Resepi Sotong Masak Serai Berserta 12 Lagi Resepi Sotong Yang Lain


Sotong masak apa sedap ye? hmm. Sotong masak serai sedap dan mudah. Menu "ekspres" macam ni kadang-kadang korang kena tahu jugak untuk persediaan di waktu-waktu tak terduga. Contoh macam Mamy harini,terpaksa balik kerja lewat pulak. Hadoi. 
Dalam kepala dah berkira-kira dah nak beli nasi tomato je dua bungkus di bazaar ramadan kejap lagi. Tapi masa balik kerja tadi tiba-tiba hujan lebat pula. So semangat nak memasak yang layu ini pun terpaksa aku kuatkan demi melunaskan tanggungjawab memberi makan kepada anak-anak yang berpuasa hari ini. Maka terjadilah juadah sotong masak serai harini

Sotong Masak Serai - Ekspress! Snap gambar dalam kuali je hang!
resepi singgang sotong ala thaiResepi Sotong Masak SeraiKalau di pantai Timur, dipanggil masakan sotong katok serai. Ada juga di sebelah Terengganu mereka beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. :Pokoknya, ia merupakan masakan sotong yang sama cuma panggilannya sahaja berbeza mengikut tempat. dan mungki ada dua tiga bahan yang berlainan sedikit mengikut daerah masing-masing
 sotong masak serai azie kitchen      Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sotong serai:      -3oo gram sotong segar      -1 1/2 sudu teh pes asam jawa      -3 helai daun limau purut (dibuang tulang/tangkai tengah)      -2 biji cili merah (dihiris)      -1 labu bawang besar holand (dihiris bulat)      -2 biji tomato (dibelah 4)      -5 biji cili padi *                             -2 batang serai  *                             -3 ulas bawang merah ros *      -4 ulas bawang putih *      -Seruas ibu jari halia *      -1 sudu teh gula      -Garam secukup rasaresepi sotong singgang azie kitchen 
resepi sotong rebus azie kitchen     Cara-cara memasak sotong katok serai:
       1. Hiris bahan-bahan bertanda bintang (*) dan kisar semuanya hingga hancur       2. Panaskan kuali dengan 1/4 cawan minyak masak untu menumis       3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau       4. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan       5. Apabila air sotong telah keluar dan kuali kelihatan sedikit berkuah, boleh lah kecilkan api
       6. Masukkan air asam jawa, bawang besar, tomato dan daun limau purut
Nota: Ramas-ramaskan sedikit daun limau purut dulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi menguatkan aromanya
       7. Perasakan dengan garam dan gula. Jika rasa dah sempurna boleh padamkan api
       8. Sedia dihidang. Yippie

Seronok kemain kau Syu ea..haha. Mana tak nya. hari ni aku masak menu paling ringkas dan cepat. Tadi balik kerja lewat kot. Dah nak dekat jam 6:30 baru sampai rumah. resepi sotong ketuk serai terengganuMemang bersilat dengan jurus kilat dan petir lah di dapur. Alkisahnya aku nak buat menu tomyam putih untuk berbuka hari ni. Tapi apa berlaku, tomyam sudah menjadi sotong masak serai.bhahaharesepi sotong ketuk serai terengganu che nomMasak sotong ni, orang tua-tua pesan jangan terlalu lama. Sebab semakin lama sotong dimasak, air dari isi sotong tu akan terlajak kering dan menjadikan tekstur sotong kita tu nanti liat macam selipar jepun! resepi sotong ketuk serai terengganuKorang nak? resepi sotong rebus kelantanKunyah sotong macam mengunyah sekeping selipar jepung? Tak lut-lut dekat setengah jam duk mengunyah. Boleh haus gigi pelesu tahu? haha
Sedap wehh sotong masak serai ni! Syu yang tak pernah-pernah berbuka menambah nasik ni, tiba-tiba harini dua pinggan aku belasah. Ni pun duk terasa lagi ni perut macam nak pecah ni. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak makan merana jiwa dan raga-raga oii~

Bonus! 10 Resepi Sotong yang Pelbagai dan Sedap-sedapDisebabkan ramai yang request, "sis, share la juga resepi sotong selain sotong masak serai ni" So I usahakan mencari 12 lagi resepi sotong yang simple-simple through the web. 
Memandangkan niche blog Mamy Syu ni bukanlah blog masakan, so kesemua resepi sotong di bawah ini bukan milik asal Mamy Syu ya. Kesemuanya bersumberkan dari facebook, Rasa.my, dan juga dari Saji.my. So kalau kalian nak resepi yang best-best lagi menarik, boleh terus ke laman yang Syu suggest ini ya

Sumber : Rasa.my
1. Resepi Sotong Celup Tepung Rangup
Bahan-bahan : 1 kilo sotong yang telah dibersihkan, potong bulat, Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan. Tips: cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap kering sotong guna tisu!
Bahan Tepung Kering: 10 sudu besar tepung Goreng Berempah Seri Aji Pedas6 sudu besar tepung jagung 2 sudu kecil serbuk lada sulah Serbuk kunyit (Gaul sebati semua bahan di atas) 
Bahan Telur Salutan:Dalam bekas lain pukul 2 biji telur dengan 2½ sudu tepung gandum dan 1 sudu kecil garam Jangan tambah air

Cara-cara : Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan lada sulah hingga sebati. Celup sotong dalam camupuran telur tadi, kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung. pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, kemudian kecil kan api ke sederhana.Masukkan sotong yang sudah bersalut ke dalam minyak panas. Pastikan sotong tenggalam ya dalam minyak.Jangan masukkan terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan dan angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus sebelum meneruskan proses menggoreng seterusnya.Goreng semua hingga habis. Sedia dihidang bersama sos pencicah.
Sos pencicah : 3 sudu besar sos cili thai 1 sudu besar mayonis Gaul sebati sos, tabur dengan bijan dan daun ketumbar jika suka


2. Sotong Bakar Simple lagi SedapSumber : Rasa.my
Bahan Utama : Sotong 3 ekor. 
Bahan perap: Serbuk kari 2 sudu besar. Serbuk kunyit 1 sudu. Sos tiram 3 sudu. Sos cili 3 sudu. Sos thai 2 sudu. Blackpepper 1/2 sudu kecik. Garam secukup rasa. (Optional) letak daun kesum dengan daun limau purut bagi ada aroma wangi. 
Cara-cara : Bersihkan sotong. Perap paling lama sejam. Kalau tak sempat perap pun tak apa kita paham ramai yang tak ada masa perap lama. Sekarang semua mahu cepat. Asal gaul sebati sudah. Kemudian bakar dalam pan (kuali leper) sampai dia keluar berair (lembut) sudah siap. Api sederhana, tak kuat dan tak slow. Selepas hidang baru gunting-gunting bagi nampak isi dia itu.
3. Sotong Goreng KunyitSumber : Saji.my
Bahan - Bahan  Sotong - 8ekor saiz sederhana besar  Garam - Secukupnya  Serbuk Perasa Serbuk cili  1 Sudu kecil  Serbuk Kunyit 1 sudu kecil  -Kacang Panjang  - Secukupnya  - Lobak Merah  - Secukupnya   - Bawang Holland - 1/2 biji  - Bawang Putih dicindang- 3 ulas  - Cili merah besar 1 biji   - Minyak Masak  - ½  senduk
Cara- caraMasukkan garam, Serbuk Perasa, Serbuk Cilii, Serbuk kunyit kedalam bekas berisi sotong. Gaulkan sampai sekata.Panaskan non-stick pan, dan sangai tanpa minyak sotong yang telah digaul tadi.Kacau atas pan selama 3 minit denga api sederhana.Selepas 3 minit, bahagikan pan kepada dua bahagian, di mana sotong dikacau ke tepi pan dan masukkan minyak masak.Di bahagian pan yang kosong tadi, masukkan bawang putih, tumis sampai garing.Bila dah garing, barulah kacau bersama sotong, dan masukkan kacang panjang serta carrot.Kuatkan sedikit api, dan kacau goreng selama 30 saat.Kemudian masukkan bawang holland, kacau lagi 30 saat.Perasakan dengan garam, sedikit gula dan Megi Cukup Rasa.Akhir sekali masukkan cili potong kacau-kacau sedikit, dan siap!

4. Resepi Sotong Sambal Ala Sambal PenyetSumber : rasa on IG
Bahan-bahan : ½ kg sotong  cuci bersih cendawan & kacang panjang (jika suka) Garam, gula, secukup rasa 
Bahan dikisar:5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji tomato | potong 4 10 biji cili padi merah (saya campur dengan cili padi hijau) 4 biji cili merah besar CARA MASAK: 
Cara-cara : 1. Tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak. 2. Masukkan sotong, garam, gula kacau rata dan reneh dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong jadi tak perlu tambah air. 3. Sotong hampir masak, masukkan sayur-sayur goreng hingga semua masak sekata. Siap.
5. Resepi Sotong Masak KicapSumber : Saji.my
Bahan-bahan : 1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked) Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar) Kayu manis, bunga lawang 2 batang serai 1 senduk besar cili kisar Sos cili Sos tomato Sos tiram Kicap manis Sedikit air asam awang merah hiris bulat Tomato/cili merah (hiris dan potong) 
Cara-cara : Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.Siap!
6. Sotong Stim Ala ThaiSumber : Saji.my
Bahan Sos : 5 tangkai cili padi 4 ulas bawang putih 3 tangkai akar daun ketumbar (dibersihkan sepenuhnya) 1 tbsp gula 1 tbsp sos ikan atau kicap sotong 3 biji limau nipis (jus sahaja) ½  biji limau nipis (isi dipotong dadu) 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus 
Bahan Sotong Steam 4 ekor sotong (saiz sederhana besar) 2 batang serai 1 inci halia 15 helai daun limau purut 
Cara-cara : Stimkan sotong diatas semua bahan. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur. Campurkan dengan semua bahan yang lain. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. Hidangkan.
7. Kerabu SotongSumber : Facebook 
Bahan-bahan : ½ kg sotong celur (rendam 3 minit dalam air yang sudah mendidih)Bawang putih, Bawang merah, Cili, Sos tiram, Tomato, Kacang panjang, Daun ketumbar, Asam limau nipis,Gula, Garam. 
Cara-cara : Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan. Masukkan cili. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar. Siap.
8. Resepi Sotong Salted EggSumber : rasa.my
Bahan-bahan Sotong10 ekor sotong (potong nipis), 3 sudu besar tepung Bestari Pedas5 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar lada sulah, 1 biji telur ayam Sedikit garam. (gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit). 
Bahan-bahan kuah Salted Egg1 biji kuning telurBeberapa helai daun kari, 3 batang cili padi, 3 sudu besar salted butter 1 sudu besar gula, 1 sudu besar serbuk pati ayam. 
Cara-cara : Campurkan Tepung Bestari, tepung jagung, lada sulah dan gaul rata.Celup sotong ke dalam telur, kemudian galu dalam campuran tepung tadi. Lakukan satu persatu.Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa, bagi mengelakkan sotong masuk minyak dan lembik.Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar, kemudian angkat.
Di dalam periuk lain, Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit).Optional - *Gunakan saja serbuk segera salted Egg Bestari.Cairkan butter hingga cukup panas dan masukkan telur kuning, tuang dengan jarak yang tinggi dari kuali. Masak sampai berbuih. Kemudian masukkan salted egg (kuning sahaja)Tabur gula dan serbuk pati ayam, gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.Masukkan cili padi,daun kari, gaul rata semua. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, dengan api kecil. Siap!Nota : Jika nak mengekalkan kerangupan sotong goreng, boleh letakkan sotong yang siap digoreng di atas penapis besi. Setelah siap kuah salted egg, tuang sahaja ke atas sotong goreng, dan toskan butter berlebihan, baru hidang.
9. Kam Heong SotongSumber : Facebook
Bahan-bahan : 10 ekor sotong sederhana kecil, 2 sudu tepung jagung, 2 ulas bawang putih (cincang halus), ½ bawang besar (cincang halus), 2 sudu udang kering (rendam, tos, cincang), 2 batang serai (hiris), 3-4 biji cili padi (hiris), 2 sudu serbuk kari ikan, Sedikit air, 1-2 sudu kicap,Sedikit minyak, Garam dan gula secukup rasa. 
Cara-cara : Gaulkan sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung. Biarkan seketika. Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. Angkat dan asingkan di dalam mangkuk. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang kering, goreng sehingga sedikit garing. Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika. Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan sotong dan gaul sebati. Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak. Siap dihidangkan.
10. Resepi Sotong Singgang PedasSumber : Facebook
Bahan-bahan : Sotong (potong atau tidak potong ikut suka). 1 bawang mewah potong 4, 3 bawang putih diketuk, 2 batang serai diketuk, 3 keping asam gelugor, 2 biji cili merah  (ketuk atau biar je sebutir-sebutir) Daun limau purut, Kobis bunga, Tomato. 
Cara-cara : Masukkan semua bahan kecuali tomato dan kobis bunga. Letak air 2 cawan. Kemudian, kalau sudah mendidih letak tomato dan kubis bunga. Letak garam dan secukup rasa. Garam letak lebih sebab nanti kalau makan dengan nasi risau jadi tawar
Tidak perlu masak lama sangat, nanti sotong liat

11. Sotong Masak Cili ApiSumber : Facebook
Bahan-bahan : Sotong 15 ekor, Bawang merah 2 biji, Bawang putih 3 ulas, Halia agak-agak sahaja, Cili api. 
Cara-cara : Tumbuk semua bahan dan tumis sehingga bawang garing naik bau. Masuk sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna, masukkan garam dan serbuk perasa (kalau makan). Masukkan air asam jawa. Masukkan sotong
kacau selama 5 minit. Siap

12. Sotong Kukus Air AsamSumber : Facebook
Bahan Kukus : ½ kg sotong, 2 batang serai, Akar daun ketumbar, ½ biji tomato didadu, 3 sb sos ikan, 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar, 1 sk garam, 1 sk gula, 
Bahan Air Asam : 4 ulas bawang putih, 5-10 biji cili api (kepedasan masing-masing), Limau nipis, 3 sb gula siam (Thai Palm Sugar), Garam jika perlu. 
Cara-cara : Panaskan pengukus. Bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus. Biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama untuk kekalkan rasa juicy. Angkat dan toskan. Untuk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api. Tambahkan gula Thai dan garam jika perlu. Perah asam limau. Gaul rata sotong dan air asam
Simple je kan


Eh takkan singgah baca je ker korang? Esok korang cuba la buat wey. 
Rugi kalau korang tak cuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2017/06/sotong-masak-serai-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sahur Mudah Ikan Talang Masin Masak Asam

Resepi Sahur Mudah Ikan Talang Masin Masak Asam

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 363 hits
Masuk minggu kedua Ramadan ni mesti ramai dah mula mencari resepi berbuka dan resepi sahur kan Maklumlah masa ni semakin ramai yang masak sendiri atau nak cuba resepi baru untuk dimasak Kekny nak share resepi mudah untuk sahur yang kita bol...
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 201 hits
Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan PEJAM celik kini dah seminggu kita berpuasa Setiap hari memasak mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk juadah berbuka dan bersahur bukan Bila sebut pasal berbuka atau bersahur ramai antara kita memilih...
Rempah Ikan Bakar Terengganu Boleh Buat Stok Masak Dengan Makanan Laut Lain

Rempah Ikan Bakar Terengganu Boleh Buat Stok Masak Dengan Makanan Laut Lain

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 198 hits
Ikan Bakar akan jadi lebih enak jika rempah dan sambal yang digunakan lengkap dengan pelbagai ramuan masakan Sebab itu rempah atau sambal Ikan Bakar menjadi nadi pada keenakan rasa Ikan Bakar Jika anda masih tercari cari resipi untuk membua...
Resepi Menu Berbuka Puasa Kelima Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih

Resepi Menu Berbuka Puasa Kelima Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 262 hits
hai assalamualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Kelima Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih Dah masuk hari kelima kita berpuasa syukur alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah beri Masih lagi memasak di rumah untuk keluarga tercinta ...
Resepi Ikan Talapia Masak Berlada

Resepi Ikan Talapia Masak Berlada

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Talapia Masak Berlada pula dengan korang Senang dan ringkas ja resepi Ikan Talapia Masak Berlada nie dan antara menu masakan yang kerap diulang masak kat rumah Kak Sue nie Jo...
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku Dan Ayam Goreng

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku Dan Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 296 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku dan Ayam Goreng Harini pergi pasar topup barang basah yang dah habis Belila ayam sotong udang ketam ikan semua jenis lauk ada Puasa puasa ni menu mestila nak lain lain k...
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 489 hits
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Harini mama nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Memang senang sangat resepi ni dan cepat aje nak disiapkan Tapi provided ketam dah siap disiang la Sebab nak siang dan cuci ketam ambil masa sket Rese...
Resepi Ayam Panggang Italian Berserta Sos

Resepi Ayam Panggang Italian Berserta Sos

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 302 hits
Resepi Ayam Panggang Italian Berserta SosBahan bahan sos kuah
Sotong Masak Kicap Pedas

Sotong Masak Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 155 hits
Setelah hampir 2 minggu kembali ke tanahair baru hari ini saya berasa sedikit sihat Sebaik tiba di sini saya seperti jet lag tapi luar biasa kerana saya sangat keletihan sehinggakan untuk mengangkat tangan pun rasa tak larat Selepas diberit...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash