Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap


Siapa suka nasi lemak? Saya! Dia tanya dia yang jawab. Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi. Dulu-dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je. Tapi zaman sekarang, ikut suka lah bila-bila nak makan pun

Mak-mak kita memang suka sangat masak nasi lemak masa sarapan pagi selain nasi goreng. Kalau mak kita masak tu rasa cepat je siap dia kan. Kalau kita masak sendiri, fuhhh rasa lambatttt lagi nak masak. Power mak-mak kita ni dalam bab-bab menyediakan makanan untuk keluarga. Tak boleh challenge lansung

Air tangan masakan mak tetap terbaik dan sedap. Dalam masa yang sama, kita kena juga belajar macamana nak masak nasi lemak sedap juga. Nanti-nanti dah pandai masak, bagi peluang mak kita pulak rasa masakan kita. Tak gitu? Dulu nasi lemak kosong biasa pun dah sedap dah. 

Bila zaman dah berubah, nasi lemak dah dipelbagaikan dengan pelbagai jenis sambal macam sambal kerang, sambal sotong, sambal paru dan lain-lain. Paling sedap kalau ada hidangan tambahan macam ayam goreng atau ayam goreng berempah. Teringat nasi lemak dengan ayam goreng berempah, terus lah rasa nak buat nasi lemak ayam goreng berempah untuk menu berbuka puasa 7 Ramadhan.

RESEPI NASI LEMAK1 1/2 cawan beras
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
daun pandan

CARA MASAK NASI LEMAKBasuh beras macam biasa. Masukkan santan, air, dan garam gaul rata. Jangan lupa masukkan daun pandan (buat simpulan) untuk penambah bau wangi nasi lemak tu. Masak nasi lemak macam masak nasi biasa tu guna periuk nasi. Jangan lupa di ON kan suis tu. Nanti jenuh menunggu nasi tak masak-masak.

* Sukatan air dan santan tu ikut jenis beras masing-masing ye. Fiza guna beras herba ponni, sukatan nisbah dia 1:2. Kalau beras 1 cawan, air 2 cawan.
Jadi, kalau masak 1 1/2 cawan beras, sukatan air kena 3 cawan. Fiza buat 1 cawan santan dan 2 cawan air. Tak nak santan pekat sangat nanti mulalah mengantok cepat bila makan bersantan. Sementara tunggu nasi masak. Bolehlah buat sambal nasi lemak pulak

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP3 labu bawang besar
4 biji bawang merah kecil2 ulas bawang putihSegenggam ikan bilis
5 sudu cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sk garam
2 sudu gula perang
1 helai daun pandanMinyak masak*optional
CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis. Dah siap goreng, angkat dan ketepikan dulu. Blend halus bawang besar 2 labu, bawang merah kecil, bawang putih dan tambah sikit ikan bilis yang digoreng tadi. 1 labu bawang lagi potong melintang. Panaskan lebihan minyak menggoreng ikan bilis tadi dan tumis bahan blend dan juga bawang potong tu.

Tumislah sampai naik bau, lepas tu bolehlah masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Pecah minyak tu macamana? Minyak akan timbul di permukaan atas dan bahan tumis tu kat bawah. Faham

Kenapa kena tumis sampai pecah minyak pulak? Banyak betul soalan dia. Sebabnya nak bahan-bahan tumis yang ada cili kisar tu betul-betul masak dan masakan akan jadi lebih sedap. Kalau dia tak masak betul, mungkin akan buat sakit perut dan masakan pun akan jadi kurang sedap lah. 
Sama jugalah kalau masak ada guna bahan-bahan rempah tu, kena tumis sampai pecah minyak juga okay. Sila tulis dalam buku resepi siap-siap. Bila dah pecah minyak tu boleh lah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan masak dan sesekali kacau untuk elakkan hangit bawah dia

Biasanya sambal nasi lemak ni akan ambil masa yang lama untuk betul-betul masak. Lagi lama kita masak, lagi tahan lama sambal tu. Boleh simpan lama lah kiranya kalau simpan dalam peti ais tu. Kalau nak selamat tak nak hangit, keraplah mengacau sambal tu. 
Agak-agak hampir nak masak tu, barulah masukkan daun pandan untuk penambah bau sambal yang sedap. Tapi letak sekejap sampai layu sikit. Kalau letak lama dan terus letak dalam sambal nanti mempengaruhi rasa sambal pulak. Tak nak letak daun pandan pun takpe haih. Jangan lupa rasa dan adjust lah mana yang terkurang tu ye

Kalau tak suka asam jawa, boleh gantikan asam keping. Kalau tak ada gula perang, boleh pakai gula biasa atau ada gula anau pun sedap juga. Fiza suka guna gula perang sebab lebih kurang manis dan warna sambal jadi lebih cantik gelap dia

Bab buat sambal ni yang tak bestnya bila biarkan masak tu dia akan terpercik-percik sampai habis dapur dan dinding. Jenuh juga nak bersihkan dapur lepas masak. Tapi dapat sambal yang sedap, pueh hati den. Okay, nasi lemak settle dah. Kita move on pulak dengan resepi ayam goreng berempah



RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH1 bahagian peha ayam
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk kari
1 sk serbuk cili
* 2 ulas bawang putih
* 2 biji bawang kecil
* 1 inci halia
* 1 sk jintan manis
* 1 sk biji ketumbar
* 1 batang serai

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH
Basuh ayam dan toskan macam biasa. Blend kan bahan-bahan yang bertanda *. Gaul rata bahan blend dan bahan-bahan lain pada ayam. Perap terlebih dulu. Kalau nak cepat, boleh je goreng terus. Tapi dia akan jadi lagi sedap kalau perap lama sikit semalaman untuk biarkan bahan perapan serap masuk dalam ayam. Dan bila perap lama tu, ayam akan jadi lembut dan ambil masa singkat untuk masak

Dah siap ayam yang diperap tu, goreng guna api yang perlahan dengan minyak yang banyak macam kaedah deep frying tu baru dia akan masak sekata. Jangan sesekali guna api besar ye. Nanti akan buatkan ayam tu cepat hangus. Jangan sangka yang hangus tu terlebih masak pulak, sedangkan dalam tu tak cukup masak lagi

Sebab tu kena masak guna api perlahan. Lagi-lagi bila masak ayam yang bersaiz besar. Ambil masa nak tunggu ayam betul-betul masak. Bila masak sempurna luar dalam barulah ada selera nak makan nasi lemak ayam goreng berempah ni. Wow! kagum terbuat karangan panjang harini

Selamat mencuba resepi nasi lemak dan ayam goreng berempah masak cara Fiza. Dinasihatkan masuk dapur awal sikit kalau nak masak menu nasi lemak ayam goreng berempah untuk berbuka. Nak masak sambal dan ayam tu agak mengambil masa lama sikit. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/05/resepi-nasi-lemak-dan-ayam-goreng-berempah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 2326 hits
As Salam Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom Alhamdulillah Puas hati betul rasanya bila time cuti PKP ni dapat penuhi keinginan makan Nasi Ayam yang sedap heh Korang mesti ada nasi ayam pilihan atau resepi sendiri yang ...
Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedap

Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1364 hits
Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedapmacam macam jenis lauk oleh buat menggunakan telur Salah satunya adalah rendang telurSiapa yang tak pernah buat rendang telur Sedap ni makan dengan nasi lemak
9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 535 hits
Jom hasilkan 9 resepi ayam goreng yang ringkas ini Memang sedap small Cover image via Seismik Makan small 1 Butter Chicken Untuk hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai anda wajib sekali mencuba resepi Butter Chicken ini Hida...
Nasi Goreng Isi Ketam Resipi Padu Terasa Lemak Isi Ketam Makan Pun Bertambah

Nasi Goreng Isi Ketam Resipi Padu Terasa Lemak Isi Ketam Makan Pun Bertambah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 789 hits
Kebiasaanya nasi goreng ketam hanya menggunakan Fillet ketam dan bukanya isi ketam yang sebenar Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara penyediaan nasi goreng isi ketam yang sebenar Baca Bagi penggemar masakan cina muslim anda pasti pe...
Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 595 hits
Tidak dinafikan walaupun puasa baru memasuki minggu pertama namun ada ibu yang sudah mula buntu untuk sediakan juadah berbuka buat anak anak dan suami Ada juga anak anak yang gemar makan pasta tetapi tidak ketinggalan juga yang hanya makan ...
Nasi Ayam Simple Tapi Terlajak Sedap Untuk Anak Ibu Ni Kongsikan Resipinya Terbaik

Nasi Ayam Simple Tapi Terlajak Sedap Untuk Anak Ibu Ni Kongsikan Resipinya Terbaik

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 628 hits
Selain Nasi Arab Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti Anak anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam Tak gitu Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama ...
Resipi Ayam Rempah Bikin Terliur Hanya Guna Perencah Nasi Goreng Tomyam

Resipi Ayam Rempah Bikin Terliur Hanya Guna Perencah Nasi Goreng Tomyam

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 643 hits
Para ibu sepanjang tempoh PKP ni banyak mencari resipi baharu untuk dicuba Maklumlah duduk lama di rumah dan memasak ada masanya hilang idea juga mahu masak apa untuk suami dan anak anak Bila tengok perkongsian dari ni tertarik juga untuk m...
Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 758 hits
JUMAAT 29 4 2020Hari pertama Ramadan 100 pack rezeki dikongsi bersama frontliners MENU Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Sayur Kacang Buncis CarrotAlhamdulillah semuanya dipermudahkan Alhamdulillah Start ambik barang basah petang khamis...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu