Resepi Step By Step Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah Versi Bujang



| Resepi: Step by step Masak Nasi Tomato + Ayam Masak Merah Versi Bujang | Lagi sikit je aku dah boleh buka restoran. Sorry gurau je. Baru masak 2 3 menu dah claim teror masak. Podahh...Siapa dekat sini gallery phone penuh dengan makanan sepanjang PKP ini? Kita geng. Memory aku sampai penuh tangkap 1 gambar makanan. Nak sembang, semalam aku berjaya buat Nasi Tomato style bujang khas untuk 2 3 orang makan. First try, alhamdulillah menjadi. 
Okay, taknak pandai sorang share dalam blog sini. Mana tahu ada yang nak cuba masak Nasi Tomato  time bulan puasa ini. Takkan nak makan nasi putih je kan, tukar selera sikit. Jom tengok apa barang diperlukan untuk masak nasi tomato. Nasi Tomato main dia off course nasinya, kalau nasi tak jadi makan tak menjadilah. 
Resepi Masak Nasi Tomato;

Bahan-bahan untuk Masak Nasi Tomato;

3 cawan beras Basmathi + 3 cawan air3 kuntum bunga lawang (skip kalau tiada)3 kayu manis, 4/5 bunga cengkih, buah pegaga (3 serangkai)1/4 minyak zaitun (kalau tiada apa-apa minyak masak pun boleh, jangan pakai minyak petrol sudah)2 sudu besar planta (kalau tiada minyak sapi)1/2 cawan susu cair1 sudu besar gula1/2 sudu garam3/4 helai daun pandan2 sudu tomato puri (aku tak ada, skip bubuh tomato ori)2 biji tomato besar dihiris halus2 bawang besar*6 ulas bawang putih*2 sudu besar halia*Yang ada tanda [*] korang blend siap-siap atau hiris halus-halus. Aku kalau hiris bawang memang failed gedabak-gedabak aku potong. Blend terus senang! Siap letak tepi

Cara-cara Masak Nasi Tomato
1. Rendamkan beras
Orang kata kalau nak sedap, beras tu direndamkan terlebih dahulu. Ambil beras Basmathi tu masukkan dalam periuk nasi bubuh air letak tepi. Rendamlah selama 30 minit

Kenapa kena rendam? Supaya bila masak nanti dia terbentuk cantik sebati dengan bahan-bahan yang kita nak bubuh nanti. If tiada beras Basmathi boleh sahaja pakai beras biasa. Dah selesai rendam nanti jangan lupa bilas dengan air bersih dan toskan

2. Tumis bahan
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali dalam suhu sederhana perlahan. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, bawang putih, bawang merah, halia, diikuti dengan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Kacau hingga wangi

3. Masukkan beras
Dah wangi masukkan beras yang korang dah toskan tadi, kacau rata-rata. Kacau selama 1-2 minit dalam suhu api yang perlahan. Kemudian, bubuhlah susu cair, tomato, mentega, garam, gula, daun pandan. Dah rata, tutup api

4) Pindah ke rice cooker & Masak nasi macam biasa
Siap, boleh masukkan beras ke dalam "rice cooker" tunggulah dia masak. Terpulang korang nak masak atas dapur terus atau pakai rice cooker. Aku lebih prefer rice cooker. 
Tak complete kalau makan nasi tomato begitu je, so kena buat Ayam Masak Merah sebagai pasangannya. 1 lauk pun dah rasa sedap gila. Sementara menunggu nasi masak bolehlah buat ayam masak merah



Ayam Masak Merah

Bahan yang diperlukan;

4-6 ketul ayam4 ulas bawang putih3 biji bawang merah1 setengah halia4 sudu besar cili kisarSos TomatoAir asamGaramGula Cara-cara Membuat Ayam Masak Merah
1. Panaskan minyak, goreng ayam seperti biasa. Dah siap masak ayam letak tepi kita teruskan dengan membuat sambal
2. Gunakan sahaja minyak goreng ayam tadi, kalau banyak sangat boleh keluarkan sikit. Minyak dah panas boleh masukkan bawang putih, bawang merah, halia yang dikisar. Kacau, garing sikit masukkan cili kisar nak sambal lebih masukkan banyak sikit. Kacau lagi, sampai dia naik minyak
3. Bila dah naik minyak boleh masukkan air asam sikit, sos tomato, garam dan gula. Kacau sehingga menggelegak. Baru masukkan ayam, Kacau rata-rata
4. Siap untuk dihidang





Sedap juga aku masak sendiri semalam. Hairni housemate aku kata nak buat bihun sup pula. Tak sabarnya nak makan. For me, menjadilah untuk tekak sendiri. Apa-apa pun selamat mencuba.

Boleh lihat full video masakkan aku di youtube juga. Sekarang tengah berjinak-jinak buat video. Siapa ada akaun youtube, jangan lupa subsricbe ya.

Thank you for reading


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/05/resepi-step-by-step-masak-nasi-tomato.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

Dapur Fiezasani Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 496 hits
Percubaan kali pertama masak nasi tomato ke laut Haha Dari segi rupa ada Bau pun ada Sekali bila makan hambar Haha Mungkin sebab air banyak sangat jadi bahan bahan yang lain hilang rasa Lepas tu lembik plak Aduh duh duh K fiezz plak konpide...
Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Nasi Hujan Panas Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1098 hits
Habis fikir dah tak tahu nak masak apa Stok ayam ada lagi dan tiba tiba mood rajin nak masak nasi hujan panas Sebab dah beli pewarna yeay Tapi sayang sebab tak ada warna hijau Pewarna hijau sold out Ramai yang membeli perwarna hijau buat ku...
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 627 hits
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan Ayam masak merah selalunya kalau kita google akan ada pelbagai jenis dan cara masakan yang berbeza So ada yang mudah tak perlukan bahan yang banyak dan ada yang mudah tapi bahan yang digunakan b...
Resepi Nasi Ayam Mandy Try La Buat Confirm Menjadi

Resepi Nasi Ayam Mandy Try La Buat Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 929 hits
RESEPI NASI AYAM MANDY TRY LA BUAT CONFIRM MENJADICara membuatnya
Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 910 hits
Siapa suka nasi lemak Saya Dia tanya dia yang jawab Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi Dulu dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je Ta...
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 606 hits
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur Baru seminggu berpuasa dah buntu dan tak tahu nak masak apa Itu yang CH nampak dalam status FB kawan kawan CH pun kadang kadang buntu jugak tapi sebab banyak join group masak masa...
Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style Dari Izafiza

Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style Dari Izafiza

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 664 hits
Kali ni mama nak share Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style dari Izafiza Terima kasih Iza join segment mama Maafkan mama lambat sikit nak share Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style ni Sori iza mama terlambat nak share re...
Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 757 hits
JUMAAT 29 4 2020Hari pertama Ramadan 100 pack rezeki dikongsi bersama frontliners MENU Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Sayur Kacang Buncis CarrotAlhamdulillah semuanya dipermudahkan Alhamdulillah Start ambik barang basah petang khamis...
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 696 hits
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Lebih kurang dua tahun kakak ipar hadiahkan periuk noxxa tetapi boleh dikira dengan jari berapa kali Sha menggunakannya ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments