Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella Sedapnya
Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang dah pernah rasa bomboloni lembut gebu gebas mampat padat dan sedap ni? Atau pernah dengar orang cakap pasal bomboloni tapi tak pernah lagi jumpa face to face?
Atau langsung tak familiar dengan 'kuih' ni? Its okayyy. Saya pun dulu tak tahu pun kewujudan bomboloni ni walaupun time tu tengah viral hahaha. Noob!
resepi bomboloni nutella coklat
Dalam seumur hidup, setakat ni, pernah sekaliiii je saya rasa. Tu pun kakngah saya yang bawa ke rumah. Bomboloni coklat frozen. Nama pun frozen.. Tinggal nak goreng je. Senang kan? Simple dan cepat je masak. hehehe.
Kawan pejabat kakngah yang buat bisnes, jual di Cyberjaya, Kuala Lumpur. Rasanya bukan bomboloni coklat je. Perisa lain pun available.
Jangan tanya berapa harga nya sebab saya dah lupa hahaha. Tapi SERIUSSSSS SEDAPPPP GILOSSSS! Walaupun mula mula first time nak rasa tu macam 'takut-takut' (takut kureng sedap hahaha), tapi bila dah NGAP!
Fuhhhh. Dah lah lembut gebu, inti penuh, lazat sedap secukup rasa. Perghhh!
So.. bila jumpa resepi bomboloni nutella ni hujung minggu yang lepas, rasa nak share di sini. Kot-kot ada yang teringin nak rasa tapi taktahu nak beli di kedai mana, boleh buat sendiri hehehe.
Resepi Mudah Bomboloni Coklat Nutella.. Sedapnya!
resepi mudah bomboloni nutella coklatResepi Bomboloni Nutella (Coklat Hazelnut)Bahan-bahan:
225g tepung high protein6g yis55g castor sugar(campurkan sebati semua bahan diatas)120ml fresh milk sejuk1 egg grade A(campur-campurkan bahan basah ini)55g butter / margerineSecubit garam
Cara memasak:
1. Masukkan sikit demi sedikit wet ingredient dalam dried ingredient sambil uli. Uli sampai sebati & bergumpal.
cara memasak bomboloni2. Masukkan butter & garam. Uli sampai tak melekat kat jari. Nak tau dough dah ready ke belum, bila tarik dough sampai nipis tu tak koyak/ elastik.
Saya just guna hand mixer je guna hook dalam 30-40min macam tu.
3. Tutup dough dengan plastic dalam 30minit pun ok.
4. Bila dah kembang double size, tumbuk dough bagi keluar angin. Nipiskan & turap dengan acu.
5. Goreng dengan api paling low. Jangan bolak balik selagi 1 side belum tukar warna coklat.
6. Bila donat dah suam, golek atas powdered sugar / gula castor + cinnamon. Sedap oouhh wangi-wangi.
Pastu cocok lubang guna straw. Saya guna cake tester je pastu barula picit nutella dalam tu.
resepi mudah bomboloni coklat nutella sedapSumber: twitter Resepi Makanan Malaysia
p/s: kalau tengok entri ni malam malam.. sediakan tisu untuk lap air liur yang meleleh tuuu hahahah.
Selamat memasak! Semoga berjaya~!
Till next time, daaa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/09/resepi-mudah-bomboloni-nutella-sedapnya.html