Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga Sotong Pucuk Paku Dan Ayam Goreng
hai assalammualaikum
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga, Sotong, Pucuk Paku dan Ayam Goreng - Harini pergi pasar, topup barang basah yang dah habis. Belila ayam, sotong, udang, ketam, ikan, semua jenis lauk ada. Puasa-puasa ni menu mestila nak lain-lain kan..ehhee. Nak pulak harini terfikir nak masak sotong. Mr mafia beli bahagian barang basah, nad pergi beli sayur, bawang semua
Jadi, menu untuk berbuka puasa hari ketiga ni, nad amsak, sotong masak cili thai, pucuk paku masak lemak dan ayam goreng sahaja. Masak seawa pukul 5, biar cepat masak dan boleh berehat menunggu azan..hehhee
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga, Sotong, Pucuk Paku dan Ayam Goreng
Mulanya nak buat sotong masak cili padi, tapi lepas tu tukarla buat cili thai. Jo tengok cara nad masak. Semuanya mudah sahaja, takda susah..hehehe
Sotong Masak Cili Thai- Sotong ( dimasak di kuali dahulu tanpa minyak . Masak sekejap sahaja )- 1 biji bawang merah- 2 ulas bawang putih- 1 biji cili merah besar- 1 biji cili hijau besar- 7 biji cili padi- 1 sudu besar sos ikan- 1/4 cawan kicap manis- Jus limau ( dua biji limau )- Daun ketumbar- Garam - Gula
Cara memasaknya- Blend kasar bawang merah, bawang putih, cili merah besar, cili hijau besar, dan cili padi. Blend kasar tau jangan sampai hancur- Panaskan kuali dan tumis bahan dblend tadi sehingga naik bau- Masukkan kicap manis, sos ikan dan daun ketumbar dan gaul rata- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan air sedikit- Masukkan sotong, kemudian masukkan jus limau- Gaul sekata dan jangan lama sebab masak sotong tak boleh lama
- Dah agak-agak masak tu, bolehla dihidangkan
Sayur Pucuk Paku- Sayur pucuk paku ( nad ambik setengah ikat , kalau seikat, tambahkan bahan lain sedikit )- 1 biji bawang merah- 7 biji cili padi, nak lagi pedas boleh tambah cili padi lagi- Kunyit hidup- Garam- Gula- Santan- Air sedikit
Cara membuatnya- Blend kesemua bahan bawang merah, cili padi dan kunyit hidup. Blend sehingga hancur
- Panaskan kuali, tumis bahan yang diblend tu sehingga naik bau
- Masukkan santan dan sedikit air, kacau sebati
- Masukkan pucuk paku yang telah dibasuh dan disiang, kacau sebati - Masukkan garam dan gula secukup rasa- Dah medidih, siap untuk dihidang
Ayam Goreng- Ayam- Serbuk Kunyit- Garam
Cara memasaknya- Gaul ayam yang sudah dibasuh dengan garam dan serbuk kunyit- Masukkan minyak separuh kuali dan panaskan kuali- Masukkan ayam dan goreng dengan sekata
Ok dah siap menu untuk buka puasa ketiga ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/04/resepi-menu-berbuka-puasa-ketiga-sotong.html