Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura


Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura
IPOH, 8 DISEMBER 2025 – Batik Air memperluaskan rangkaian penerbangannya dengan melancarkan laluan baharu, Ipoh-Singapura, sekali gus menandakan kemunculan sulung ibu negeri Perak itu dalam rangkaian penerbangan syarikat tersebut yang makin berkembang.
Perkhidmatan sulung ini bukan sahaja membuka pintu baharu kepada para pelancong, malah meletakkan Ipoh sebagai destinasi warisan yang mudah diakses oleh pelancong dari Singapura dan menjadikan ia sebagai pasaran pelancongan terkuat Malaysia.
Singapura turut kekal sebagai sumber terbesar pelawat antarabangsa ke Malaysia dengan 14.0 juta ketibaan direkodkan dari Januari hingga Ogos 2025. Angka ini mencerminkan peningkatan ketara sebanyak 18.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.
Peningkatan permintaan ini menunjukkan minat yang semakin berkembang terhadap percutian jarak dekat yang berunsur budaya serta perjalanan hujung minggu, sekali gus menjadikan Ipoh sebagai pintu masuk baharu yang ideal.
Terkenal dengan Old Town yang menawan, landskap jalanan era penjajahan British, bukit batu kapur, gua-gua ikonik serta kepelbagaian kulinari yang diraikan di seluruh rantau ini, Ipoh telah muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan pelancong yang mencari pengalaman autentik.
Dengan pengenalan penerbangan terus dari Singapura, para pengunjung kini dapat menikmati akses yang lebih lancar dan pantas ke salah sebuah bandar  paling menarik di Malaysia, manakala pelancong dari Perak pula mendapat kemudahan hubungan selesa dan tanpa gangguan ke hab global Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, perkhidmatan Ipoh-Singapura merupakan penambahan yang bermakna kepada rangkaian penerbangan mereka, mencerminkan komitmen Batik Air dalam menghubungkan bandar-bandar dinamik di Malaysia dengan pasaran serantau yang berkembang pesat.
BACA: Batik Air Lancar Laluan Antarabangsa Pertama Dari Subang Singapura kekal sebagai sumber pelawat terbesar Malaysia, dan penyediaan laluan terus ke Ipoh membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, pertukaran perniagaan serta pertumbuhan ekonomi.
“Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh kami untuk memperkukuh hubungan nasional menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, selain menawarkan lebih banyak laluan terus yang mudah kepada para pelancong di seluruh negara.
“Melalui pelaburan dalam laluan seperti Ipoh-Singapura, Batik Air berhasrat menyokong pertumbuhan pelancongan jangka panjang, merancakkan pembangunan wilayah, serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang berhubung baik dan bersedia menghadapi masa hadapan di tengah-tengah Asia Tenggara,” tambah beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeru Perak, YB Loh Sza Yee berkata, kerajaan negeri Perak mengalu-alukan pelancaran sulung perkhidmatan Ipoh-Singapura oleh Batik Air, yang memperkukuh hubungan antrabangsa Ipoh serta mencerminkan keyakinan syarikat penerbangan tersebut terhadap potensi pelancongan Perak yang semakin berkembang.

Laluan baharu ini akan menyokong usaha negeri dalam menarik lebih ramai pelawat, merancakkan sektor pelancongan tempatan, serta mewujudkan peluang yang lebih luas dalam pembangunan perniagaan dan komuniti.
“Kami menantikan kerjasama berterusan dengan Batik Air dan menggalakkan lebih banyak laluan antarabangsa terus ke Ipoh. Peningkatan hubungan global akan membawa kemudahan tambahan kepada rakyat Perak, merancakkan aktiviti ekonomi, serta membuka peluang baharu bagi Perak sebagai destinasi antarabangsa yang sedang meningkat,” ujarnya lagi.
BACA: Vietjet Perkukuh Kapasiti Dengan Penambahan Rekod 22 Pesawat Dalam Tempoh Sebulan YBrs. Encik Samuel Lee, Timbalan Ketua Pengarah Promosi (II) Tourism Malaysia, menyambut baik inisiatif ini.
“Singapura terus menjadi salah satu pasaran jarak dekat yang paling kukuh dan bernilai bagi Malaysia. Pengenalan laluan terus ke Ipoh ini memberikan para pelancong Singapura akses mudah terhadap budaya Perak yang meriah, warisan yang kaya, serta keindahan semula jadi.
“Keterhubungan terus yang baharu ini memperkukuh daya tarikan pelancongan Malaysia dan menyokong matlamat kami untuk VM2026, di mana kami mensasarkan 47 juta pelawat antarabangsa serta menonjolkan pelancongan pelbagai dan bertaraf dunia di negara ini,” ujarnya.
Dengan membuka peluang ke destinasi baharu dan mengukuhkan hubungan di sepanjang koridor pelancongan utama, syarikat penerbangan ini terus menumpukan usaha untuk menyokong pertumbuhan Malaysia, meningkatkan mobiliti serantau, serta menggalakkan lebih ramai pelancong menjelajahi negara ini menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut dan perancangan perjalanan anda seterusnya, muat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau layari www.batikair.com
The post Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/batik-air-kini-tawar-penerbangan-terus-ipoh-ke-singapura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batik Air Kembangkan Rangkaian Dengan Laluan Baharu Perkukuh Subang Sebagai Hab Bandar

Batik Air Kembangkan Rangkaian Dengan Laluan Baharu Perkukuh Subang Sebagai Hab Bandar

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 211 hits
Batik Air Kembangkan Rangkaian Dengan Laluan Baharu Perkukuh Subang Sebagai Hab Bandar KUALA LUMPUR 12 DISEMBER 2025 Batik Air meraikan satu pencapaian penting bulan ini dengan pelancaran beberapa laluan baharu termasuk empat yang beroperas...
Platform Digital Kini Penentu Utama Sama Ada Kandungan Csam Dapat Dikekang Atau Terus Menular

Platform Digital Kini Penentu Utama Sama Ada Kandungan Csam Dapat Dikekang Atau Terus Menular

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 182 hits
Putrajaya Penyedia platform digital kini memegang peranan yang sangat penting dalam membendung penularan bahan penderaan seksual kanak kanak atau CSAM yang semakin kompleks dan tersembunyi Kandungan berbahaya ini tidak lagi diedarkan secara...
Mara Jalin Kerjasama Strategik Dengan Batik Air Bantu Pelajar Miskin Jadi Jurutera Kapal Terbang

Mara Jalin Kerjasama Strategik Dengan Batik Air Bantu Pelajar Miskin Jadi Jurutera Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 156 hits
MARA Jalin Kerjasama Strategik Dengan Batik Air Bantu Pelajar Miskin Jadi Jurutera Kapal Terbang Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rana Muthy hari ini mengunjungi MARA bagi membincangkan kerjasama strategik antara kedua dua p...
Iphone Se Generasi Pertama Kini Dikategorikan Produk Usang

Iphone Se Generasi Pertama Kini Dikategorikan Produk Usang

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 128 hits
Apple kini menambah iPhone SE generasi pertama ke dalam senarai produk usang bermakna peranti ini tidak lagi layak untuk sebarang pembaikan penggantian bateri atau perkhidmatan lain di Apple Store dan Pembekal Khidmat Sah Apple di selu
Honor Experience Store Kini Di Ioi City Mall Dengan Tawaran Istimewa

Honor Experience Store Kini Di Ioi City Mall Dengan Tawaran Istimewa

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 166 hits
Telefon pintar HONOR Magic8 Pro mendapat sambutan yang sangat baik dari rakyat Malaysia Sepanjang tempoh pra tempahan permintaan sangat tinggi sehingga stok habis sepenuhnya sebelum jualan pertama rasmi Jualan Pertama Rasmi HONOR Magic8 Pro...
Circle To Search Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej Scam

Circle To Search Google Lens Kini Boleh Kenal Pasti Mesej Scam

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 138 hits
Google kini menambah ciri baharu pada Circle to search dan Google Lens yang membolehkan pengguna mengenal pasti mesej scam atau penipuan Melalui Circle to Search pengguna hanya perlu tekan lama butang home atau bar navigasi pada peranti And...
Penganiayaan Oleh Penyeludup Orang Rohingya Kini Merebak Ke Malaysia

Penganiayaan Oleh Penyeludup Orang Rohingya Kini Merebak Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 171 hits
Beratus ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah rumah di utara Malaysia membelasah mereka menafikan mereka makanan dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka menurut laporan terperinci mangsa La...
Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 196 hits
Kalau dulu komputer hanya ada dua pemprosesan unit utama sahaja iaitu CPU dan GPU CPU ialah otak komputer yang bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan melakukan pengiraan dan mengurus aliran data antara perkakasan dan peri
Saga Serba Baharu Kini Tiba Harga Bermula Rm38 990

Saga Serba Baharu Kini Tiba Harga Bermula Rm38 990

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 203 hits
SAGA Serba Baharu Kini Tiba Harga Bermula RM38 990 Kuala Lumpur 27 November 2025 PROTON pengeluar kereta nasional Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Saga Serba Baharu menandakan evolusi paling signifikan bagi nama model automotif pa...
Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerja Sama Sama Tapi Kerja Rumah Isteri Sahaja Yang Buat

Orang Yang Enggan Berubah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan