Resepi Kuih Melayu Keria Keledek Ungu Gula Melaka
assalamualaikum dan salam sejahtera 😊
apa khabar semua hari ni? moga semuanya sihat-sihat belaka ye
kalau la ada readers yg kurang sihat, bertabahlah ye. jgn putus harap utk kembali sihat
makan ubat. jaga pemakanan 😌
ramai ke yg berpuasa sunat hari ni? 15 Sya'ban.
alhamdulillah 😌. masih sihat dan kuat utk beribadah, kan.
ni nak share resepi simple keria keledek ungu gula melaka
minggu lepas buat ni dgn anak-anak. kebetulan di fb, ada org dekat2 sini jual keledek ungu ni
wah 😍. sekilo RM5 sekali dgn kos delivery. saya pun belilah 3 kilo
yg kecik, saya kukus dan makan gitu saje
berlebih byk, teruslah bakinya keledek ungu yg besar-besar lenyek untuk buat keria
alhamdulillah menjadik 👍,
sedap dimakan begitu saje 😋...
bahan-bahan :500g keledek ungu - dikukus dulu sehingga empuk dan selepas tu dilenyek 😃.1 sudu besar (penuh membukit) tepung gandumsedikit garam secukup rasa1 ketul (sederhana) gula melaka - dihiris kecil-kecil2 sudu besar gula pasirsetengah cawan air
gambar Izzat je la yg dpt masuk blog ibu.
kakak-kakak tidak cukup menutup aurat 😄.
cara-cara yg amat la mudah :keledek ungu digaulkan bersama tepung gandum dan sedikit garam. agak-agak ia boleh dibentuk menjadi doh berbentuk cincin.goreng doh tersebut. minyak panas tau. setiap belah lebih kurang 5-10 saat je. ketepikan.kemudian, air, gula pasir dan gula melaka dimasak atas dapur hingga pekat berbuih.doh cincin yang telah digoreng tadi, masukkan ke dalam kuali berisi gula melaka. gaulkan. SIAP keria kita.
dah siap goreng. diketepikan dulu menunggu gula melaka siap.
pastikan amaun tepung gandum tu cukup tau. barulah dia cantik gini.
if kurang tepung gandum, time goreng tu doh boleh pecah!
gini la bila gula melaka tu dah pekat dan berbuih - kira siap dah ni.
boleh la dimasukkan doh cincin yg telah digoreng awal tadi.
ni kali pertama saya buat keria ni di rumah
sebelum-sebelum ni buat bersama adik di rumah emak. buat kat ruah emak best skit. sambil borak-borak, tak sedar da abis gentel doh 😀
kali ni, dek kerana byk masa terluang. anak-anak pun excited nak membantu, onzzz jer la
kak Nurin dan Syuhada bergilir-gilir bantu melenyek 1.5kg keledek
then saya biarkan mereka bertiga, termasuk Izzat utk membentuk doh cincin keria
Izzat excited membantu 😛. kecoh jadik nyer suasana.
saya biarkan aje. yg penting, saya dah pesan awal-awal, "tangan jgn usik benda lain, nanti kuih masuk kuman dan jgn bersepah-sepah jatuh ke lantai...".
atas meja memang berkecah la kan. it is ok 👌.
ni la salah satu aktiviti kat rumah time PKP ni 😊. anak-anak pun dah kebosanan.
esok, in shaa Allah, ada plan jugak nak buat something utk minum petang.
😀 ada proses melenyek jugak ha ha ha ha...
😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/04/resepi-kuih-melayu-keria-keledek-ungu-gula-melaka.html