20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur


20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur. Baru seminggu berpuasa, dah buntu dan tak tahu nak masak apa. Itu yang CH nampak dalam status FB kawan-kawan. CH pun kadang-kadang buntu jugak tapi sebab banyak join group masak-masak, boleh la ceduk idea nak masak apa dikala kebuntuan. Hahaha... Okaylah ini entry khas untuk korang yang buntu nak masak apa untuk berbuka dan sahur - Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur.  
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur
Resepi yang CH kongsikan ini mudah saja nak nak masak dan confirm sedap. So, korang patut mencuba.


#1 Resipi Nasi Minyak Guna Beras Biasa Tanpa Minyak Sapi


Bahan:
2 cawan beras yang telah dibersihkan2 ulas bawang besar dimayangkan*5 ulas bawang putih diketuk*2cm halia -dipotong memanjang*1inci kulit kayu manis*2 kuntum bunga lawang*5 biji buah pelaga*3 sudu makan marjerin ( Guna jenama pelangi)*minyak masak untuk menumisair secukupnya1sk garam
Caranya:
Panaskan minyak masak bersama merjerin dalam rice cooker. Masukkan semua bahan yang ditanda * dan tumis sehingga bawang menjadi layu serta berbau wangi

Masukkan beras yang telah dibersihkan dan gaul rata supaya beras sebati dengan bahan tumisan

Masukkan air secukupnya atau sepertimana korang masak nasi. 
Tambah garam secukupnya

Tutup periuk dan tunggu nasi masak. Bila dah masak, boleh tambah pewarna untuk lagi menarik

Sebelum hidang, gaul rata nasi supaya warna yang dimasukkan bercampur dan menjadi lebih menarik serta menyelerakan. 
Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link SIS HAWA. 

#2 Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri

Resipi Nasi Tomato
Bahan-Bahan
Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )air sukatan beras3sb minyak sapi2sb minyak masakRempah tiga beradik ( bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga ) 1/2 tin susu cair1 tin susu1 tin tomato pureeDaun ketumbarDaun pandan2 biji tomato ( potong 4 bahagian )Garam
Bahan Kisar
1 Ulas Bawang besar3 ulas Bawang Putih1/2 inchi halia
Cara Penyediaan
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau. Lepastu masukkan tomato puree, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit

Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. Biarkan separuh didihMasukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato
Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Terus pindahkan ke rice cooker. ( kalau tumis atas dapur gas ) dan biarkan nasi masak sepenuhnya


Resipi Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri 
Bahan-Bahan 
1kg ayam ( Goreng Terlebih Dahulu )1/2 tin tomato puree1/2 tin susu cairairMinyakGaram & GulaDaun Ketumbar ( potong 4 bahagian )
Bahan Kisar 
Segenggam Cili Kering1 Ulas Bawang Besar3 Ulas Bawang Putih1/2 inch Halia
Cara Penyediaan
Tumiskan Bahan kisar tadi sehingga masak dan garing

Masukkan tomato puree dan biarkan 5 minit

Lepastu masukkan susu cair/air ( ikut suka ) sebab nak bagi berkuah/ garam/ gula dan biarkan seketika

Bila dah didih masukkan ayam terus gaul rata. Lepastu tabur daun ketumbar dan kacau rata. Boleh terus hidang

Kalau nak sedap letak kacang pea’s

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link CikZa

#3 Nasi Arab Menggunakan Beras Biasa


NASI ARAB
Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab
½ ekor ayam - potong 21 kiub ayam1 biji tomato belah 41 biji cili merah belah 41 batang kulit kayu manis½ sudu jintan manis (biji)½ sudu biji ketumbar½ sudu lada hitam (biji)Sesudu garam
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam

PERAP AYAM
Angkat ayam lumur dengan garam kunyit,  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa

Cara Penyediaan Nasi Arab
Bahan untuk menumis
Minyak sapi / butter / minyak masak2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)½ sudu biji ketumbar½ sudu jintan manis½ sudu lada hitam
Cara-caranya
Tumis semua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan beras dan kacau seketika

Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya

Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap 

SAYUR 
Bahan :-
Timun dibuang biji di tengahnyaTomato di potong daduBawang besar racik halusGaram dan air perahan lemon
Caranya
Gaulkan kesemua bahannya tu

SAMBAL
Bahan-bahan 
3 batang cili besar merah3 batang cili padi merahBuah Tomato - Lebihkan buah tomato yeDaun ketumbarAir Perahan lemonGaram / gula
Cara-cara
Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link CikTie

#4 Nasi Goreng Mudah 

Bahan:
Nasi sosej 3 biji telur ayamsos cili sos tiramgaram secukupnyaminyak untuk tumis

Bahan Tumbuk
5 ulas bawang putih4 ulas bawang merah10 biji cili padi
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing
Masukkan sos tiram dan sos cili. Gaul rata dan sebatikan dengan bahan tumis
Masukkan sosej yang telah di potong. Gaul rata dan biarkan sehingga sosej sedikit masak

Ketepikan sosej,masukkan telur. Biarkan sedikit masak dan kacau hancur

Masukkan nasi dan gaul rata sehingga semua bahan sebati dengan nasi. 
Tambah garam jika rasa masin belum cukup. 
Biarkan nasi goreng sedikit garing / masak lama untuk lebih sedap. 
Untuk lebih menarik, hidangkan bersama telur mata. 
Note: Untuk resepi lengkap, korang bolehlah klik link VITAMINWAWA

#5 Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik

Bahan-Bahan Nasi Daging 
500 gm daging (dihiris)5 pot beras basmati 3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)5 sudu serbuk kurma1 biji bawang merah (dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)1/2 batang lobak merah potong dadu1 helai daun pandan3 sudu buttersedikit garam bukitsedikit cukup rasa maggi
Cara memasak Menggunakan Pressure Cooker:
Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda

Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu. Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus. 
5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan tambahkan air sikit lebih jika guna basmati  sebab berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak). 
Masukan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata

Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit


AIR ASAM
Bahan-bahan
2 sudu kerisik 2 biji tomato (potong dadu)7 cili akar hijau (dihiris bulat)3 cili merah thai (dihiris bulat)1 biji bawang merah (dihiris nipis)1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawasedikit air suamsedikit garam
Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik
Masukan semua bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link BondeZaidalifah . 

#6 Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan

Bahan - Bahan
Untuk Sup2 ketul bahagian peha Ayam2 batang Daun bawang (diikat)2 inci Halia (dipotong tebal) 3 cawan airGaram
Cara memasak sup
1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit

Untuk Nasi3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)2 sudu butter3 ulas bawang putih (dicincang)2 inci halia (dipotong kasar)1 batang serai (diketuk)2 sudu besar serbuk perencah HilalGaram
Cara memasak nasi
1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras
4. Biarkan ia masak


Untuk sos cili5 batang cili masak3 ulas bawang putih1 batang serai1 inci halia1 sudu besar serbuk perencah HilalGaramCuka
Cara membuat sos cili
1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat

Untuk sos kicap3 ulas bawang putih1 sudu besar sos tiram3 sudu besar kicap cair1 sudu kecil serbuk lada sulah1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)6 sudu airGaram
Cara membuat sos kicap
1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Mrs Liez

#7 Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan:
Nasi 10 biji bawang merah3 Bawang Putih - Tak perlu buang kulit, goreng dan diketuk2 sudu cili boh1 ikat sayur sawi - dipotong, dibersihkan dan ditos1 genggam ikan bilis - digoreng garing siap-siapMinyak untuk menggorengGaram secukupnya

Caranya:
Kupas bawang merah dan tumbuk sehingga lumat
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan cili boh dan masak sehingga naik minyak dan betul-betull garing. 
Masukkan nasi dan sawi. Gaul rata dan sebati. Rasakan dengan sedikit garam

Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul lagi. 
Tutup api dan sedia dihidang. 
Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link EhBlogAku

#8 Nasi Goreng Telur

Bahan bahan
Nasi putih3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihSegenggam ikan bilis6 biji cili padi2 biji telur
Cara menyediakan
Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi. Cili padi tu ikutlah pada tahap kepedasan yang korang nak. Kalau nak pedas lagi tambahlah lagi bilangan cili padi tu

Masukkan minyak biarkan sekejap bagi panas kemudian baru tumis bahan yang ditumbuk tadi. Agak agak dah garing masukkan dua biji telur

Kemudian masukkan garam. Gaul sebati, akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link MIMIAZIRAH .

#9 Nasi Ayam Kukus


Bahan:
5 ketul ayamAirBawang Merah* tumbuk kasarBawang Putih* tumbuk kasarHalia *diketukAkar daun ketumbar1 kiub ayam
Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya

Ayam di tos dan tunggu nasi masak

Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita

Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar1 biji Cili merah *ditumbuk kasar3 biji Cili padi *ditumbuk kasarDaun ketumbar dipotong kasar1 biji tomato dipotong dadu1/2 gelas Air rebusan ayam1 piring kecil sos cili

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap

Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (boleh juga guna blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk

Hidangan ini korang boleh hidang bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Shalimar Yusof

#10 Resepi Nasi Ulam Utara dan Sayur Keladi 

Nasi Ulam
Bahan:
NasiIkan talang masin - goreng dan mesin halusUdang kering - goreng tanpa minyak, mesin halusKerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekaliBawang besar – potong nipisBunga kantan – potong nipisUlam-ulam - gulung kemudian hiris halus
( Macam ulam ni, ikut citarasa masing. 
Selalunya kalau kita pi beli kat pasar, memang peniaga tu akan buatkan ikatan ulam untuk menu ni. Kita bagitau ja nak buat nasi ulam,  cumanya kalau kita nak tambah, boleh pilih ulam yang kita nak. Ulam yang selalu orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom  daun kunyit, daun sekentut, bunga betik

Caranya:
Buh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan, campur dan gaul semuanya. Masukkan bahan tu sikit –sikit. Siap


Sayur Keladi
Bahan:
Keladi – rebus, lepas tu buang airIkan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )Bawang besar, Belacan – mesin airCabai kering mesinDaun kesomBunga kantan – hiris nipislada hitam – mesin halusAsam kepingGula Garam
Caranya:
Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusan tu. Masukkan bahan yang telah di mesin ( ikan temenung, bawang besar, belacan ). Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biar la mendidih sikit. Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. Ikut kaau nak tambah perasa. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Iradzahir

#11 Bubur Nasi Berlauk

Bahan : 
1 cawan beras 2 cawan air
Caranya:
Masukkan dalam pressure cooker. Tekan mode 'CONGEE ' dan tekan start. 
Lepas 13 minit, bubur dah tersedia. 
Untuk lauk pula, masaklah lauk kesukaan anda seperti ikan bilis, daging, mushroom atau apa2 saja yag ada dalam freezer korang tu

Untuk makan pula, korang senduk bubur kedalam magkuk dan tambah dengan lauk pauk yang korang masak tadi. 
Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link AliaFarhan

#12 Nasi Goreng Sotong 

Bahan:
Nasi lebihan semalam2-3 ekor sotong- dipotong1 ulas bawang merah kecil1 ulas bawang putih1-2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tiram1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahuluSayuran seperti sawi dan kobis Garam secukupnya
MinyakDaun bawangBawang Goreng

Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la.

Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak

Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata

Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng


Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Cahaya Hayati 

#13 Bubur Nasi Kemboja

Bahan-bahan untuk buat bubur :
1) Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)
2)|Bawang putih (di tumbuk halus)
3)Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit
4) Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)
5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)
7)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)
9) Sedikit garam
10)Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cara-Caranya
Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing

Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la

Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur

Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye

Antara bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur ni adalah:
lobak asin yang diracik atau korang beli yang kecik tu je
TaugehLimauDaun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)Isi ayamLada hitamSambal
Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link SITI ROHAIDA YUSOF 

#14 Nasi Minyak Daging Beriani

Bahan - bahan untuk membuat nasi minyak:
3 cawan beras basmathi1/2 cawan margerin/planta3 1/2 cawan air1 cawan susu cair2 kuntum bunga lawang2 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 helai daun pandangaram secukupnya1 kuib stok ayamPewarna kuning
Bahan - bahan untuk dikisar :
6 biji bawang merag3 ulas bawang putih1 cm halia
Bahan - bahan sebagai hiasan :
bawang gorengdaun bawang dihiris

Caranya :
Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur


1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap


Daging Beriani
Bahan:
1 kilo daging ( rebus hingga lembut )1/2cawan minyak1 cawan air125 gm rempah beriani ( agak-agak )2 tangkai daun ketumbarsedikit garam2 biji kentang dipotong 4sedikit susu cair ( agak2 )2 sudu cili kisar

Bahan - bahan kisar yang diperlukan :
7 biji bawang merah5 ulas bawang putih3 labu bawang besar1 1/2 cm halia
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link OM

#15 Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan:
Nasi sejukIkan tenggiri masin (digoreng separuh masak)Bawang putih (ketuk dan cincang)Cili padi (ketuk dan cincang)TelurKailanSerbuk lada hitam/lada sulahSos tiramGula

Cara memasak :
Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuninganMasukkan telur dan hancurkanMasukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rataMasukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah
Masukkan nasi dan kacau rata. Siap untuk dihidang

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link MariaFirdz

#16 Nasi Ayam Dan Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan nasi ayam :
Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)Bawang merah ( dihiris)Halia (dicicang atau dihiris)Ayam dalam 3 ke 4 ketul
Minyak masakDaun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je
Beras
Cara memasak :
Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand)

Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri


Resepi Ayam Kukus Halia
Bahan: 
Ayam – saya gunakan ayam drummet, itu je yang ada
Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le
Garam secukup rasaMinyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukupKicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar
Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa
Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka

** Untuk di masukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk mengantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni

Caranya :
1)Saya gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam

2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Masak dalam 40 min

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Kak Hanni 

#17 Nasi Lemak Kuah Sambal Dan Ikan Bilis Goreng

Bahan-bahan:
Telur yang telah direbusTimunKacangIkan bilis yang telah digoreng
Bahan-bahan Nasi:
1 kotak kecil Santan1 inci Halia dihiris2 pot Beras
Bahan-bahan sambal:
3 biji bawang merah sederhana besar3 ulas Bawang putih2 sudu besar cili bohSetengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)Gula
Cara-cara masak nasi :
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa

Cara-cara masak sambal :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit
5. Masukkan gula. Gaul sebati

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Marina Bashah

#18 Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan
Bawang putihHaliaAyam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)Air 1 jugKicapSos tiramCili merahLada sulahSup bunjutGaramGulaMaduKentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)2 kiub ayamcukamajerin
Cara-caranya
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam
2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit
4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi

Cara Masak Nasi
1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat
2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan
3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit
4. Masakkan beras tersebut

Cara Masak Ayam
1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda

Cara Masak Kuah Kicap
1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api
2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam
3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap
4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api

Cara Buat Sambal Cili
1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender
2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk
3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang

Cara Buat Sup Ayam
1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api
2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk
3. Kemudian masukkan carrot dan kentang
4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Lisa 

#19 Nasi Lemak, Sambal Dan Telur Dadar

BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
3 pot beras1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)sedikit garam2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)2 helai daun pandan (diikat)
masukkan kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
3 senduk ciliboh3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)1 labu bawang besar (dihiris nipis)segenggam ikan bilissedikit air asam jawasedikit garam dan gula utk perisa
Caranya: 
Tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya
Masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak dan garing
Masukkan air asam jawa. gaul rata
Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula
SIAP

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
telur dadar / telur rebus / telur mata lembuayam gorengikan bilis garingulam timunsayur kangkung gorengkacang tanah goreng
Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Adianiez

#20 Nasi Dagang Kelantan

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN TONGKOL REBUS
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar15 keping asam gelugorgaram - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu yaairlengkuas ( dihiris )
CARA-CARA

rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata .. bila ikan tu disusun dalam periuk...dan direbus sampai la kering air ikan tu.

GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah besar*1 biji bawang besar*21 tangkai lada kering*11/2 lengkuas*11/2 kunyit*kari ikan 2/12 sudu besar3 keping asam kepingnisan 11/2 kepinggaram ikut kesesuaiancili hijau 4 bijisantan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu
CARA-CARA
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus
2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur .
3. kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit
4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih
5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati..
6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan
7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan.


NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN
1.5 kg beras nasi dagang8 biji bawang merah dihiris11/2 inci halia dihiris panjang-panjang1 sudu besar rata halbasantan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garamsantan cair 21/2 cawan
CARA-CARA
1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam
2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la

Note: Untuk resepi lengkap langkah demi langkah bergambar, korang bolehlah klik link Wani Sukarno

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/05/20-resepi-nasi-mudah-masak-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

Resepi Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa Mudah Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 1334 hits
Assalamualaikum semua Hari ni BBL nak kongsi resepi tutorial mudah nak masak Nasi Minyak Ayam Masak Merah Acar Nenas Timun Ni pun first time saya masak sendiri nasi minyak Kebetulan tekak craving nak makan nasi minyak untuk bulan puasa Anda...
Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur Mudah Je Nak Buat Makan Pun Sedap

Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur Mudah Je Nak Buat Makan Pun Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 1054 hits
Selalu kalau masak untuk berbuka mesti menunya meriah lain macam tapi bila waktu sahur nak yang ringkas dan mudah sahaja janji mengenyangkan dan berkhasiat untuk seisi keluarga Resipi mee rebus kelantan yang sangat mudah dan ringkas ini bol...
Resepi Daging Masak Ungkep Mudah Dan Sedap Dari Ceriteraibu

Resepi Daging Masak Ungkep Mudah Dan Sedap Dari Ceriteraibu

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 475 hits
Harini mama nak share Resepi Daging Masak Ungkep mudah dan sedap dari ceriteraibu Terima kasih Dilah join segment share resepi mama Semoga idea memasak kita semakin bercambah dan makin banyak menu untuk kita sekeluarga Mama tak penah masak ...
9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 535 hits
Jom hasilkan 9 resepi ayam goreng yang ringkas ini Memang sedap small Cover image via Seismik Makan small 1 Butter Chicken Untuk hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai anda wajib sekali mencuba resepi Butter Chicken ini Hida...
Bujang Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

Bujang Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 842 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Perkhidmatan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei Antara yang terkesan dengan pengumuman ini adalah anak bujang yang berada diperantauan tida...
30 Idea Resepi Berbuka Atau Sahur Sepanjang Ramadan Tak Kering Idea Nak Masak Apa

30 Idea Resepi Berbuka Atau Sahur Sepanjang Ramadan Tak Kering Idea Nak Masak Apa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 527 hits
Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat ditunggu tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia Ini kerana bulan mulia ini memberi seribu mukjizat terhadap semua dan juga semasa ini lah umat Islam mengejar untuk membuat pahala Bila tiba ramadhan uma...
Menjelang Ramadhan Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur Berbuka Puasa

Menjelang Ramadhan Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 495 hits
Menjelang Ramadhan ibu ibu pasti sibuk di dapur dengan tugasan memasak untuk keluarga Semuanya harus dilakukan dengan cepat dan pantas terutamanya dalam menyediakan hidangan di waktu sahur Bagi memudahkan tugas memasak apa kata ikuti tips o...
Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum Menu untuk berbuka Ramai yang kekurangan idea nak masak apa untuk berbuka puasa kan Kalau Cik Rose ada sambal pun dah best Pembuka selera Siapa kata makanan pedas tak sesuai untuk berbuka Kita masak kita adjust sendiri tahap...
Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan Masak Dalam Periuk Nasi Lebih Mudah Berlemak

Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan Masak Dalam Periuk Nasi Lebih Mudah Berlemak

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 530 hits
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk saiz penggunaan daun untuk membalut dan beras Baca Bentuk ketupat pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025