Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je Janji Sedap
Sebut sahaja Maggi semua kecut air liur. Tapi hari ni Ainul nak kongsikan resepi bukan maggi biasa tu tapi mee yang berbentuk maggi je. dah lama tak makan maggi jenama maggi tu. dan ank elak anak anak makan jadi Ainul beli mee berbentuk maggi dan perencah sendiri. Resepi yang Ainul nak share ni untuk Ainul makan sebab pedas. anak anak punya versi tak pedas.
Mee berbentuk maggi ni ada banyak di kedai. macam macam jenama. Ada di bahagian spaghetti, bihun selalunya. Ainul suka brand ini. Harga tak mahal pun. Rasa antara yang termurah tapi sedap
Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je janji Sedap
Bahan bahan
Mee bentuk maggi -tak kisah brand apa
cili kering – 5biji kalau nak pedas lebihkan. kalau taknak pedas kurangkan
bawang merah
bawang putih
telur
minyak masak
sos tiram
sayuran kesukaan. ainul letak saleri je
Cara nak Masak yang Super senang
mula mula rebus mee korang dulu bagi lembut
tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dah direbus. kalau nak tambah cili padi atau tukar ke cili padi pun boleh
kemudian panaskan kuali. masukkan minyak masak
tumis bahan bahan yang ditumbuk sampai garing naik bau
kemudian masukkan telur kacau bagi hancur
masukkan mee dan sos tiram & sayur
goreng sampai garing dan siapppp
ehh mana garam?
Ainul tak letak garam sebab dah letak sos tiram. sekarang ni memang masak hanya guna 1 perasa je. kalau nak letak garam so garam je. kalau sos letak sos je. tapi ni Ainul la. korang letak la garam ke apa perasa yang korang nak
Senang je kannn
tapi sedap, pedas yummyyy !!
Selamat mencuba
The post Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je janji Sedap appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/resepi-maggi-goreng-pedas-sedap-simple-je-janji-sedap/