Sotong Masak Kicap Pedas




Setelah hampir 2 minggu kembali ke tanahair, baru hari ini, saya berasa sedikit sihat. Sebaik tiba di sini saya seperti jet lag tapi luar biasa kerana saya sangat keletihan sehinggakan untuk mengangkat tangan pun rasa tak larat. Selepas diberitahu ramai, baru saya perasan yang saya mungkin mengalami simpton post covid. 
Namun begitu, setiap hari saya gagahkan diri juga untuk memasak lauk pauk untuk hidangan berbuka puasa. Ros pembantu rumah kami akan sediakan bahan bahan dan saya tinggal memasaknya sahaja.
Memasak sotong sebenarnya sangat cepat kerana sotong tidak boleh dimasak lama lama. Yang penting bahan bahan yang digunakan mesti dimasak sempurna. Contoh kalau menyediakan sambal tumis sotong, sambalnya perlu dimasak lama dan betul betul masak. Selepas dimasukkan sotong, kacau balik sekejap sahaja, dah boleh diangkat. Kalau terlebih masak, sotong akan menjadi liat dan keras.
Jadi walaupun dalam keadaan tidak sihat, saya masih boleh menyediakan lauk sotong masak kicap pedas. Sebabnya resipi ini sangat ringkas bahan bahannya dan cepat disediakan. 

Kalau anda ingin menyediakan lauk pauk dengan cepat, saya syorkan anda mencuba resipi ini. Kalau sotong nya menpunyai telur, lagilah sedap. Sotong pun kelihatan cantik dan gemuk gemuk dengan telurnya yang tersembul keluar.
Saya juga ada menyediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa subscribe tau... Jangan lupa mencubanya kerana lauk ini sangat sedap dan digemari keluarga saya.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 


Sotong Masak Kicap Pedas Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram sotong1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang1 tangkai cili hijau1 tangkai cili merah1 biji bawang besar2 sudu cili kisar2 sudu besar kicap lemak manis atau secukupnya1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap1/4 cawan minyak masak
Bahan Tumbuk:5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.
Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili hidup dan bawang besar.
Masukkan Knorr Pasti Sedap. Nota: Jika suka berkuah, masukkan air secukupnya.Kacau rata dan boleh tutup api.
Nota:Sotong tidak boleh dimasak lama kerana ia akan menjadi liat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/04/sotong-masak-kicap-pedas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 216 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan hehehhe Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa...
Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 335 hits
Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas Muo Mama tak pasti nak claim Muo tu disebabkan memang resepi Muo atau orang Muo yakni mama yang masak hihi Kalau ada orang Muo kat sini cuba check betul tak resepi asam pedas Muo korang Sama macam mama ta...
Iftar 6 Ikan Kembong Masak Asam Pedas

Iftar 6 Ikan Kembong Masak Asam Pedas

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 441 hits
tu dia sekuali ikan kembung masak adam pedas yang tak berapa pedas nampak banyak kan tapi actually ikan tu tiga ekoq jaa sayur bende yang banyak nya memang kak rose masak sikit2 jer maklumlah kami berdua jer dan untuk sekali makan terus hab...
Resepi Sotong Masak Serai Berserta 12 Lagi Resepi Sotong Yang Lain

Resepi Sotong Masak Serai Berserta 12 Lagi Resepi Sotong Yang Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 377 hits
Sotong masak apa sedap ye hmm Sotong masak serai sedap dan mudah Menu ekspres macam ni kadang kadang korang kena tahu jugak untuk persediaan di waktu waktu tak terduga Contoh macam Mamy harini terpaksa balik kerja lewat pulak Hadoi Dalam ke...
Potret Nagita Slavina Masak Bareng Chef Renata Netizen Auto Ngiler

Potret Nagita Slavina Masak Bareng Chef Renata Netizen Auto Ngiler

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 156 hits
Nagita Slavina mengundang Chef Renata ke rumah untuk memasak bersama Menu yang dibuat sebenarnya sederhana yakni ayam goreng tepung Melihat Nagita dan Chef Renata masak netizen auto ngiler karena makanan sudah dijamin akan lezat Intip momen...
5 Potret Ussy Sulistiawaty Masak Besar Untuk Bagi Bagi Kepada Banyak Orang

5 Potret Ussy Sulistiawaty Masak Besar Untuk Bagi Bagi Kepada Banyak Orang

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 170 hits
Ussy Sulistiawaty memasak bakso dalam jumlah banyak untuk dibagikan kepada banyak orang yang ditemuinya di jalanan Ia turun tangan langsung untuk memasak mengemas makanan hingga membagikannya Intip beberapa fotonya berikut ini
Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak

Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 221 hits
Satu dunia terkesan dengan peningkatan harga bahan bakar petrol yang naik secara mendadak salah satu faktornya disebabkan peperangan di antara Rusia Ukraine yang sudah berlarutan lebih satu bulan Pelbagai bahan bakar alternatif sedang diuji...
Sahur Dengan Telur Separuh Masak Yang Perfect Ini Cara Sebenar Buat

Sahur Dengan Telur Separuh Masak Yang Perfect Ini Cara Sebenar Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 280 hits
3 4 2022Telur separuh masak Rasa macam senang saja nak buat tak perlu tengok resipi tapi hairannya ramai yang selalu gagal Kalau tak jadi telur rebus akan jadi telur yang kurang masak Susah betul nak dapat telur separuh masak yang perfect m...
Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 261 hits
Pecal adalah antara sajian sedap masyarakat yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia Pecal ni memang special anda boleh nikmatinya pada bila bila masa sama ada sarapan pagi makan tengahari atau pun malam Jika di bulan puasa begini e...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas