Resepi Nasi Ayam Sedap Simple Dari Mak
Salam,Tak pandai masak? Nak belajar? Sama.. anak dah 2 orang pun masih belajar. Aku suka je masak .. kadang datang rajin masak ler.. kadang datang malas.. order sajer. Budak sekarang ni kan, sibuk dengan buku dan kerja... bukan ada masa nak duduk dapur. Aku pun sama juga dulu.. nak bersihkan ayam pun tak pandai apa lagi nak masak. Tapi dah kahwin kenalah belajar. Nasi ayam ni pun baru je aku belajar masa PKP ni. haha.. nasi ayam mak memang sedap sejak kecil ini makanan kegemaran aku. Nak tahu resepi? Jom
Sorry gambar tak lawa setting pun tak sempat. Yang penting senang dan anak suka. kan
Bahan-bahan Rebus Ayam adalah :
1. Ayam2. Stok ayam/ Kiub Ayam3. Sup Bunjut4. Air
Rebus ayam sehingga empuk dalam 15 minit (tak payah lama sangat)
Bahan-bahan Kuah Cili adalah:
1. Bawang Besar2. Bawang Putih3. Cili Besar4. Tomato5. Gula6. Garam
Blender bahan ini semua, kemudian masak dalam 15-20 minit.
Kemudian tambah sesudu gula dan garam. Siap kuah cili
Siap kuah cili. Senangkan
Next, kita masak nasi pula. Bahan-bahan adalah :
1. Bawang Merah2. Bawang Putih3. Halia4. Kiub Ayam
Kalau nk sedap tumis dulu bahan di bawah ni. Kalau tak nak tumis dulu pun boleh. Tumis dengan majerin pun sodap
Ai malas.. so ai masuk sahaja dalam periuk haha
Air beras mestilah guna air dari rebusan ayam. Jika masak beras 3 cawan, air rebusan ayam 4 cawan. ( +1 lebih dari kiraan cawan beras)
Dah tu.. masukkan kiub ayam 1 dan masak macam biasa
Tadaa... siap sudah. Nasi siap. Next
Seterusnya, sup ayam. Bahan-bahan adalah :
1. Air rebusan ayam2. Daun Sup3. Daun Bawang4. Garam
Tadaa... siap sup
Last sekali, kita masak ayam. Bahan-bahan adalah :
1. Ayam yang telah direbus tadi2. Sos Tiram3. Madu4. Bawang Merah5. Bawang Putih6. Halia
Ayam yang telah direbus tadi akan diperap dengan sos tiram
Masukkan Madu
Perap dalam 20 minit. Masukkan dalam peti ais bawah. Perap sejuk lebih baik rasanya
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
Goreng bersama ayam yang telah diperap tadi
Amboi sedap ahh
Alhamdulillah.. jom le suap anak makan. Budak2 memang suka kalau mak dia masak nasi ayam. Masak pun senang je sebenarnya kan
Resepi nasi ayam ni resepi dari mak aku. Sejak aku kecik mak buat nasi ayam ni sama je tak pernah berubah. Terima kasih mak. ❤
Ok guys. Selamat mencuba. Bye
Love,
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2020/11/resepi-nasi-ayam-sedap-simple-dari-mak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)