12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera


Salah satu masakan yang sedap dan berkhasiat yang aku selalu masak dan di sukai oleh seisi rumah adalah sup. Sup ada pelbagai jenis dan juga pelbagai perisa yang sedap membuka selera. Sup sedap di makan sekali dengan juadah iringan seperti sambal tumis ataupun sambal belacan. Itulah cara orang Melayu ataupun orang Malaysia kita makan sup.  Lain bangsa lain jenis  juadah sup yang di sajikan. Di sini kita fokus masakan sup gaya orang Malaysia lah yer... Huhu!


12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera
Definisi sup yang aku google di internet secara ringkasnya adalah merupakan cecair rebusan daripada tulang, daging, ayam dan sayuran. Di hidangkan bagi hidangan sebelum hidangan utama iaitu selepas hidangan pembuka selera. Mengandungi perasa yang tinggi hasil daripada air rebusan tulang, isi daging atau ayam dan sayuran tersebut.




Ciri-ciri sup yang bagus pula adalah penggunaan bahan mentah yang berkualiti akan menjadikan rasa sup lebih baik dan berkualiti. Juga tidak berminyak dan tidak terlalu pekat. Selain itu  warnanya hendaklah seiringan dengan penggunaan bahan utama bagi sesuatu sup. Jom mari kita lihat resepi sup yang di ketengahkan di sini... 


12 Resepi Sup Pelbagai Perisa Yang Sedap Membuka Selera - 1 - Resepi Sup Daging
Bahan-bahan sup daging: 1 kilo daging lembu 6 biji kentang 3 biji tomato 1 pokok daun sup n daun bawang 3 batang celery Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk *Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .
Bahan-bahan tumisan sup daging: 1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang 3 biji bunga cengkih 1-2 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 biji bawang merah 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 4 cm halia 1 sudu besar ketumbar* 1 sudu besar jintan putih* 1 sudu kecil lada hitam* Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .
Cara memasak sup daging: Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar, lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat, tomato juga dipotong 4 .
Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk.
Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil.
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup. Siap!
kredit: resepi nennie
- 2 - Resepi Sup Ikan Merah
Bahan-bahan sup ikan merah: 2 keping ikan merah 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji cili api 3 sudu sos tiram 1 cube pati ikan bilis sayur2an ( Brokoli,tomato) 2 peket Suh hoon Sedikit serbuk lada hitam Sedikit garam dan serbuk perisa Air dan sedikit minyak utk menumis
Cara menyediakan sup ikan merah: Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan cili api sehingga layu.Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika. Apabila air sudah mendidih,masukkan sos tiram ,pati ikan bilis serta serbuk lada hitam dan diikuti dengan ketulan ikan merah.
Apabila ikan setengah masak,bolehlan dimasukkan sayur dan juga suh hoon yang telah direndam lembut. Akhir sekali..perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perisa. Dah siap!
kredit: jajack
- 3 - Resepi Sup Ketam
Bahan-bahan memasak sup ketam:4 ekor ketam bunga
4 labu bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)1.5 sm halia (dikisar)1 bungkus sup bunjut1 labu bawang besar (dihiris)2 batang seraiGaram secukup rasaDaun saderiAir secukupnya
Cara membuat sup ketam: Bersihkan ketam dan tos. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.
Selamat mencuba !! 
- 4 - Resepi Sup Ayam
Bahan–bahan  Sup Ayam: 500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih 1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang. Lebih kurang 1 inci 2 biji kentang ~ di potong baji 1 biji tomato ~ belah 4 Daun sup dan daun bawang di mayang halus 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
Bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 3 biji buah keras 1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu 1 sudu besar lada hitam 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu
Cara penyediaan sup ayam: Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih.
Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang. Masak hingga empuk. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang.
kredit: iresepi 
- 5 - Sup Telur

Bahan-bahan: sup telurTelurIsi dada ayamSayur (kobis dan lobak merah)Bawang putihBawang merahHaliaCiliLimau kasturiGaramSerbuk pati ayamAir
Cara penyediaan sup telur: Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau. Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil. Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih. Masukkan sayur kobis dan lobak merah.
Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu. Siap! Selamat mencuba.
- 6 - Sup Gearbox

Bahan-bahan untuk sup gearbox:2 batang tulang gearboxSedikit tulang tengkuk400 g daging1 batang kulit kayu manis2 bunga lawang2 sup bunjut adabi1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza 2 jug air - bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki GaramSerbuk perasaDaun sup - dipotomg halusDaun bawang - dipotong halusBawang goreng
Bahan hiris nipis:
2 inci halia6 ulas bawang putih2 biji bawang besar
Cara-cara penyediaan sup gearbox: Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam.  Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap. Tambah air jika perlu. Besarkan api. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api. Siap, bolehlah di hidangkan.
- 7 - Sup Sayur

Bahan-bahan memasak sup sayur:1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil1 batang sayur sawi1/4 kobis1 batang carrot1 peket kecil cendawan tiram3 biji telur2 peket fishball2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos thai /nampla1 sudu teh minyak bijan3 cawan airGaram secukup rasa
Bahan kisar:
2 biji bawang merah2 ulas bawang putihsegenggam ikan bilis
Cara penyediaan sup sayur: Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak.  Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak.
Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam.
Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.
- 8 - Sup Tulang

Bahan-bahan memasak sup tulang:1 kg tulang 500 grm daging cincang - pilih yg banyak daging 1 pokok daun sup & daun bawang5 batang celeryGaram secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk *Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni
Bahan tumis:
1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang 6 biji bunga cengkih2 biji bunga lawang4 biji buah pelaga6 biji bawang merah - dikisar1 biji bawang besar - dikisar4 ulas bawang putih - dikisar2 inci halia - dikisar1 sudu besar ketumbar*1 sudu besar jintan putih*2 sudu besar lada hitam* Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus.
Cara penyediaan sup tulang: Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih.Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk, 
Kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk baru la ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan boleh ditutup api dapur. Sup siap di masak!
- 9 - Sup Cendawan Tauhu Telur

Bahan-bahan memasak sup cendawan tauhu telur: 1 paket cendawan potong 3 2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci 5 ulas bawang putihGaram secukup rasaDaun bawang satu pokok hiris kecil2 cawan airMinyak untuk menumis
Cara memasak sup cendawan tauhu telur: Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan. Masukkan tauhu. Biarkan mendidih. Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam.  Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang. Siap untuk di hidangkan.
- 10 - Sup Fishball Sayuran

Bahan-bahan untuk sup fishball sayuran:3 ulas bawang putih dihiris2 hirisan halia2 sudu teh lada putihbeberapa titik minyak bijanSedikit kobis panjangCauliflowerHirisan dari sebatang carrotSatu pokok daun bawang dan daun sadriBeberapa hirisan ayam atau dagingSepacket fish balls Beberapa keping tauhu lembut di potong empat Sedikit garam
Cara penyediaan sup fishball sayuran: Rebus ayam, berserta halia dan bawang putih. Masukkan lada putih. Masukkan fishball. Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan sayuran berdaun.
Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan. Apabila telah mendidih sebentar bolehlah diangkat. Sedia untuk di nikmati!
- 11 - Resepi Sup Daging Ala Thai

Bahan-bahan membuat sup daging ala Thai:
1 kilo daging bercampur tulang lembu 6 biji kentang 3 biji tomato Jus perahan limau nipis secukupnya 1 pokok daun sup Garam secukup rasa Air secukupnya
*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi. Bahan-bahan tumisan sup daging ala Thai: 3 sudu besar rempah sup 2 biji bawang merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 2 batang serai dititik 5 biji cili api-boleh tambah
Cara memasak sup daging ala Thai: Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup.
Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih. 
Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis. -Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . 
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup. Siapp!
- 12 - Resepi Sup Kambing Ala Mamak

Bahan-bahan untuk sup kambing ala mamak:Tulang kambing 7 ketulKentang 2 bijiCarrot 1 bijiSalary 1 batangTomato 1 bijiRempah Sup mak siti 3sbRempah Sup Adabi 3sbGula melaka – agak2Garam secukup rasaMinyak Zaiton 4sbLimau nipis 2 biji – perahRempah 4 sekawan – agak2Serai 2 batang – ketukDaun pandan 1 – ikat
Bahan Tumbuk:
Bawang merah 4 bijiBawang putih 4 bijiHalia 2 inci
*Hiris dulu pastu tumbuk, jangan lumat sangat k.
Cara Menyediakan sup kambing ala mamak: Basuh tulang kambing, rebus sampai lembut. Lebih kurang 2 jam. Bila daging dah lembut, panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah 4 sekawan, masukkan serai, dan daun pandan. Kemudian masukkan Bahan tumbuk, tumis sampai wangi. Kemudian masukkan rempah sup yang dah dibancuh air panas terlebih dulu. Kacau sampai wangi.
Kemudian masukkan tomato, ambik sikit air rebusan tulang tadi, kacau-kacau. Curahkan semua bahan tumis ke dalam rebusan tulang. Kemudian masukkan kentang, carrot, salary, gula melaka dan minyak zaitun, kecikkan api. Renehkan sup selama 1/2 jam.
Akhir sekali perahkan limau nipis, masukkan garam, taburkan daun sup dan bawang goreng. Renehkan lagi sup selama 10 minit. Siap. Sedap cicah roti kosong atau makan dengan nasi panas.
Kredit Resepi Bonda
Inilah pencarian 12 resepi sup pelbagai perisa yang sedap membuka selera yang aku selongkar di internet dan akan aku cuba buat satu persatu. Sudah tentunya resepi-resepi sup pelbagai perisa ini agak berbeza dengan resepi sup uyang biasa aku buat. nampak sedap dari gambar, moh ler kita cuba, tak gituuu....!
Nak dapatkan pelbagai resepi sedap di blog ini boleh cari di SINI
p/s: Kepada yang empunya resepi dan gambar, aku memohon keampunan dengan kesepuluh jari sekiranya tiada di sebutkan kredit kepada mereka. Maaf  di atas kekhilafan yer!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/11/12-resepi-sup-pelbagai-perisa-yang-sedap-membuka-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sup Ayam Mudah Dan Confirm Sedap

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 810 hits
Hari ini Iday nak share resepi mudah Sup Ayam yang cepat dan sedap Bahan yang diperlukan pon tak banyak dan senang Sebenarnya banyak je resepi sup ayam yang ada tapi yang ni paling mudah bagi Iday Selain dari resepi bertulis Iday juga ada l...
Resepi Bihun Singapore Simple Dan Sedap Untuk Anak Anak Picky Eater

Resepi Bihun Singapore Simple Dan Sedap Untuk Anak Anak Picky Eater

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 656 hits
RESEPI BIHUN SINGAPORE SIMPLE DAN SEDAP UNTUK ANAK ANAK PICKY EATER Ada anak yang memilih makanan ni bukan senang tau Nak masak pun kena hati hati nak masuk kan bahan apa yang patut dan tak patut di letak Budak budak yang picky eater ni aka...
Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 441 hits
Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal makluml...
Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 626 hits
Assalamualaikum Koleksi Resepi Mudah Sedap Dan Jimat Aku kongsikan dengan korang beberapa himpunan resepi mudah sedap dan jimat Jangan anggap bila mudah tu tak sedap tau Rasa tetap sedap dan mengenyangkan Bahan bahan1 200 gram dada ayam pot...
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 937 hits
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur Salam semua resepi kek batik di antara resepi yang mudah nak buat sebenarnya Kalau dulu guna bahan untuk buat kek batik hanya asas saja seperti biskut marie serbuk koko susu pekat T...
Resepi Donut Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu Confirm Jadi

Resepi Donut Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 525 hits
Hi apa khabar lama pulak dah menulis di blog personal ni Alhamdulillah sihat dan rasanya tahun 2020 ni taun kita duduk dirumah aje la ye Bila dah duduk di rumah anak anak kejap kejap lapo kejap kejap bosan Adoi Maka mak terpaksa la ajak dia...
Resepi Nasi Ayam Sedap Simple Dari Mak

Resepi Nasi Ayam Sedap Simple Dari Mak

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 492 hits
Salam Tak pandai masak Nak belajar Sama anak dah 2 orang pun masih belajar Aku suka je masak kadang datang rajin masak ler kadang datang malas order sajer Budak sekarang ni kan sibuk dengan buku dan kerja bukan ada masa nak duduk dapur Aku ...
Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

Himpunan 15 Resepi Donut Gebu Sedap Mudah Buat Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 449 hits
15 Resepi Donut Sedap Gebu Mudah Buat Untuk Minum Petang Anak kat rumah ni cukup suka makan donut Lagi lagi kalau donut gebu dan lembut Kadang geram je rasa bila beli donut tapi tak berapa gebu Donut gebu ni ada juga yang memanggilnya sebag...
Resipi Garlic Bread Mushroom Sup Tersangat Sedap Patutlah Share Sampai 58k Nak Buat Pun Senang

Resipi Garlic Bread Mushroom Sup Tersangat Sedap Patutlah Share Sampai 58k Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 542 hits
Teringin menikmati sup cendawan panas dengan roti garlic di restoran tapi malas hendak keluar apa kata kali ini anda cuba sediakan sendiri buat anak anak dan suami di rumah Tanpa garlic bread mushroom sup jadi hambar Sediakan sekali garlic ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching