Buat Kuih Kelepong A K A Onde Onde A K A Buah Melaka
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka. Mrs. A panggil kuih ni kuih kelepong kalau ikut bahasa daerah Negeri Sembilan kuih kolopong ha gitteww... tapi nama lain kuih ini adalah Onde-onde, Buah Melaka actually ia adalah sejenis kuih yang sama.
Musim PKP ni memang aktiviti paling win seorang Mrs. A adalah memasak kalau nak dikira hari-hari bekerja biasa jarang Mrs. A buat kuih. Itulah salah satu hikmah disebalik PKP kepada seorang Mrs.A eh! tiber.... Ntah hari apa hari tu, tak ingat time tu Aryssa raya puasa ganti buat kuih cornflakes, buat puding jagung dah dua kali, semalam pulak buat kuih paling senang di dunia iaitu kuih kelepong.
Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A
Bahan-Bahannya:-
Tepung pulut (yang 500 grams) - guna semua
Tepung beras - 4 sudu besar
Gula kabung/ melaka - potong dadu banyaknya tu agak-agaklah
Inci/ pewarna hijau - satu penutup
Kelapa parut.
Air dan sedikit garam.
Kalau nak wangi guna air daun pandan tapi tak guna sebab takde huhuhu...
Gula kabung, kelapa parut, tepung pulut, tepung beras Cara menyediakan:-
1. Gaulkan tepung pulut dan tepung beras bancuhkan dengan air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam tadi, gaul hingga menjadi doh, campurkan juga pewarna hijau sekali. Air tu kena letak sedikit demi sedikit semasa uli tu takut kalau curah sekali banyak! doh jadi lembik. Agak-agak doh tu sudah tidak melekat ditangan bentukkan bulat-bulat dan sumbatkan gula kabung yang dah dipotong dadu.
Nak buatkan besar mana ikut suka hati je...2. Sementara tu jangan lupa kena jerang air di dalam periuk biarkan mendidih.
3. Setelah air mendidih masukkan kuih kelepong yang telah siap dibulatkan tadi. Tunggu sehingga kuih tersebut terapung biarkan untuk beberapa ketika kalau cepat sangat angkat takut inti gula kat dalam tu tak cair lagi
4. Di dalam pinggan lain ataupun dulang lain letakkan kelapa parut dan gaulkan dengan sedikit garam halus
5. Kemudian angkat kuih kelepong yang telah terapung tu gunakan penapis letakkan kedalam piring/ dulang kelapa parut tu golek-golekkan dia sehingga disaluti kelapa parut tu
6. Ulang proses yang sama step 3, 4 dan 5 sehinggalah tepung yang telah siap diuli habis dimasak
Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka
Tadaaaa... dah siap untuk dimakan
Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah MelakaOkay itu sahaja nak share Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A. Mudah ajekan readers kalau nak cuba petang ni pun boleh buat mesti jadi punyalah ngeh! ngeh! ngeh
Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/04/buat-kuih-kelepong-aka-onde-onde-aka.html