15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap


Sedang mencari resepi lauk berbuka puasa yang mudah dan sedap disediakan? Jom kali ini saya nak kongsikan dengan semua antara resepi yang dah boleh masak dan disediakan untuk menu berbuka puasa nanti.
Resepi 20 Hari Menu Berbuka Puasa Mudah dan Sedap :

Jom kita tengok antara senarai resepi yang boleh dimasak untuk keluarga nanti.
1.    Sambal Ikan Sardin Dengan Kentang

Bahan- bahannya seperti :4 biji bawang merah (ditumbuk)2 biji bawang putih (ditumbuk)1 tin sardin saiz sederhana5-8 tangkai cili padi (ditumbuk)2 tangkai cili merah/besar (ditumbuk)1 biji kentang (hiris sederhana nipis)
Cara-caranya:Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Goreng kentang dahulu dan ketepikanKemudian gorengkan ikan sardin, kuahnya diasingkanTumis bahan tumbuk hingga naik bauMasukkan sos ikan sardin tin tadi dan tambahkan sedikit air. Tumis hingga masak.Kemudian masukkan sardin ke dalam masakan dan juga kentang goreng.Sekiranya kuah kering tambahkan sedikit air. Perasakan masakan secukupnya
2.    Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah

Bahan- bahannya seperti :Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)Serbuk kunyit untuk salut ikanBawang besar saiz sederhana 1 bijiKulit kayu manis sebesar ibu jariBunga lawang 2 bijiCili hijau 1 tangkaiBawang merah 2 ulas Bawang putih 1 ulasKicap Sos cili 1 suduSos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)Gula Garam secukup rasa
Cara-caranya :Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentarPanaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masakSementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putihHiris melintang (membulat) bawang besar Hiris menyerong cili hijauAsingkan ikan yang telah digoreng tadi.Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masakMasukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar Tambahkan garam dan gula secukup rasaMasukkan sedikit air dan rebus sebentarKemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.Gaul rata dan sedia dihidangkan.
3. Udang Masak Sambal

Bahan-bahannya :Udang sederhana besar 2 genggam (dalam 200 gram)Cili kisar satu senduk nasi (saya guna cili kisar dalam peket yang ada tulis kurang pedas)Bawang kecil merah 6 bijiBawang putih 4 bijiGula 2 sudu makanAsam jawa 1/4 sudu makanAsam keping 1 (yang kecil)Garam secukup rasa
Cara-cara masak sambal udang cepat dan sedap seperti dibawah :Tumbuk atau boleh juga kisar bawang merah dan putih. Panaskan minyak dan tumis kan bahan di atas sehingga naik bau dan agak-agak garing. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan gula dan sambung tumis sehingga cili benar-benar masak dan kemerahan. Kemudian, masukkan air asam jawa serta asam keping tadi. Tumis semua sehingga agak kering dan tambahkan garam sedikit. Kemudian masukkan udang (Udang juga boleh di goreng dahulu jika kulitnya tidak dibuangkan sepenuhnya)
4. Daging Masak Lemak Cili Api

Daging 300 gramSerbuk kunyit/ kunyit hidup ditumbuk halus1 cawan santan @ susu segar rendah lemakBawang merah 2 ulasBawang putih 1 ulasCili padi segenggam ditumbukGaram secukup rasaAsam gelugor 1 kepingDaun kunyit dan serai untuk penambah rasa dan bau (jika suka)
Cara-caranya :Rebus daging hingga empukTambah bawang merah dan putih dan cili padi yang dihiris halus atau tumbukTambahkan air dan rebus sebentarTambahkan santan/susu segar dan kacau jangan bagi berketuk (api perlahan)Tambahkan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk tadiTambahkan asam gelugor, garam dan gula ikut seleraMasukkan serai/ daun kunyit kacau rataSedia dihidangkan dengan nasi panas.
5. Kari Ikan Tongkol Dengan Tomato

Bahan-bahannya :2 ekor ikan tongkol sederhana ( potong 3 bahagian setiap ekor)1 peket rempah kari (dijadikan pes)1 kotak (200ml) santan3 1/2 sudu makan cili giling3 biji tomato muda1 sudu kecil pes asam jawaGaram / gula secukup rasaDaun kari
Bahan-bahan tumbuk lumat :3 ulas bawang putih4 biji bawang merah1 inci halia
Cara-caranya :Bersihkan ikan tongkol belah 3 bahagian setiap ekorBelah tomato 4 bahagian setiap bijiPanaskan minyak masakTumiskan bahan tumbuk sampai naik bauTambah pes kari dan kacau sampai pecah minyak dan garingTambahkan cili giling dan masak lagi sampai pecah minyakTambah sedikit air dan biarkan cili giling benar-benar masakTambahkan air dalam 2 cawan dan biarkan mendidihMasukkan potongan ikan tongkol biarkan masakMasukkan tomatoDidihkan sebentar dan masukkan santan kotakKacau supaya santan tidak berketulMasukkan garam dan gula secukup rasaTutup api setelah santan masak.
6. Ikan Siakap Stim Halia

Bahan-bahan:Ikan siakap seekor Halia satu inci (sebesar ibu jari tangan)Bawang putih 2 ulasDaun bawangSos tiramKicap manis/biasaCili potong (optional*) Optional* = Nak letak atau tidak pun terpulang pada individu
Cara-cara :Bersihkan ikan dan lumur dengan garam. Kemudian hiris halia nipis2 dan letakkan pada ikan dan stim hingga separuh masakBuangkan air stim tersebut.Tumiskan bawang putih sehingga agak garingKemudian tambahkan sos tiram yang dicampur air panas sedikit serta kicap manis.Tuangkan pada ikan yang telah masak/di stim tadi.Sedia dihidang dengan nasi panas.
7. Sambal Sotong Sedap

Bahan-bahannya:Sotong Besar dan segar 3 ekorBawang merah 4 Biji Bawang Putih 2 ulasCili giling 3 sudu MakanGula 1 sudu MakanGaram 2 Sudu TehAsam Jawa 1/2 sudu Makan
Cara-Cara:Bersihkan Sotong dan potong kecil Tumbuk lumat bawang merah dan putihPanaskan minyak masakTumis bawang merah & putih yang telah ditumbuk/blender tadiTunggu sehingga naik bau dan setengah masakmasukkan cili boh/cili giling Tumis lagi dan masukkan Gula, Asam jawaTumis sehingga cili benar2 masak dan pecah minyakMasukkan hirisan sotong Gaul rata tumisan dan sotong Masukkan garam (sesedap rasa)Tunggu sehingga sotong agak masakHidangkan
8. Ayam Masak Buttermilk

Bahan-bahannyaFillet ayam - 300 -500 gram dipotong kecilTepung jagung/gandum - saya guna campuran kedua tepungSerbyk kari - optionalDaun kari 2-3 tangkai (ambil daun sahaja)Cili 2-3 tangkai dicincangBawang putih 2 ulas (dicincang halus)Butter (3 sudu)Garam, gulaPerisaSusu cair 1 cawan
Cara-caranya adalah :Mula-mula tepung gandum dan jagung dicampurkan ( nisbah 1 tepung jagung: 2 tepung gandum) - contoh satu sudu tepung jagung tambah 2 sudu tepung gandum.Campuran tepung boleh dicampur sedikit dengan serbuk kari kalau suka.Lumur ayam dengan sedikit garam dan salut ayam dengan campuran tepung.Goreng ayamPanaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih yang telah dicincang halus tadi, masukkan juga daun kari sehingga naik bau.Masukkan hirisan cili tadi jika suka sedikit rasa pedas.Masukkan susu cair, reneh sebentar,Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tambah garam dan gula serta bahan perasa jika suka secukupnya.
9. Ayam Panggang Mudah dan Sedap

Bahan-bahan diperlukan:Ayam separuh atau 1 ekor terpulangKentang 2 bijiSerbuk Lada Hitam kasarGaramMadu
Cara-cara :Bersihkan ayam dan kentang Belah kentang cara memanjangLumur dengan garam secukupnya pada ayam dan kentangKemudian tuangkan madu dan lumurkan kepada ayam dan kentang sehingga rataTaburkan serbuk lada hitam pada ayam dan kentang sehingga rata keseluruhannyaLetak kentang dahulu kemudian ayam diatasnya dalam bekas tahan panas oven.Bahagian tulang dada ayam hendaklah dibakar dahulu (letak ayam menghadap ke atas)Panaskan oven sehingga suhu 200℃ Selepas suhu stabil masukkan ayam dan kentang dan bakar sehingga 30 minit.Selepas itu, keluarkan dari oven dan terbalikkan bahagian ayam. Air ayam yang keluar boleh disapu semula di kulitnya.Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi dalam 20 ke 30 minit.Kemudian kurangkan suhu oven ke 160℃ ke 180℃ ikut oven anda dan bakar sehingga kira-kira 15 ke 20 minit.Keluarkan ayam dan periksa samada telah masak. Jika belum tambah masa bakar dalam 10 minit lagi.Sedia dihidang bersama kentang atau nasi dan sebagainya.
10. Ikan Merah Masak Tempoyak

Bahan-bahannya :2 keping daging ikan merahSehelai daun kunyit hiris kasarSetengah senduk nasi tempoyakgaram dan gula1 cawan santan pekat - jika suka bersantan1 batang serai diketuk
Bahan blend/tumbuk :8 tangkai cili padikunyit hidup4 ulas bawang merah1 ulas bawang putih
Cara-caranya :Hidupkan api kecilMasukkan bahan yang sudah diblend/tumbuk dan daun kunyit dalam periukSentiasa dikacau dan kemudian masukkan tempoyak serta dibiar mendidihMasukkan ikan, garam dan gula secukup rasaMasukkan santan dan kacau perlahan jangan berketulMasak hingga kuah pekat dengan api yang sederhanaSedia dihidangkan
11. Tempe Goreng Sambal Ikan Bilis

Resepi Tempe Goreng Sambal dengan Ikan Bilis :
Bahan- bahan :Tempe satu plastikIkan bilis saiz sederhana segenggamCili besar merah 1 tangkaiCili padi 4 tangkai (optional kalau nak pedas lagi boleh tambah cili)Bawang merah 4 ulasBawang putih 1 ulasGaram dan gula
Cara-caranya :Potong petak kecil tempe sederhana nipisBasuh ikan bilis dan toskan airnyaTumbuk bawang merah, putih, cili besar dan cili padi sampai lumatGoreng tempe hingga rangup (api sederhana besar)Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup (api kecil) dan ketepikan Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan masakTambah garam dan sedikit gula secukup rasaMasukkan tempe goreng dan ikan bilis tadi dan gaul rataSiap untuk dihidangkan
12. Telur Masak Kicap Sedap & Cepat


Bahan-bahannya:5 biji telur1 ulas bawang putih3 ulas bawang merah1 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos cili4 sudu cawan kicap lemak manisSedikit stok ayamHirisan membulat bawang besar untuk hiasan
Cara-caranya :Mayang nipis bawang putih dan bawang merahGoreng telur sebiji demi sebiji dan asingkanTumis bawang merah dan putih hingga naik bauMasukkan semua jenis sos dan tumis sebentarMasukkan kicap dan kacau serta masukkan sedikit airTambahkan stok ayam dan sedikit garam jika masih tiada rasaTambahkan air setengah cawan dan kacau lagiMasukkan telur tadi biarkan didihTaburkan hirisan bawang besar.Sedia dihidangkan.
13. Ayam Masak Merah Mudah

Bahan-bahannya adalah:Ayam setengah ekor (Potong 8 bahagian)Serbuk kunyitGula dan garamCili giling 4 sudu makanPes asam jawa 1/2 sudu makanRempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)Serai 1 -2 batang di ketuk
Bahan Tumbuk :Bawang merah 4 bijiBawang Putih 3 bijiHalia 1/2 inci
Cara-caranya :Mula-mula perap ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga separuh masak. Kalau suka garing boleh goreng garing.Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan sampai naik bauTambahkan bahan tumbuk dan tumiskan sampai sedikit garingTambahkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyakMasukkan pes asam jawa dan garam 1 sudu teh, gula dalam 1 - 2 sudu makanTumis sebentar dan masukkan seraiKemudian tambah air 2 cawan kecil ( dalam 400 ml )Tumis sehingga cili masak dan sedikit keringMasukkan ayam yang telah digoreng awal tadiGaulkan semua dan tambah air - biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.Angkat dan sedia dihidangkan.
15. Sizzling Tofu Jepun



Cara-caranya:Tauhu (tofu) telur 2 tiub, potong 6 keping / tiub150 gram daging, cincang samada daging ayam atau daging lembu3 cendawan shiitake kering, direndam lembut dan cincangkan3 ulas bawang putih, cincang20 gram halia, cincang (1 sudu besar)1 biji bawang merah dihiris nipis2 biji telur, dipukul untuk hotplate1 1/2 cawan air1 cawan minyak masak, tofu telur digoreng dahulu dan ketepikan1/4 cawan minyak masak untuk menggoreng daging 
Untuk daging :Campurkan daging cincang dengan kicap, garam, lada putih, tepung jagung dan minyak bijan. Biarkan diperap sekurang-kurangnya 30 minit.
Untuk Tofu Jepun:Gorengkan tofu jepun yang telah dipotong tadi sehingga kulitnya garingCampurkan semua bahan sos ke dalam mangkuk kecil ketepikanBiarkan dalam 1 sudu besar minyak dalam kuali. Panaskan minyak di atas api sederhana. Tumis bawang merah yang dihiris, bawang putih cincang dan halia hingga wangi.Masukkan daging cincang dan tumis sehingga agak masakSeterusnya masukkan campuran sos dan kacau hingga sebati. Masukkan air dan didihkan. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.Masukkan tauhu telur goreng dan kacau hingga sebati dan ketepikan sebentar
Sediakan Hotplate:Panaskan hotplate di atas dapur dengan api sederhana dan beruskan dengan sedikit minyak masak. Tunggu sehingga hotplate sudah mulai panas. Tuangkan telur dan sudukan telur ke semua sudut hotplate dan biarkan telur separuh masak.Perlahan-lahan tuangkan tauhu telur dan campuran sos daging cincang di atasnya.Angkat dari dapur, taburkan dengan daun bawang cincang dan cili merah yang dihiris dan hidangkan panas-panas dengan nasi.
16. Kari Ayam Dengan kentang Bersantan

Bahan-bahannya:Setengah ekor ayam dipotong sederhana2 biji kentang belah 43 sudu besar rempah kari ayam/daging (campur dengan air untuk jadikan ianya pes)2 sudu besar cili gilingSatu sudu kecil asam jawa (dicairkan dengan air)1 kotak kecil santan (200 ml)Perasa garam dan gula
Bahan Penumis:1 tangkai daun kari2 Biji Bunga cengkih2 batang Kayu manis3-4 biji pelaga1 inci Halia1 biji Bawang besar (dihiris halus)2 biji Bawang putih (dihiris halus)
Cara-caranya :Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dihiris halus. Tumis hingga sedikit garingSelepas itu masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan cili giling dan sedikit air tumis hingga garing.Kemudian masukkan ayam dan gaulkan hingga separuh masakMasukkan sedikit air dan kentang tunggu hingga kentang hampir empuk.Masukkan santan dan kacau hingga masak dan kentang empukPerasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Selamat mencuba semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik lagi dari tahun-tahun yang sebelumnya, inshaAllah. Jangan lupa untuk komen dan share dengan kawan-kawan korang. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eksplorasilea.com/2021/04/15-cadangan-resepi-berbuka-puasa-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Resepi Puding Dan Agar Agar Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Tujuh Resepi Puding Dan Agar Agar Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Petang Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog Bonde Berbuka puasa tak sah kalau tidak dimulai dengan menu yang manis selain buah kurma kena makan manisan seperti This is a content summary only Visit my website f...
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 405 hits
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah dan SedapBahan bahanIkan tongkol sederhana besar sekor2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes1 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sudu bes...
30 Resepi Masakan Kampung Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021

30 Resepi Masakan Kampung Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1216 hits
30 Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021 Salam ramadhan di tahun 2021 yang serba norma baharu to dear readers and to all my muslim friends nak kongsi dengan anda semua aneka resepi juadah berbuka puasa dan bersahur yang korang...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 336 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 608 hits
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera Menu masakan bulan puasa memang banyak tapi kadang tu pening kepala nak fikir masak apa Lagi lagi untuk idea menu sahur Untuk diri ini daku lebih suka menu sahur simple cepat...
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 658 hits
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur Salam semua nasi goreng menu yang kebanyakan menjadi pilihan untuk waktu sahur dalam bulan puasa nanti Menu yang boleh dikatakan cepat dimasak sebab semua lauk dah disatukan sekali d...
Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 377 hits
Pelbagai Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa l Assalamualaikum Bila kata masuk je bulan puasa ni mula lah pening nak pikir menu apa nak berbuka nanti Ada tu tak nak makan berat berat nak makan yang ringan ringan je Yang penting k...
Koleksi Resipi Lauk Berbuka Berasaskan Ayam Mudah Sedap

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Berasaskan Ayam Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 434 hits
Koleksi resipi lauk berbuka berasaskan ayam khas untuk ibu ibu semua yang sudah mula pening memikirkan menu Bila bulan puasa ni ibu ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat keluarga Antara lauk yang menjadi...
Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap Mudah Buat Untuk Berbuka

Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap Mudah Buat Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 528 hits
Telur bungkus inti ayam antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak anak Kalau ke kedai makan menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni Ini resipi step by step mudah perkongsia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp