Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap Tips Kulit Tart Gebu Rangup Dan Tak Pecah


Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap | Tips Kulit Tart Gebu, Rangup Dan Tak Pecah | Salam semua, resepi cheese tart sekarang dah bermacam variasi dan tak macam dulu. Dulu - dulu ada yang biasa letak jem bluberry itu dah biasa. Sekarang ni, macam - macam sampai sis pun tergoda dibuatnya bila tengok baker yang buat untuk jual. Sis memang peminat cheese tart. Sebenarnya dah banyak kali jugak buat cheese tart ni, maklumlah kalau pertama kali buat, nak cantik macam orang lain buat macam tak puas hati sangat. Kulit tart tertebal dan macam - macam lah. 
Tapi tu lah, renyah la juga nak buat cheese tart ni sebab nak kena tekan masuk acuan satu - satu bukan kerja mudah. Lain kalau ada tart presser, tapi sis tak pernah nak beli sebab buat chesse tart ni pun jarang - jarang. 



Jadi, kali ini sis buat cheese tart coklat, bukan inti cheese coklat ya, tapi kulit tart yang berwarna coklat. Lagi mengancam gabungan warna putih dan coklat kan berintikan jem bluberry di tengah - tengah.

Doh disimpan semalaman di dalam peti sebelum tekan ke dalam acuan tart keesokan hari. Korang nak sejukkan dalam 15 minit pun dah ok. Sis ada kerja lain nak buat, sebab hari tu buat untuk siapkan doh saja. Kerja nak tekan - tekan buat keesokan hari. Satu adunan dapat dalam 21 biji tak silap, bergantung kepada saiz acuan ya.

Banyak tips sebenanya nak kena ikut nak buat cheese tart ni, dari penyediaan nak buat kulit tart sampai ke inti untuk cheese tart. Resepi yang sis cuba alhamdulillah jadi elok dengan tips yang diberi. Kena baca elok - elok resepi tu ya.

Tips yang diberi untuk bakar cheese filling tu menjadi. Tak hangus permukaan atas. Untuk kulit tart, disebabkan tekan secara manual, tak nak kulit tart jadi gelembung lepas dibakar, tipsnya kena cucuk dengan garfu kat dasar kulit tart.

Tekan secara manual ni, payah nak agak ketebalan kulit tart, sis biasa tekan senipis mungkin, sebab nanti kulit tart naik sikit bila dah siap bakar. Kalau tebal sangat tak sedap pulak makan. Dan takut tak masak juga.

Kalau korang nak ketebalan yang rata, beli tart pressure mudah kan kerja nanti. jom semak resepi untuk cara buat cheese tart coklat yang super menggoda ni. 



Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Dan Super Sedap 

Bahan - Bahan 

Untuk Kulit Tart
125g butter
60g gula kaster
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu segar ( ganti dengan 1 sudu besar susu tepung )
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara Buat Kulit Tart 
1. Pukul butter bersama gula dan vanila hingga sebati tak payah kembang sangat.
2. Masukkan kuning telur dan susu segar, pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper dan sejukkan selama 15 minit.
4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese Filling
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream ( tak letak )

Langkah Penyediaan Untuk Filling 
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream dan pukul hingga agak pekat. 4. Masukkan filling ke dalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.
5. Paipkan cheese filling ke dalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa - apa perisa inti jika suka.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.

Nota 
1. Inti akan naik sedikit apabila sudah masak
2. Matikan oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah

Kredit : http://www.secubitgaramnor67.com/2014/09/chocolate-cheese-tart.html



10 Tips Untuk Kulit Tart Jadi Gebu, Rangup, Cantik ,Tak Pecah Dan Sedap Untuk pemula yang baru berjinak nak buat cheese tart ini, diharapkan tips di bawah dapat membantu korang semua ya. Yang ini biasa nya untuk kulit tart selalunya gagal. Biasalah kalau kali pertama buat ada macam tak kena kan. Macam sis jugak , kali pertama buat pun tak berasa puas hati sangat. 
1. Kenapa kulit tart mengembang ?  Mungkin disebabkan adunan terlebih pukul (overbeat). Pukul adunan memadai sehingga sebati sahaja. Dinasihatkan juga agar adunan untuk shell hanya gunakan tepung gandum. Jangan sesekali tepung lain yang ada bahan penaik seperti tepung naik sendiri. Ini akan buat shell tart mengembang

2. Kulit tart keras Keras bila dah siap bakar. Ini kerana guna saiz telur yang salah. Perlu inga ya, saiz telur yang besar, akan membuatkan adunan terlebih cairan. Sebaiknya gunakan telur Gred C. 
Namun, jika menggunakan saiz Gred A atau B, pastikan putih telur tersebut dibuang sedikit bagi mengurangkan cecair dalam adunan. Faktor terlebih tepung atau terlebih masa membakar juga akan membuatkn kulit tart menjadi keras.
3. Kulit tart lemauKemungkinan tempoh masa membakar tidak lama. Pastikan masa membakar tepat dan suhu ketuhar juga yang tepat. Untuk pastikan kulit tart tahan lama dan tidak dimasuki angin (lemau). Untuk lebih selamat, simpan bekas tersebut dalam peti sejuk. Kulit tart tidak akan lemau dan tahan lama.
4. Perlukan acuan disapu mentega atau marjerinHanya untuk penggunaan yang pertama kali bagi mengelakkan adunan atau doh melekat. Namun, untuk pemakaian seterusnya acuan tersebut tidak perlu disapukan mentega atau marjerin lagi.
5. Bagaimana cara keluarkan kulit tart dari acuan?Ini kemungkinan tidak cukup masak lagi. Jika tidak cukup masak, memang agak susah untuk tanggalkan dari acuan. Kulit tart yang telah dibakar dengan sempurna akan hanya sekali hentakan ringan akan tertanggal dengan mudah dari acuan. Kaedah lain, boleh juga terbalikkan acuan, kulit tart akan mudah tanggal dengan sendirinya.
6. Berapa biji boleh dapat untuk satu adunan ? Biasanya boleh dapat 40 biji bagi setiap satu adunan, bergantung kepada saiz acuan dan ketebalannya. bagi adunan cream cheese, satu adunan dianggarkan boleh menghasilkan antara 50 – 60 biji.
7. Mengapa cream cheese mendap bila dibakar?Selepas tart yang diisi cream cheese dibakar, seelok-eloknya biarkan ia sejuk di luar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan simpankan ia di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, bila disimpan semalaman di dalam peti sejuk, cream cheese tersebut memang akan mendap sikit.
8.Sekiranya guna tart presser, selepas menekan dengan tart presser, gunakan pisau untuk kemaskan lebihan tart di sekeliling acuan.
9. Kalau dah guna tart presser, tak perlu cucuk lagi sebab dia dah padatkan dengan presser.
10. Kalau guna manual, tekan-tekan dengan jari, silalah cucuk dengan garfu supaya tiada gelembung selepas membakar nanti.

Baca Juga : 
1. Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan 2. 9 Resepi Biskut Semperit Mudah Sedap Azlina Ina3. Resepi Kek Milo Viral Kukus Sukatan Cawan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2015/03/chocolate-cheese-tart.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

Resepi Kerepek Kulit Popia Sira Cheese Membuatnya Sangat Mudah Nescaya Tak Berhenti Mengunyah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 993 hits
Kalau ada kerepek kulit popia sira cheese ni terhidang atas meja di Hari Raya nescaya tak berhentilah tetamu mengunyah sampai nak habis sebalang Begitulah penangan kerepek kulit popia sira cheese Nak membuatnya pun mudah ya amat Bahannya pu...
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 404 hits
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap Hujung minggu bila masuk ke dapur meriah dapur tambah kalau laki bini pula yang sama sama kaki masak kan Ini projek laki bini semalam Belek belek dalam almari dapur ada pula agar agar sekali suami sur...
Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar

Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 462 hits
Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar Kuih kasturi dikenali juga dengan nama kuih rengas atau kuih kacang hijau ni dah macam kuih muih tradisional yang semakin pupus di telan zaman Ada juga golongan muda yang semakin lupa akan kuih k...
Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Mudah Dan Rangup

Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Mudah Dan Rangup

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 454 hits
Sudah lama saya nak kongsikan Resepi Rempeyek Kacang Tanah Dengan Ikan Bilis Yang Rangup kepada pembaca blog ini Akhirnya tercapai juga hasrat tersebut sebab saya agak pandai juga buat rempeyek kacang tanah Itukan antara kuih tradisional ma...
15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 979 hits
Sedang mencari resepi lauk berbuka puasa yang mudah dan sedap disediakan Jom kali ini saya nak kongsikan dengan semua antara resepi yang dah boleh masak dan disediakan untuk menu berbuka puasa nanti Resepi 20 Hari Menu Berbuka Puasa Mudah d...
Resepi Donut Ball Cheese Leleh Paling Senang Sangat Lembut Amp Gebu

Resepi Donut Ball Cheese Leleh Paling Senang Sangat Lembut Amp Gebu

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 633 hits
Entri kali ini kami kongsikan cara buat donut ball cheese leleh paling sedap dan mengancam Resipi ini telah dikongsikan oleh La Dolce Resepi di laman Facebook Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah Memang puas hati BAHAN BAHAN 1kg tepung gand...
Resepi Shellout Tak Banyak Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Shellout Tak Banyak Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum Hi Semua Apa khabar Sihat Hari ini Nadhie rasa macam teringin nak makan shellout Tapi dekat tempat Nadhie ni memang susah sikit nak cari orang atau kedai yang buat shellout so kita buat sendiri sahajalah Memandangkan Nadhie ...
Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah

Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 391 hits
Resepi Kek Buah Kukus Super Moist Dan Tips Untuk Elak Buah Mendap Bawah Salam semua kek buah kukus adalah kek buah legend yang sentiasa ada peminat dari dulu hingga lah sekarang Kek orang lama ni Siapa peminat kek buah kukus sini Permintaan...
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 405 hits
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah dan SedapBahan bahanIkan tongkol sederhana besar sekor2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes1 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sudu bes...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri