Dapur Fiezasani Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah


Percubaan kali pertama masak nasi tomato, ke laut.. Haha.. Dari segi rupa, ada.. Bau pun ada.. Sekali bila makan, hambar.. Haha.. Mungkin sebab air banyak sangat jadi bahan-bahan yang lain hilang rasa...Lepas tu lembik plak.. Aduh duh duh... K.fiezz plak konpiden masak sampai 2 cup utk cukup sampai ke sahur..
Sekali dah siap masak, time nak makan.. Mr hubby langsung tak sentuh nas tomato.. Dia tak suka nasi jenis lembik-lembik ni.. Memang dia tak makan la jawabnya sebab tak kena dengan tekak. Masa masak resipi nasi tomato ni semalam, k.fiezz pun macam dah syak, tak lembik ke?Sebab banyak sangat buh air..Ada susu, ada air pastu tomato yang dah dikisar pun berair juga..Adeh...Tapi ghasak la..kang derhaka kat resipi, tak jadi pulak..So masak je ikut  resipi nasi tomato yang k.fiezz dapat kat Mr  Google ni..Letak periuk nasi, on suis.. Biarkan sampai dengar periuk nasi bunyi dah masak, k.fiezz buka tutup periuk.. Tu dia.. Air penuh lagi belah atas. Terus k.fiezz tukar masak lagi sekali guna pressure cooker philips k.fiezz.. Pilih button rice dan biarkan sampai masak lebih kurang 15minit. Memang dah auto, tekan je rice dia dah set 15 minit..

. Alhamdulillah selepas 15 minit, masak pun.. Bahagian atas yang berair tu, masak...Legaaa...tapi tapi macam lembik je nasi tomato ai ni..adeh..tak pe, kita tunggu rasa time berbuka..kadang rupa tak menggambarkan rasa..ewah..haha.

Bila dah time berbuka, masuk je suapan pertama dalam mulut..Tu diaaa... Taworrr weiii..haha...Tengok mr hubby langsung tak sentuh nasi dalam pinggan dia.. Lagi angin mr hubby cakap termakan nasi yg tak masak / mentah.. Eh... Org tua ni.. 2 kali kita masak.. tak kan tak masak.. Sentap jap... K.fiezz punya portion elok je..Ke memang sebab dah lembik lepas tu k.fiezz tercerita masa masak guna periuk yang pertama, air penuh lagi dalam periuk, terus mr hubby set nasi tak masak.huhu..Geram pula rasa..

K.fiezz habiskan juga sepinggan yang dah buh dalam pinggan. Mr hubby punya & seperiuk nasi tomato lembik tu,  k.fiezz buang. Huhu.. Memang sayang.. Tapi apa nak buat..Lembik sangat..Tak reti nak oter macamana

Sebabkan mr hubby tak makan lagi nasi..Dia cuma ratah ayam masak merah tu je,  Mr hubby suruh masak yg 2nd round .. Mula-mula mcm malas takut tak jadi lagii.. Tapi lantaklah.. Cuba je la, kan.. 
Tadaaa.. Hasil 2nd round.. Hat ni mr hubby makan & cukup untuk makan time sahur tadi.... 
Yang kali ke-2 ni, k.fiezz tak masukkan air langsung..Memang guna susu & tomato yang kisar tu sahaja untuk proses memasak nasi tomato...Okey, ni bahan-bahan & cara masak Nasi Tomato k.fiezz dapat dari Mr Google yang hasil pertama tak jadi..Alhamdulillah, kali ke-2 menjadi cuma kuantiti beras, k.fiezz kurangkan & tak gunakan air..

Jangan risau pula nak cuba resipi ni sebab k.fiezz buat tak jadi..haha..K.fiezz 1st time buat so k.fiezz tak reti nak agak air dia banyak mana nak guna...Tapi percubaaan kali ke-2 berjaya cuma k.fiezz adjust tak guna air untuk masak yang kali ke-2 ni.

RESEPI NASI TOMATOBAHAN-BAHAN1 1/2 cawan beras biasa / beras Basmathi4- 5 kuntum bunga lawang2 batang kulit kayu manisBeberapa kuntum bunga cengkih4-5 biji buah pelaga1/ 4 cawan minyak zaitun (boleh ganti dengan minyak masak)2 sudu besar menggunung minyak sapi (boleh guna mentega)1/2 cawan susu cair1 sudu besar gula1/ 2 sudu besar garamSehelai daun pandan (simpul)3 sudu besar tomato puri1 biji tomato (kisar)Kismis untuk hiasan 1-2 biji bawang besar*Beberapa ulas bawang putih*1 ketul halia sebesar ibu jari*Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA-CARA1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Kalau guna beras biasa (rendam dalam 15-20 minit). Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dalam kuali & masak atas api yang sederhana. Bila minyak dah cair, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau sampai naik bau.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan semua bahan dalam periuk nasi. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.Seterusnya masukkan susu cair, tomato puri, tomato yang dah dikisar, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa dan masak seperti biasa.
Sementara tunggu nasi tomato siap, kita masak ayam masak merah. Nasi tomato biasa lawannya dengan ayam masak merah..Untuk lauk dia ni, k.fiezz lulus..tak ada masalah..haha..So jom tengok resipi ayam masak merah pulak..
RESEPI AYAM MASAK MERAHBAHAN-BAHAN1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih1-2 biji bawang besar (besar)*Beberapa ulas bawang putih*1 1/2 inci halia*3-4 senduk cili kisar5 sudu besar sos cili2 biji tomato2 batang serai – diketuk1 kulit kayu manis3 bunga lawang5 buah pelagaGaram dan gula secukupnyaKisar semua bahan bertanda *
CARA-CARA1. Goreng Ayam
Gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, letak minyak dan goreng ayam. Tak perlu garing sangat sebab nanti nak campu dalam kuah dia.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar & tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.
Letak garam sikit. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Campurkan semua dan gaul sebati.
Siap!





 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/04/Dapur-FiezaSani-Resipi-Nasi-Tomato-Dan-Ayam-Masak-Merah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Ayam Goreng Kunyit Dan Sambal Cili Merah

Dapur Fiezasani Ayam Goreng Kunyit Dan Sambal Cili Merah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 412 hits
Menu berbuka semalam Tak tahu nak masak apa Tengok dalam peties ada sayur kobis bunga yang beli haritu Kang takut dah lama tak elok kena buang Sayang plak So kita masak lah Terfikir menu yang paling simple ayam goreng kunyit ni Sebab boleh ...
Nasi Jagung Berlaukkan Ayam Masak Merah Aca Timun Sagu Gula Melaka Pembuka Ramadhan

Nasi Jagung Berlaukkan Ayam Masak Merah Aca Timun Sagu Gula Melaka Pembuka Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 647 hits
Salam to all readers Dikesempatan ini aku nak mengucapkan salam ramadhan al mubarak buat kaum Islam Alhamdulillah selesai sudah hari pertama macam mana hari ini Okay Pagi tadi aku nyaris nyaris terlajak sahur terjaga pukul 5 20am sempatlah ...
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 636 hits
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan Ayam masak merah selalunya kalau kita google akan ada pelbagai jenis dan cara masakan yang berbeza So ada yang mudah tak perlukan bahan yang banyak dan ada yang mudah tapi bahan yang digunakan b...
Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 746 hits
Anak anak memang suka makan ayam goreng mama pula ada yang teringin nak makan nasi beriani Apa kata cuba resipi Nasi Beriani dari yang dikongsi menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni Mudah dan cepat nak buat Boleh jadikan menu buka puasa...
Resipi Ayam Masak Bali

Resipi Ayam Masak Bali

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 448 hits
Hi Korang Bulan Ramadan ni memang carian resipi memang sangat sangat hotzz Yelah nak buka puasa kan haruslah kena masak Di sebabkan kak lily ni pemalas nak masak menu yang remeh temeh so kak lily suka mencuba resipi resipi enak dan mudah di...
Resipi Ayam Rempah Bikin Terliur Hanya Guna Perencah Nasi Goreng Tomyam

Resipi Ayam Rempah Bikin Terliur Hanya Guna Perencah Nasi Goreng Tomyam

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 644 hits
Para ibu sepanjang tempoh PKP ni banyak mencari resipi baharu untuk dicuba Maklumlah duduk lama di rumah dan memasak ada masanya hilang idea juga mahu masak apa untuk suami dan anak anak Bila tengok perkongsian dari ni tertarik juga untuk m...
Cara Paling Senang Masak Nasi Arab Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step Patutlah Viral

Cara Paling Senang Masak Nasi Arab Ibu Ni Kongsi Resipi Lengkap Step By Step Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 495 hits
Nasi Arab yang kebiasaannya kita jamah di restoran Arab pastinya cukup kita rindui di musim PKP ini Puasa yang sudah memasuki hari keempat ini pastinya inginkan menu yang sedikit berbeza tetapi istimewa Apa kata kita cuba sajikan Nasi Arab ...
Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

Tempahan Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Sayur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 758 hits
JUMAAT 29 4 2020Hari pertama Ramadan 100 pack rezeki dikongsi bersama frontliners MENU Nasi Putih Ayam Masak Lemak Cili Padi Sayur Kacang Buncis CarrotAlhamdulillah semuanya dipermudahkan Alhamdulillah Start ambik barang basah petang khamis...
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 703 hits
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Lebih kurang dua tahun kakak ipar hadiahkan periuk noxxa tetapi boleh dikira dengan jari berapa kali Sha menggunakannya ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah