, masak hingga menjadi pekat dan masukkan garam secukupnya.Angkat ayam dan letakkan di dalam ketuhar dan bakar pada 200°C selama 30 minitKeluarkan ayam dari ketuhar dan siram kuahnya ke atas ayam sebelum dihidang
19. Resepi Ayam Goreng Tomyam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:500gm ayam dipotong ikut kesukaan
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
3 sudu pes tomyam
1 batang serai dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato dipotong baji
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang holland
1 tangkai daun ketumbar dengan akar7 biji cili api, diketuk (kalau suka pedas)
Serbuk kunyitgula (optional)
Garam
Cara memasaknya:Ayam diletakkan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak, tak perlu terlalu garing. Tumis bawang putih yang diketuk hingga kekuninggan. Masukkan sos tiram, sos tomato, pes tomyam dan dimasak hingga sebatiMasukkan bawang holland, daun ketumbar, daun limau purut dan ayam, dimasak dengan api sederhana supaya segala bahan sebati pada isi ayamAkhir sekali masukkan tomato, dikacau hingga tomato lembut atau ikut kesukaan kita dan jangan lupa letak sedikit garam kalau suka.
20. Resepi Ayam Sambal30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
Bahan A1/2 ekor ayam, gaul dengan garam dan kunyit1/2 mangkuk air asam jawa 1 biji bawang besar, dipotong bulat2 batang serai, dititik2 sudu gulagaram
Bahan B, dikisar20 batang cili kering1 inci halia1 biji bawang besar3 ulas bawang putih
Cara memasaknya:Panaskan minya dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan letak tepi.Dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kalau terlalu banyak), tumis serai dan bahan yang dikisar hingga naik wangi dan pecah minyak. Masukkan gula supaya tidak terlalu pedas (ikut kesukaan)Masukkan ayam dan air asam jawa, masak dengan api sederhana dan biar sambal mesra dengan ayamAkhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan dimasak hingga nampak layu.
21. Resepi Ayam Masak Halia
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm ayam3 sudu besar sos tiram1/2 cawan air dan 1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh1 sudu kecil serbuk lada hitam1 pokok daun bawang1 biji buah tomato, dipotong 4garam secukup rasa
Bahan B, dihiris3 sm halia3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 biji cili merah
Cara membuatnya:Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layuMasukkan ayam dan kacau rate kemudian masukkan sedikit airMasakkan ayam hingga lembut dan kemudian masukkan bancuhan tepung dan sos tiram. Kacau supaya tepung tak bergumpalAkhirnya sekali tomato dan daun bawang, masak seketika dan letak garam secukup rasa.Tips : halia menjadikan rasa ayam lebih enak dan menghilangkan bau hanyir ayam
22. Resepi Kalio Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A1/2 ekor ayam2 sudu besar cili kering kisar mangkuk santan
Bahan B, dikisar10 ulas bawang kecil merah4 ulas bawang putih1/3 inci halia1/2 inci lengkuas1/2 inci kunyit hidup1 keping asam gelugurDaun kunyitDaun limau purut2 batang serai
Cara memasaknya:Panaskan minya dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama serai sehingga pecah minyak.Masukkan cili kisar, digoreng hingga garing dan masukkan ayam dan gaul sebati dan masukkan santan dan kacau.Setelah mendidih masukkan garam kasar, daun limau purut serta daun kunyit. Masak sehingga kuahnya menjadi agak pekat. Siap
23. Resepi Ayam Padprik
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm isi ayam bahagian dada100 gm lobak merah100 gram cauliflower50 gm capsicum hijau2 batang kacang panjang3 batang putik jagung1 labu bawang besar
Bahan B, untuk sos2 sudu bear kicap pekat5 sudu besar sos tomato5 sudu besar sos cili3 sudu besar sos tiram5 helai daun limau purut1 batang serai, diketuk3 biji limau kasturi, ambil jusnya5 biji cili api, diketuk3 ulas bawang putih, diketuk1/2 cawan air
Cara membuatnya:Tumiskan bawang putih dan serai hingga kuning dan wangi kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rataMasukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau supaya sebati dan biarkan mendidihMasukkan daun limau purut, jus limau dan kacau hingga rata dan perasakan dengan garam secukupnya.
24. Resepi Ayam Madu
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A500 gm ayam4 sudu bear sos tomato1 cawan kacangpis1 labu bawang besar, dimayang kasar3 sudu besar maduserbuk kunyitgaram secukup rasa
Bahan B, dikisar30 tangkai cili kering1 labu bawang besar3 ulas bawang putih2 sentimeter halia
Bahan C, tumisan1 inci kulit kayu manis1 kuntuk bunga lawang1 kuntuk buah pelaga3 kuntum bunga cengkih
Cara memasaknya:Goreng ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit hingga masakDengan minyak yang sama, tumis bahan tumisan hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang dikisar and kacau hingga pecah minyakMasukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar dan madu. Kacau hingga rata. Masak hingga pekat dan sedia untuk dihidangkan25. Resepi Ayam Sambal Hijau
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A7 ketul ayam, digaul garam dan kunyit2 keping asam gelugor1 sudu kecil sos tiram1 biji bawang besar, dipotong dadu
Bahan B, ditumbuk kasar/kisar5 ulas bawang putih1 inci halia5 tangkai lada hijau
Cara memasaknya:Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap bersama garam dan kunyit. Angkat ayam dan toskan minyak.Dalam kuali yang sama (kurangkan minyak), tumis bahan kisar sehingga naik bau.Masukkan pula asam gelugor, sos tiram, sedikit gula dan gaul rata. Masukkan ayam dan tambah sedikit ayam supaya mesra Nota : atau sambal hijau yang dimasak nanti disiram di atas ayam sebelum dimakan
26. Resepi Asam Pedas Ayam
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan1/2 ekor ayam1 bunga kantan, dibelah dua1/2 ikat daun kesum1 mangkuk air asam jawa1 batang serai, dititik2 biji tomato, dipotong 41 mangkuk air
Bahan B, dikisar20 tangkai cili kering2 labu bawang besar4 ulas bawang putih2 sm halia3 biji buah keras1 sudu lada hitam1 inci belacan (jika suka)
Cara memasaknya:Tumis serai dan bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing kemudian masaukkan ayam dan biar mesra dan di masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa, kacau dan biar hingga ayam empuk kemudian masukkan daun kesum dan akhir sekali tomato. Perasakan dengan garam secukupny.
27. Resepi Ayam Masak Tempoyak
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
1/2 ekor ayam kampung muda, dipotong 3 batang serai - ketuk3 sudu makan tempoyakGaram kasar secukup rasa2 tangkai daun kesum1 mangkuk air
Bahan B, ditumbuk/dikisar15 biji cili padi, ditumbuk2 biji bawang merah2 1/2 cm kunyit hidup
Cara memasaknya:Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak, serai dan ayam. Tambah air supaya menutupi isi ayam dan direnih hingga kuah mendidih dengan api sederhanaMasukkan daun kesum, bila nampak layu dan kuah mendidih dan menjadi pekat, tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
28. Resepi Ayam Masak Kuzi
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan-bahan:1 ekor ayam, dipotong 181/2 sudu saffron1 sudu besar pes halia bawang putih10 ulas bawang merah kecil, dihiris halus dan digoreng garing1 tin susu sejat1/4 cawan buah badam, direbus dan dibuang kulit50gm biji biji gajus, digoreng dengan minyak sapi60 gm kismis hitam2 sudu besar minyak sapi1 biji bawang besar - dihiris halus1 cawan airGaram dan gula secukup rasa
Penyediaan Rempah Kuzi:1 sudu besar biji ketumbar1 sudu kecil biji jintan manis1 sudu kecil jintan putih1/2 sudu kecil biji lada putih1/2 sudu halia kering1/4 sudu kecil kayu manis1/2 sudu serbuk kunyit
Cara-cara penyediaan rempah kuzi:Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering dan tumbuk kayu manis. Kisar halus kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.
Cara-cara penyediaannya:Rendam saffron dalam mangkuk berisi air dan lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan dengan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.Campurkan rempah yang dikisar bersama bawang gorengPanaskan minyak sapi dengan sedikit minyak masak, kemudian gorengkan ketulan ayam sehingga kelihatan garing, angkat dan letak tepi.Goreng bawang dalam minyak gorengan ayam hingga bawang bertukar kekuningan dan masukkan susu yang telah adunkan bawang dan rempah. Kemudian masukan pes buah badam yang telah dikisar, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masak dengan api sederhana sehingga kuah menajdi pekat. Tambah air sekiranya ingin cairkan kuah dan akhir sekali tabur gajus yang digoreng tadi
29. Resepi Ayam Goreng Kunyit
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan-Bahan:300g ayam, bahagian dada4 batang kacang panjang, potong 2 inci1 sudu kecil serbuk kunyit2 senduk minyak masak1 biji bawang besar, hiris nipis2 ulas bawang putih, hiris nipis1 biji bawang merah, hiris nipis1 biji cili merah, hiris nipisCara Penyediaan:Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit
Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau
Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang
Tips:Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras
30. Resepi Ayam Bakar
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah
gambar sumber Google
Bahan A5 bahagian ayam1 sudu besar madu1 sudu besar sos tiram
Bahan B, ditumbuk3 sm halia1 sudu besar lada hitam3 ulas bawang putih
Cara memasaknya:Gaulkan ayam dengan kesemua bahan A dan bahan B, perap selama 1 jam biar mesra kemudian masukkan ke atas pemangang, sapu sedikit minyak dan bakar hingga masak. Nak lebih mudah masukkan kedalam airfryer.
Selamat memasak dan tak perlu pening nak cari resepi dah kan dan semoga 30 Himpunan Resepi Masakan Ayam membantu para surirumah supaya tak buntu. Selamat mencuba
Tips :
Papan pemotong yang kerap digunakan akan berbau hanyir ikan, ayam ataupun lauk pauk yang lain. Jadi untuk menghilangkan bau hanyir ambil sebiji limau nipis, dipotong dua dan sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong.Bagi mengelakkan kentang berubah warna selepas dikupas, rendam kentang di dalam air sebelum digunakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2021/04/30-himpunan-resepi-masakan-ayam-sedap.html