Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah


Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lebih kurang dua tahun kakak ipar hadiahkan periuk noxxa tetapi boleh dikira dengan jari berapa kali Sha menggunakannya. Kenapa jarang gunakan periuk noxxa? Walaupun ianya memudahkan dan membantu kita memasak dengan cepat tetapi akibat satu kejadian ketika pertama kali Sha menggunakannya telah menyebabkan Sha sedikit serik. Nak tahu apa yang telah terjadi? Sha cuba untuk memasak lauk kegemaran Sha iaitu daging goreng kunyit, tetapi akhirnya semua daging keras renting kehitaman. Mungkin pada masa itu Sha tidak mengikut manual arahan dengan betul. Selepas kejadian itu Sha kemas dan simpan balik periuk di dalam kotaknya


Semalam dalam duduk berfikir menu untuk berbuka puasa hari kedua, Sha teringatkan beras basmathi yang dibeli dua minggu lepas masih belum digunakan. Akhirnya Sha mengambil keputusan untuk memasak Nasi Arab Mandy dengan menggunakan periuk noxxa. Kebetulan pula suami Sha mahu keluar kedai, jadi Sha kirimkan bahan yang tidak ada ada di dapur. Dengan bantuan blogger Wani Sukarno, Sha dijemput masuk ke grup masakan menggunakan periuk noxxa di laman sosial facebook. Rupanya banyak resepi telah dikongsikan oleh pengguna periuk noxxa di dalam grup tersebut dan ramai yang telah berkongsi resepi nasi arab di sana. Sha pun memulakan misi mencari resepi dan langkah yang paling senang difahami. Jam waktu itu sudah menunjukkan jam 6.30 petang agak lambat untuk memasak juadah berbuka puasa, suami pula asyik mengusik risau nasi tak masak sebelum waktu berbuka. Dalam waktu bergaduh manja dengan suami di dapur tangan Sha tak berhenti bergerak dan perlu merujuk resepi. Jom kita tengok resepi yang Sha telah gunakan untuk memasak Nasi Arab Mandy yang sedap ini


RESEPI NASI ARAB MANDY NOXXA
Pertama sekali untuk memasak nasi arab mandy, persedian awal adalah bahan-bahan untuk ayam

Bahan-bahan Ayam
1 ekor ayam dicuci bersih1/2 sudu kecil serbuk ketumbar1/2 sudu kecil serbuk jintan manis1/2 sudu kecil jintan putih1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk kunyitgarampewarna kuning
Cara penyediaan
Memandangkan Sha tak ada stok ayam dipotong empat jadi Sha gunakan stok ayam yang telah siap dipotong. Gaulkan ayam dengan semua bahan diatas dan perap. Sha perap dalam pukul 3.30 petang sedia untuk digoreng pada waktu yang sesuai sebelum berbuka puasa


Bahan-bahan untuk nasi arab mandy

5 cawan beras basmathi yang dibersihkan dan ditos - Sha gunakan jenama faiza5 cawan air1/2 biji bawang besar Holland*2 ulas bawang putih*1 inci halia*bahan bertanda * dikisar bersama---1 sudu besar serbuk jintan putih*1 sudu besar serbuk jintan manis*1 sudu besar serbuk ketumbar*1 batang kayu manis*2 bunga lawing*bunga cengkih*buah pelage*bahan bertanda * bahan tumis1/3 cawan kismisgaram secukupnya , sha guna 2 sudu kecil3 sudu besar minyak sapi

Cara penyediaan Nasi Aram Ayam Mandy Noxxa Langkah Demi Langkah
1. Set periuk noxxa di Stir Fry (SF), jangan lupa tekan ON. Masukkan minyak masak secukupnya untuk goreng ayam yang telah diperap petang tadi. Goreng sehingga sedikit kering dan keluarkan. Jika minyak banyak keluarkan lebihan minyak

2. Masukkan minyak sapi dan tumis bahan yang telah dikisar tadi diikuti bahan tumis yang lain. Tumis sehingga naik bau

3. Masukkan beras yang telah dittos tadi dan kacau sedikit

4. Masukkan air diikuti dengan garam, serbuk kunyi/ pewarna kuning dan kismis. Gaul semua bagi sebati

5. Ambil ayam yang telah digoreng tadi dan susun diatas beras, letakkan daun bawang dan daun sup diatas ayam

6. Tutup periuk, pastikan tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE untuk 8 minit dan tekan ON

7. Selepas selesai 8 minit tunggu lebih kurang 3 minit sebelum tukar tombol kepada STEAM dan tekan OFF

8. Buka penutup dan keluarkan ayam perlahan-lahan

9. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh keluarkan nasi untuk dihidangkan. Boleh susun ayam diatas nasi kembali



Resepi Sos Nasi Arab
1 biji tomato5 biji cili padi merah & hijauGaramGula1/2 biji lemon diperah
Semua bahan diatas dikisar bersama

Acar / Jelatah Nasi Arab
Timun batang dipotong daduBuah tomato dipotong daduGaramGulaCuka
Semua bahan digaul bersama


Alhamdulillah akhirnya menjadi juga Nasi Arab Mandy Sha walaupun adalah barang yang ada dalam resepi asal tapi kat dapur Sha tak ada contohnya akar daun ketumbar. Tapi tak apa suami dan anak-suka makan semuanya cukup rasa. Waktu berbuka puasa jam 7.23 petang memang ngam-ngam semua dah siap masak. Untuk sup Sha gunakan resepi sup tulang biasa sahaja. Selepas memasak menggunakan periuk noxxa kali Sha ada sedikit keyakinan untuk mencuba resepi lain menggunakan noxxa lagi. InsyaAllah. Sha masak banyak daripada biasa kerana memang niat nak bersahur dengan nasi arab jugak, tambah senang untuk Sha bekalkan suami yang berkerja malam itu untuk bersahur di pejabat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/04/resepi-nasi-arab-ayam-mandy-noxxa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Daging Masak Hitam Menggunakan Periuk Noxxa Model Lama

Resepi Daging Masak Hitam Menggunakan Periuk Noxxa Model Lama

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 871 hits
Resepi Daging Masak Hitam Noxxa Jika sebelum ini periuk noxxa sentiasa dalam kotak tetapi bermula bulan puasa dimusim Perintah Kawalan Pergerakan ini Sha cuba menggunakannya untuk membantu Sha di dapur Sebelum ini bukannya apa bila barang d...
Resepi Nasi Ayam Mandy Try La Buat Confirm Menjadi

Resepi Nasi Ayam Mandy Try La Buat Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 941 hits
RESEPI NASI AYAM MANDY TRY LA BUAT CONFIRM MENJADICara membuatnya
Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

Resepi Mudah Simple Cara Masak Nasi Arab Mudah Cepat Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 746 hits
Berjaya juga masak sendiri nasi arab ni Kalau tak asyik teringin teringin dan teringin je Nak elakkan dari terus teringin kita cuba ajelah masak sendiri kan Bukan tak boleh nak beli cuma malaslah nak ke sana Inipun buat guna beras biasa je ...
Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 595 hits
Resepi Nasi Ayam Delicious By Cik En Semenjak PKP ini semua rahsia cik en terbongkar habis Hahahha anyway cik en jarang nak bercerita yang cik en suka memasak Cik en suka masak dari umur 8 tahun lagi Ingat lagi masa itu cik en dengan adik c...
Ayam Bakar Sos Thai Nasi Goreng

Ayam Bakar Sos Thai Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 599 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraHari ni hari ke2 pKp fasa 3 berjalan 15 28april2020 cuti panjang lagi wei and cuti baik kite habiskan masa dengan yang berfaedah kan sebabkan hari ni hari Khamis kita poselah yelah pose Kat umah mane penat wei...
Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 2326 hits
As Salam Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom Alhamdulillah Puas hati betul rasanya bila time cuti PKP ni dapat penuhi keinginan makan Nasi Ayam yang sedap heh Korang mesti ada nasi ayam pilihan atau resepi sendiri yang ...
Kari Ayam Menggunakan Noxxa

Kari Ayam Menggunakan Noxxa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 634 hits
Covid 19 telah mengubah kehidupan biasa kita pada suatu norma baru kehidupan yang bermula selepas perintah kawalan pergerakan ditamatkan Walaupun tiada lagi covid 19 atau PKP telah ditamatkan kita akan masih terasa takut untuk bertemu atau ...
Resepi Keropok Lekor Yang Lembut Dan Sedap Beserta Dengan Sos Pencicah Keropok Lekor

Resepi Keropok Lekor Yang Lembut Dan Sedap Beserta Dengan Sos Pencicah Keropok Lekor

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 570 hits
Sejak awal bulan February hari tu banyak betul orang jual ikan termenung yang murah murah Dapat la saya buat keropok lekor Kata peniaga2 ikan termenung tu terlalu banyak di laut Dah jadi lambakan ikan termenung pula terutamanya di kawasan u...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord