Sejarah Melayu Kota Melaka Kota Terkaya Dan Masyhur Seantero Dunia



KERAJAAN Melaka telah terkenal dalam catatan sejarah terutamanya dalam aspek kemakmuran dan kemajuan perdagangan antarabangsa mereka. Kemajuan dan kemakmuran Melaka telah dinyatakan oleh Tome Pires yang menulis tentang kepelbagaian pedagang di Melaka yang datang dari pelbagai tempat dan kerajaan.

Sekurang-kurangnya 58 buah tempat dan kerajaan berbeza termasuklah Maldives, Parsi, Bima, Pegu, Champa, China, Armenia, Mesir dan Turki (Wahid, 199 ni0). Selain itu, jumlah pedagang yang ramai turut diperkukuhkan dengan fakta bahawa bahasa pertuturan di Melaka yang terlalu banyak sehinggakan sesama penduduk, hatta jiran-jiran sekalipun tidak memahami bahasa yang dituturkan sesama mereka (Chenoweth, 1998).


Gambaran 3D Pelabuhan Melaka
Kehadiran para saudagar asing dari kawasan serantau, China serta Semenanjung Arab telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa. Tome Pires juga mengatakan bahawa terdapat sekurang- kurangnya 61 bangsa dan suku bangsa di Melaka serta terdapat lapan puluh empat bahasa dituturkan oleh para pedagang, mengukuhkan bukti kemajuan Melaka dalam menarik pedagang asing (Hassan & Omar, 2003).

Meilink-Roelofsz juga telah menyatakan bahawa Melaka telah muncul sebagai antara pusat perdagangan utama di Asia;

“…flocked together every year in Malacca, which was then the center of inter-Asian trade. Like a rich and colorful pageant under the blazing tropical sun, this busy eastern market made an indelible impression on the first Europeans who visited Malacca.”

Manakala catatan Duarte Barbosa sekitar abad ke-16 pula menyatakan:

Bandaraya Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia

Kemakmuran perdagangan di Melaka telah diperkukuhkan lagi dengan catatan kehadiran 2000 buah kapal yang berdagang di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa (Hassan & Omar, 2003). Pembesar Melaka pula memberikan perkhidmatan dalam menyediakan gudang untuk disewakan bagi menyimpan barang dagangan. Mereka juga menyediakan tempat penginapan bagi pedagang yang menginap di Melaka untuk menguruskan perdagangan mereka. Selain itu, perkhidmatan kemahiran lain yang disediakan termasuklah seperti memperbaiki kapal, penjahitan, dan pembungkusan (Balwi, 2005).


Gambaran 3D Kota Melaka
Kemajuan Melaka juga boleh diukur menerusi penguasaan mereka dalam teknologi, terutamanya dalam aspek perkapalan dan senjata api. Pada zaman keagungan Melaka, banyak kapal Melayu yang berdagang hingga ke Canton, China (Halimi, 2015). Tome Pires juga menyatakan bahawa pedagang Cina sangat takut kepada pedagang Melayu dan Jawa kerana sebuah jong Melayu atau Jawa dengan senang dapat mengalahkan 20 jong Cina (Cortesao: 122-123) (Halimi, 2015).

Catatan sejarawan Portugis Gasper Correla 1496-1511 yang ikut sama menyertai armada Portugis untuk menawan Melaka pada awal abad ke-16 telah membuat perbandingan di antara kapal Melayu Melaka dengan kapal Portugis Flor De La Mar (Teh, 2012). Kapal Melayu Melaka tidak mampu ditandingi oleh kapal-kapal milik Portugis. Kapal Melayu memiliki empat lapisan dinding yang langsung tidak mampu ditembusi peluru-peluru Meriam Portugis (Teh, 2012).

Kerajaan Melaka juga telah membangunkan sistem perindustrian pembuatan kapal mereka sendiri. Dalam Hikayat Hang Tuah pada zaman kesultanan Melaka, dinyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah kapal atau perahu besar kelas ghali dibina di Melaka dan berpuluh-puluh perahu lain yang boleh belayar di laut lepas atau laut dalam (Musa et al., 2014).

Orang Melayu juga memiliki kemajuan dalam aspek kemahiran seperti pertukangan dan ukiran. Emanuel Godhino de Eredia pula menulis pada tahun 1613M tentang kemahiran pertukangan orang Melayu di Melaka dalam membuat rumah dan seni ukiran daripada besi dan tembaga (Ahmad & Saringat, 2015). Berlaku pembuatan meriam pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang kemudiannya diteruskan oleh kesultanan Melayu Johor (Jusoh, 2010).

KEKAYAAN MELAKA

Catatan oleh Albert S. Bickmore, yang menyentuh mengenai dua buah gunung yang dikenali sebagai ‘Mount Ophir’, satunya di Palembang, manakala satu lagi terletak 40 batu di utara Melaka, yang dikenali sebagai Gunung Ledang. Nama Mount Ophir ini diberi oleh Portugis yang pada pandangan mereka akhirnya mereka telah menjumpai dua gunung yang membekalkan emas dalam kuantiti yang banyak yang dibawa untuk membina rumah ibadat Nabi Sulaiman (1015-975 SM) di Baitulmaqdis melalui kapal-kapal baginda (Bickmore, 1866).

Ini adalah kepercayaan orang Eropah selama ratusan tahun sebelum mereka datang ke alam Melayu lagi (Bickmore, 1866). Terdapat pendapat mengatakan emas-emas tersebut dibawa dahulu ke India sebelum dibawa ke Baitulmaqdis memandangkan perdagangan mengeksport emas ke India sudah berlaku sekurang-kurangnya 500 tahun sebelum pembinaan rumah ibadat Nabi Sulaiman (Bickmore, 1866).

Kekayaan perak dan timah pula yang dimiliki oleh kerajaan Melaka diperkukuhkan menerusi keupayaan Melaka dalam pembuatan wang emas dan timah untuk urusan perdagangan. Mata wang dari perak dan timah yang dikeluarkan ataupun di buat di Melaka (Hassan & Omar, 2003).

Wang timah yang digunakan di zaman Kesultanan Melayu Melaka
Eksport kerajaan Melayu Melaka termasuklah bijih timah yang telah di cair dan dijadikan kepingan jongkong. Melaka juga mengumpulkan bijih timah dari kawasan tanah jajahannya seperti Kelang, Selangor, Bemam, Manjung, Beruas dan Kedah (Hassan & Omar, 2003). Kerajaan Melayu Melaka memperoleh timah daripada kawasan perlombongan di utara sehingga ke Kedah dan emas dari Pahang (Harrison, 1967).

Kekayaan emas oleh kerajaan Melaka juga di sumbang oleh hasil bumi beberapa wilayah taklukannya. Terdapat beberapa penaklukan yang menguntungkan Melaka dalam penguasaan emas, antaranya ialah Siak. Penguasaan Siak membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas bagi tujuan tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing.

Penaklukan Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport emas dan lada yang dikeluarkan dari pendalaman Minangkabau, Rokan, Tungkal dan Inderagiri (Hassan & Omar, 2003). Bayaran dalam bentuk matawang emas banyak disebut dalam Hukum Kanun dan Undang-undang Laut Melaka yang menunjukkan meluasnya penggunaan matawang emas pada zaman itu (Langkawi, 2015).

Sejarah Melayu juga bahawa pada penghujung kurun ke-15, orang Melaka yang kaya, rata-rata mempunyai kapal mereka sendiri (Hassan & Omar, 2003). Tome Pires mengatakan bahawa para pedagang pribumi menggunakan kapal bukan sahaja di sekitar semenanjung Tanah Melayu tetapi juga hingga ke Koromandel, Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, Ceylon, China, Kepulauan Nusantara, Maluku hingga ke Mekah. Kegiatan ekonomi perdagangan dan perkapalan yang besar dan kompleks ini menyebabkan wujudnya sistem, tertentu atau aturan menggunakan kapal seperti yang terdapat di Undang-Undang Laut Melaka (Hassan & Omar, 2003).

Duarte Barbossa pernah menulis laporan pada tahun 1518 yang menceritakan kemewahan pembesar-pembesar Melayu di Melaka. Mereka memiliki pelbagai pejabat perdagangan dengan para pembantu yang ramai di kota. Rumah-rumah kediaman yang besar dibina di luar kota, dilengkapi taman, kebun buah-buahan dan kolam air (Ahmad & Saringat, 2015).

Kekayaan perdagangan di Melaka telah menyebabkan kerajaan mewujudkan sistem percukaian. Mereka juga melaksanakan sistem cukai yang agak moden pada zaman itu yang dikenali sebagai pre-ferential tariff system yang meletakkan kadar dan bentuk cukai yang berbeza mengikut tempat asal pedagang tersebut (Wahid, 1990).

Dasar luar Melaka dilihat jelas dan teratur melalui sistem percukaian itu sendiri. Negara yang dianggap sahabat dan memiliki hubungan rapat dengan Melaka dikenakan cukai yang rendah. Manakala, Negara yang aktiviti perdagangannya menguntungkan Melaka tidak perlu dikenakan cukai yang tinggi (Wahid, 1990). Kutipan cukai kastam di Melaka menyumbang hampir 90% daripada pendapatan kerajaan Melayu Melaka (Subrahmanyam, 2012).

PENUTUP

Kemajuan Melaka dalam perdagangan, pelabuhan, maritim, teknologi, urus tadbir dan percukaian telah menujukan satu hakikat bahawa Melaka bukanlah sekadar sebuah kerajaan kecil. Ciri-ciri ini telah melayakkan Melaka sebagai sebuah kerajaan besar dan maju. Kemajuan ini di sumbang lagi dengan kekayaan hasil bumi Melaka dan kawasan-kawasan sekitarnya seperti emas, timah, perak dan lada yang menjadi sumber utama pencarian pedagang-pedagang antarabangsa di Melaka.

Fahmi Bahruddin
Pegawai Penyelidik, IRIS

Sumber : Ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2020/03/sejarah-melayu-kota-melaka-kota-terkaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
29 Orang Di Kota Depok Positif Corona 3 Meninggal Dunia

29 Orang Di Kota Depok Positif Corona 3 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 203 hits
Jumlah penderita Covid 19 di Depok bertambah delapan orang Dengan demikian hingga Sabtu Saat ini jumlah yang terkonfirmasi positif sebanyak 29 orang dari sebelumnya 21 orang
Sejarah Wabak Besar Yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun

Sejarah Wabak Besar Yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 317 hits
Entah sebuah kebetulan atau tidak dalam catatan sejarah setiap 100 tahun ada wabah atau pandemi luar biasa besar yang melanda dunia Sejarah Wabah Besar yang Melanda Dunia Setiap 100 Tahun Pandemi tersebut adalah Wabah Besar Marseille Wabah ...
Anies Telekonferensi Bareng 45 Pimpinan Kota Di Dunia Bahas Penanganan Covid 19

Anies Telekonferensi Bareng 45 Pimpinan Kota Di Dunia Bahas Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 158 hits
Langkah yang menarik perhatian Anies adalah upaya Korea Selatan dengan pemeriksaan menggunakan metode PCR
Sejarah Pasal Basuh Tangan Dalam Dunia Perubatan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir

Sejarah Pasal Basuh Tangan Dalam Dunia Perubatan Yang Mungkin Anda Tak Terfikir

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 371 hits
Jangan pandang remeh terhadap kepentingan basuh tangan untuk jaga kesihatan tubuh badan anda Peringatan di atas tu lebih mudah untuk difahami dalam suasana dunia dilanda wabak Covid 19 sekarang Tambah pulak Covid 19 ni satu penyakit baru un...
Senjata Biologi Pra Covid 19 Dalam Sejarah Perang Dunia

Senjata Biologi Pra Covid 19 Dalam Sejarah Perang Dunia

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 305 hits
Ejen biologi akibatkan kemudaratan pada populasi yang disasarSENJATA biologi bukan perkara yang baru Sejak ribuan tahun ejen biologi telah digunakan sebagai senjata keganasan untuk mengakibatkan kemudaratan kepada populasi yang disasarkan S...
Hanya 2 Hari Melihat Dunia Bayi Dijemput Sang Pencipta Sebelum Sempat Disusukan Ibu

Hanya 2 Hari Melihat Dunia Bayi Dijemput Sang Pencipta Sebelum Sempat Disusukan Ibu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 361 hits
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sud...
Kes Covid 19 Di Selangor Turun Tiga Meninggal Dunia

Kes Covid 19 Di Selangor Turun Tiga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 350 hits
SHAH ALAM 27 MAC Sebanyak 546 kes positif Covid 19 dilaporkan di Selangor menurun 35 berbanding semalam dengan tiga kematian kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari bagaimanapun meminta rakyat sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawa...
Covid 19 As No 1 Di Dunia Cabar Ego Trump Nato

Covid 19 As No 1 Di Dunia Cabar Ego Trump Nato

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 449 hits
Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID 19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82 404 kes keseluruhan BILANGAN kes positif jangkitan COVID 19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Kham...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut