Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi


As Salam,Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan-Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga (14-28 April 2020) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi kegemaran mak-mak kita dulu iaitu Kuih Seri Muka atau ada juga orang sebelah utara panggil kuih ni sebagai Pulut Sekaya Pandan.


Kuih Seri Muka ini sering sahaja mendapat tempat setiap kali kenduri kendara atau majlis keraian, rasanya yang berlemak manis dan lembut menjadikan is sangat sesuai sebagai pemanis mulut kepada tetamu

Ada beberapa tips kalau nak hasilkan kuih seri muka yang berlapis cantik seperti ini.Antaranya ialah sebelum kita tuang adunan yang berwarna hijau, kita letak pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus dalam 5-7 minit, kemudian barulah kita tuang adunan utuk lapisan hijau

Setakat ini, Encik Suami hanya keluar membeli barang kelengkapan dapur setiap dua minggu sekali.Jadi, saya juga siap-siap rancang awal, apakah menu yang saya nak masak untuk next two week termasuk saya "selit order" barang-barang extra untuk saya cuba resepi masakan yang saya sukai.heh.Suami saya kata, saya ambik kesempatan.ahaks.

Walaupun saya baru pertama kali mencuba buat kuih seri muka pandan dengan resepi ini, tapi saya berpuas hati dan gembira sebab hasilnya saya dapat taste kuih seri muka yang dikehendaki iaitu lembut, sedap dan berlemak

Orait, sebelum mula buat kuih seri muka pandan ni, saya akui saya memang ada menjejak pelbagai resepi kuih seri muka, cuba memahami bagaimana kuih ini dihasilkan, apa tips yang boleh saya ikuti dan tentunya yang paling penting ialah apakah bahan-bahan asas yang diperlukan untuk dapatkan tekstur dan rasa kuih seri muka yang sedap, lembut, berlemak masin  (pulutnya) dan manisnya.

Jadi, resepi yang saya kongsikan ini adalah antara resepi yang mudah, hasilnya kuih seri muka tetap menjadi cantik berlapis, lembut dan berlemak.Jom, kita buat:)

Kalau guna acuan lompang, kuih seri muka ni nampak lebih comel dan sesuai untuk jualan atau semasa majlis keraian

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Yang sedap dan Pasti Menjadi.Sumber resepi : Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)-FB.Dicuba dan diolah semula oleh     : Cik MataharikuBahan-bahan :Bahagian Pulut ( Lapisan Putih)2 cawan beras pulut putih2 cawan santan cair / 1 kotak santan kara (200ml) dan 1 cawan air1 Sudu teh garam halus
Cara Menyediakan Lapisan Putih (Pulut ) Kuih Seri Muka PandanBasuh dan rendam beras pulut sekitar 30 minit hingga 1 jamToskan air rendaman pulut.Sapu minyak pada loyang kemudian alas loyang dengan plastikMasukkan beras pulut dalam loyang.Masukkan pula campuran santan dan garam dan gaul sehingga rata.Kukus beras pulut dalam tempoh 25 minit-30 minit.Sekali sekala buka penutup pengukus dan kacau beras pulut supaya santan dan pulut bercampur atau sebati.Angkat pulut dari pengukus, tekan dan padat-padatkan guna sudu plastik.Jangan lupa cakar sedikit permukaan pulut supaya lapisan hijau dengan putih (pulut) dapat melekat cantik dan kemas.Kalau korang nak dapatkan permukaan lapisan hijau yang licin, kena pastikan tutup loyang dengan  aluminium foil atau gunakan kain lembut pada penutup pengukus.Tujuannya supayawap air tidak jatuh atas permukaan kuih

 Padat-padatkan beras pulut selepas dikukus dan cakar permukaannya dengan garfu supaya bila kita tuang adunan lapisan hijau, ia dapat melekat dengan baik dan terhasil lapisan yang cantik

Kalau guna acuan lompang, sapu sedikit minyak pada acuan supaya mudah kita nak keluarkan kuih

Bahan-Bahan Lapisan Hijau Kuih Seri Muka Pandan2 cawan santan pekat / satu kotak santan Kara (200ml) dan 1 cawan air1 cawan air dan 4 helai daun pandan (kisar)1 cawan tepung gandum1 1/2 sudu besar tepung jagung1 cawan gula ( kalau suka manis)/ 3/4 cawan gula ( kurang manis tapi tetap sedap)1 biji telur1/2 sudu kecil garamPewarna hijau
Cara Menyediakan Menyediakan Lapisan Hijau Kuih Seri Muka PandanMasukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan, gula dan garam dalam satu bekas, kemudian kacau perlahan.Tuang ke dalam blender.Selesai blend bahan diatas, masukkan dalam bekas tadi, masukkan pula tapisan air pandan dan pewarna. Kacau semua bahan hingga sebati.Masakkan atas api sebentar sehingga mendidih atau sehingga terdapat sedikit ketulan tepung.Boleh tutup api dan biarkan seketika.Jika anda mahu gunakan acuan lompang, sapu minyak dahulu pada acuan, masukkan pulut dan padat-padatkan dalam acuan.Letakkan pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus sebentar dalam 5-7 init untuk dapatkan lapisan kuih seri muka yang berlapis cantik.Kemudian, tuang adunan hijau atas pulut yang sudah dipadatkan tadi.Bila kuih dah masak, tutup api, bukak tudung periuk atau pengukus, biarkan terbuka.Tujuannya supaya jika ada lebihan air atau nampak permukaan lapisan hijau lembik, ia akan kering dgn sendiri.Step By Step Langkah Bergambar Menyediakan Kuih Seri Muka Pandan yang Lembut, Sedap dan Pasti Menjadi.

 Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih seri muka yang sedap dan lembut iaitu beras pulut putih, tepung gandum, tepung jagung, air pandan (diblend dan ditapis), gula, santan, telur dan garam. Beras pulut ini saya rendam sekitar 30-40 minit sahaja

 Memandangkan saya menggunakan santan kotak, jadi untuk kukusan beras pulut, saya guna sekotak santan brand kara, yang bersaamaan dengan 1 cawan.Kemudian saya tambah lagi satu cawan air.Hasilnya, memang ngam-ngam paras santan kat atas beras pulut.Alhamdulillah, beras pulut menjadi lembut dan tanak elok jadinya. Jangan lupa masukkan garam ya.Boleh juga kita kukus beras pulut ini dengan dimasukkan satu helai daun pandan yang diikat untuk meningkatkan lagi aroma wangi pandan pada beras pulut.
 Ini pula adunan lapisan hijau kuih seri muka.Ini rupa selepas saya blend semua bahan untuk lapisan hijau kecuali air pandan dan pewarna saya masukkan kemudian.Masak atas api sekejap sehingga mendidih

 Rupa beras pulut yang sudah ditanak.Masa ni saya kacau atas pengukus supaya bercampur sebati santan dan beras pulut

Ini pula pulut yang saya dah padat-padatkan dalam bekas.Saya letak atas pengukus dalam 5-10 minit sebelum saya tuang adunan hijau.Ini petua bagi memastikan lapisan hijau dan putih sekata dan tidak bercampur.

Ini pula kuih seri muka yang saya masukkan dalam acuan lompang. Masa ni den tengah rajin, jadilah comel-comel kuih seri muka tu.Masa mengukus pula, gunakan api sederhana sahaja. Lapisan hijau dan pulut putinya berlapis cantik:) ewahh.kemain

Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti MenjadiBanyak pendapat otai-otai yang pakar buat kuih seri muka ini tentang berapa lama tempoh sebaiknya rendaman beras pulut untuk hasilkan kuih seri muka yang menjadi dan lembut.Secara keseluruhannya, saya dapati ramai yang memberi pendapat bahawa tempoh rendaman sekitar 30 minit hingga 1 jam adalah sesuai. (Sumber FB). Selain jimat masa, jika pulut direndam sekitar 3 jam, kemungkinan beras pulut terlalu kembang dan tak cantik selepas dikukus.Pastikan pulut yang sudah dikukus dipadat-padatkan dengan sudu plastik atau yang sesuai supaya kuih terbentuk cantik dan padat bila dipotong.Masak atas api adunan lapisan hijau sehingga mendidih supaya mudah dan cepat proses mengukus.Gunakan api sederhana sahaja semasa mengukus.Gunakan aluminium foil untuk tutup loyang atau kain lembut pada penutup pengukus supaya air wap kukusan tidak jatuh atas kuih dan menyebabkan permukaan kuih tidak licin.Jika mahukan lapisan berlapis yang cantik antara pulut dan lapisan hijau, letak pulut yang sudah dipadatkan atas pengukus dalam 5-7 minit, kemudian barulah kita tuang adunan utuk lapisan hijau.Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.Barulah potongan kuih nampak kemas dan cantik.Gunakan pisau plastik (pisau potong kek) untuk memotong kuih seri muka untuk dapatkan potongan kuih yang kemas.Sebaiknya buat kuih seri muka ini pada sebelah malam, supaya esok paginya kuih dah benar-benar sejuk dan mudah dipotong.Alhamdulillah, anak-anak dan bapak anak pun suka kuih seri muka ni, biasa depa hanya dapat rasa kuih ni time balik kampung, sebab Mak Muo memang very expert bab buat kuih ni.Kali ni saya dah rasa confident nak buat sendiri kat rumah.Anak-anak kata sedap macam kuih nenek la mama.heh

Kuih Seri Muka Pandan yang sangat sedap, lembut dan berlemak:) Very recomendded kepada anda yang mahu mencuba buat pertama kali

Selamat mencuba semua readers, kuih seri muka pandan ini sangat mudah untuk disediakan sebab bahan yang tidak banyak dan tidak ambil masa lama untuk menyiapkannya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/tips-dan-cara-buat-kuih-seri-muka-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

Resepi Mango Cheesecake Gebu Lembut Makan Sekali Pasti Nak Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 478 hits
Kek merupakan salah satu pemanis mulut yang digemari ramai Selain rasanya yang manis dan berlemak kek juga boleh diviarasikan dalam pelbagai jenis perisa seperti kek keju mangga strawberry coklat dan sebagainya Kami ingin berkongsi dengan a...
Cara Buat Kuih Tepung Pelita Buat Ikut Sukatan Cawan Confirm Jadi

Cara Buat Kuih Tepung Pelita Buat Ikut Sukatan Cawan Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 900 hits
Kuih tepung pelita kuih tradisi melayu yang memang sinonim dengan bulan Ramadan Kuih ini pastinya ditemui di bazar bazar Ramadan Tak sah rasanya kalau tak beli beberapa keping untuk juadah berbuka Rasanya yang lembut sedikit masin diatas da...
Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi

Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 609 hits
As salam Buat Sendiri Pau Sambal Kuih Burger Malaysia Yang Sedap Gebus Dan Pasti Menjadi AlHamdulillah Tatkala menaip post Pau Sambal ini semua rakyat Malaysia dah maklum akan pengumuman PM bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 Apr...
Cara Buat Kuih Seri Muka

Cara Buat Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 802 hits
Kuih seri muka Bahagian bawah 1 3 cawan pulut2 2 cawan santan3 Secubit garam then angkat penyek2 bg padatBahagian atas 1 1 cawan tepung gandum2 2 cawan santan3 1 1 2 cawan gula pasir4 Setgh cawan air pandan 5 1 sudu besar tepung jagung6 1 b...
Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Cara Buat Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 1138 hits
Kuih siput rangup dan paling sedap Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak Kalau kuih siput itu s...
Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 744 hits
Seri MukaResepi Kuih Seri MukaBahan lapisan bawah 500gm beras pulut300ml santan pekat300ml air2 tsp garam halusCara 1 Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam 2 Basuh bersih dan toskan Masukkan pulut bersama santan air dan sedikit garam ke dal...
Resepi Kek Coklat Kukus Moist Ikut Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 623 hits
Hujung minggu ni memang masanya untuk asah skill memasak dan baking Anak anak dah besar dan semuanya suka masakan air tangan ibu Jadi inilah waktu terbaik ibu nak mencuba resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan ni Bahannya cukup mu...
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 739 hits
Idea Kuih Raya Popular Lejen Dan Sedap Tahun 2020 Kita nak perah idea sikit bagi kat korang yang dah nak start order kuih raya tahun ni Agaknya kuih raya yang mana satu jadi idaman pada tahun 2020 ni Atau ada kuih baru yang namanya kuih waw...
Resepi Biskut Oreo Cheesecake 5 Bahan Sukatan Cawan

Resepi Biskut Oreo Cheesecake 5 Bahan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 3421 hits
Resepi Biskut Mudah Biskut Oreo CheesecakeSedapnya biskut oreo cheesecake terasa lemak cream cheese pada biskut Bahan bahan yang digunakan pula cuma lima sahaja Cara untuk menyediakan biskut ini juga mudah pukul guna mixer dan siap Biskut O...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord