10 Resepi Kek Gula Hangus Kek Sarang Semut


Assalamualaikum wbt,
10 Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut | Kek sarang semua atau kek gula hangus ini ramai yang kata tidak mudah untuk membuatnya. Namun, bila dilihat pada resepi diatas kertas, nampak mudah sahaja dan semua orang boleh buat. Mommy sebenarnya sudah lama teringin nak makan dan buat kek gula hangus ini.
Resepi kali ini, mommy kongsikan 10 resepi kek gula hangus yang nampak menarik dan cantik sekali kejadiannya. Sudah pasti, rasanya juga enak dan lembut bila dimakan. Jom kita lihat resepi kek gula hangus atau kek sarang semut ini.       


10 Himpunan Resepi Kek Sarang Semut | Kek Gula Hangus10 Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut                                                                                                                                                      


1. Resepi Kek Gula Hangus Kukus
Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut KukusKEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT by empayar annur


Bahan-Bahan:
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
3 sd mkn marjerin
4 bj telur ayam gred B
¾ cwn susu pekat (½ cwn untuk kurang manis)
2 sd kfc soda bikarbonat
1 sd kfc baking powder
1 penutup botol esen vanilaCara-cara:
Step 1Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.Bila nampak keperangan, tuangkan air panas td sikit demi sikit. Sampai habis. Perlahankan api sampai gula hangus dan air sebati
Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Biarkan seketika

Step 2Masukkan 4 bj telur ke dlm mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat dan esen vanila

Step 3Tepung + soda bikarbonat + baking powder (diayak)

Step (3 + 2 + 1) = Kacau sebati.Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin
Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan
Kukus 1 jam @ sehingga masak

Resepi asal : Empayar Annur
2. Resepi Kek Gula Hangus KukusResepi Kek Gula Hangus Cik MataharikuBahan-Bahan:1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gram butter ( 1/2 cawan butter )
4 biji telur gred A ( saya guna 5 biji telur gred C )
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Cara Menyediakan Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut ) Yang Kenyal Dan SedapMasak gula halus dan biarkan ia larut.Kemudian masukkan satu cawan air panas dalam larutan gula tadi.Kacau perlahan.Selepas gula larut, masukkan butter dan cairkan bersama larutan gula tadi.Biarkan api kecil dan perlahan sahaja.Sediakan telur dan kacau perlahan dengan whisk sahaja.Masukkan pula susu pekat.Kacau perlahan sahaja.Kemudian, dalam bekas lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat.Masukkan telur yang sudah dipukul perlahan tadi ke dalam bekas tepung, kacau perlahan dengan sudip kayu atau whisk.Masukkan juga esen vanila.Akhir sekali masukkan larutan gula hangus tadi.Tuang adunan kek gula hangus ke dalam loyang.Jangan lupa alas dengan baking paper dan sapu marjerin pada loyang supaya kek tidak melekat selepas diangkat nanti.Sediakan kukusan dalam 15 minit awal, apabila air kukusan sudah mendidih, masukkan loyang yang mengandungi adunan kek gula hangus.Pastikan penutup pengukus di tutup atau covered dengan kain bersih.Tujuannya supaya air wap kukusan tidak jatuh atas permukaan kek.Kukus dalam tempoh satu jam atau sehingga kek benar-benar masak.Resepi Asal : Cik Matahariku
3. Resepi Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut

Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut - Saji.myBahan-Bahan:

Bahan untuk gula hangus,2 cawan gula pasir2 cawan air panas (betul2 panas)3 sudu penuh butter ( mentega pun boleh)
Bahan Untuk Dicampurkan7 bijik telur gred A2 cawan tepung gandum (ayak)2 sdt soda bikarbonat ( ayak)1 sdt baking powder (ayak)1/2 cawan susu pekat manis2 sdt esen vanilla
Cara Membuat Kek Gula Hangus
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan.2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air panas (hati-hati bila meletakkan air panas, sebab dia akan meletup-letup).3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik.4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati.5. Masukkan esen vanilla dan kacau.6. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.7. Masukkan soda bikarbonat.8. Masukkan baking powder.9. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh).10. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer).11. Gris loyang dan lapik baking paper, tapis adunan ke dalam loyang, bakar api bawah sahaja selama 1 jam suhu 180′.12. Kemudian bakar lagi 5-10 minit api atas sahaja suhu 180′.
Boleh juga dikukus atau menggunakan rice cooker selama 1 jam atau hingga masak.



Resepi Asal : Saji.my

4. Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut


Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut - Iluminasi.comBahan-Bahan:

Bahan A
2 cawan gula - dihanguskan
2 cawan air mendidih
4 sudu makan mentega
*Apabila gula sudah hancur dan perang, masukkan air mendidih, masukkan mentega. Kemudian tutup api dan sejukkan.

Bahan B
6 biji telur
1 sudu makan esen vanilla
1/2 cawan susu pekat

Bahan C (Ayakkan)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan soda bikarbonat

Cara-Cara:

Pukul manja bahan B. Masukkan bahan C dan kacau sebati.Akhir sekali, masukkan bahan A. Gaul sebati dan tapiskan masuk dalam loyang.Perap 4 jam selepas itu bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama sejam atau hingga masak.5. Resepi Kek Gula Hangus Kukus Versi Mini
Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut Mini KukusBahan-Bahan:

Bahan A
2 cawan gula - dihanguskan
2 cawan air mendidih
*Apabila gula sudah hancur dan perang, masukkan air mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan.

Bahan B (Mix/Blender)
4 biji telur
1 cawan minyak masak
5 sudu makan susu pekat
1 sudu makan esen vanilla

Bahan C (Ayakkan)
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-Cara:

Kisar bahan B selama 5 minit. Tuang bahan A dan kisar lagi 5 minit.Masukkan dalam bekas dan satukan dengan bahan C. Kacau sebati dan jika berketul, tapiskan adunan.Kukus selama sejam jika menggunakan loyang dan 20 minit jika menggunakan bekas kecil.*Hasil kek sarang semut versi kukus ini lebih lembut dan gebu tetapi kurang bersarang.
Resepi Asal : Iluminasi.com

6. Resepi Kek Sarang Semut | Kek Gula Hangus Guna Magic Pan 
Resepi Kek Gula Hangus - Cikgu AniBahan-Bahan:

Bahan A1 cawan gula pasir1 cawan air panas1 sudu makan planta
Cara-Cara:Masukkan gula ke dalam periuk.Masak gula hingga cair dan berwarna perang.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit.Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.

Bahan B
1 cawan tepung gandum*
2 sudu teh soda bikarbonat*
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan.Pukul telur hingga kembang. Sehingga bertukar warna.Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat, esen vanilla dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah je)Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah je)Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin/planta.Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.Kali ini saya gunakan magic pan vantage. Jadi tak perlulah digriskan. Lepas masukkan adunan, saya bakar di atas dapur gas menggunakan api yang paling perlahan. Biarkan tudung pan terbuka.Selepas 15 minit, adunan akan mendidih. Biarkan aduna habis mendidih, baru tutup tudung pan. Biarkan selama lebih kurang 5 minit atau hingga atasnya kering. Boleh juga kalau mahu terbalikkan pan ni untuk bakar di atasnya sebentar. Dah siapResepi Asal : Cikgu Ani
7. Resepi Kek Sarang Semut | Kek Gula Hangus 
Resepi Kek Gula Hangus - Jen TanBahan-Bahan:4biji telur(Gred A)
1 cawan tepung gandum2 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil baking powder1 cawan gula pasir1 cawan air panas2 sudu besar butter1/4 cawan susu pekat manis(kalau tidak mau terlalu manis boleh buat 1 cawan saja)
Cara-cara:1.Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas perlahan-lahan.
2.masukkan butter dan sejukkan sebentar.3.Satukan tepung gandum,soda bikarbonat, baking powder,kemudian ayak ketiga bahan.4.Pukul telur sampai kembang5.Masukkan susu ke dalam telur,pukul sekali lagi sehingga sebati dan adunan nampak pekat.6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.7.Kemudian Tuang gula hangus ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga rata.8.Tuangkan adunan ke dalam loyang.9.kukus selama 1jam,untuk pastikan adunan masak atau tidak.cucuk adunan pakai lidi atau chopsticks,apabila adunan tidak melekat..kek sarang semut boleh dihidangkan.


Resepi Asal : Jen Tan
8. Resepi Kek Sarang Semut | Kek Gula HangusResepi Kek Gula Hangus - Ummi ZueBahan-Bahan:
3 Biji telur1 sudu kecil Esen Vanilla
Setengah cawan susu pekat manis125 gram Mentega (cairkan)1 cawan gula1 cawan Air Panas1 cawan Tepung Gandum1 sudu kecil Soda Bikarbonat


Cara-Cara:1. CARAMELGula secawan - hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit..dah jadi caramel tuang air panas secawan.. Kacau sebati..biarkn ia suam(ketepikn)2. Cairkan mentega 125gram,ketepikan.3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.Ketepikan.4. Ambil besen yang kering dan bersih..Pecahkan 3 biji telur.. Kacau-kacau sahaja guna whisk..Kemudian masukkan esen vanila.. Masukkan setengah cawan susu pekat.. Kacau lagi bagi sebati.5.Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan.. Whisk kan.6.Kemudian masukkan tepung gandum dan Soda Bikarbonat. Kemudian masukkan gula hangus tadi. Kacau sampai tak ada ketulan tepung. Bakar api bawah dahulu 25minit suhu 140 darjah celcius. Kemudian tukar api atas bawah 25 minit suhu 170 darjah celcius.
Resepi Asal : Ummi Zue9. Resepi Kek Gula Hangus Tanpa PeramResepi Kek Gula Hangus Tanpa PeramBahan dan caraUntuk 1 adunan saiz loyang 8 inc2 cawan gula- jadikan karamel. Pastu tambah 2 cawan air panas + 120g butter (atau 3 sudu besar marjerin). Biar butter larut. Tutup api dan ketepikan biar sejuk.Blend / mix:8 biji telur A
1/2 cawan krimer manis
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (rata je )
Air gula hangusCara-Cara:
Blend semua sampai sebati.Kalau guna blender, biasanya ada ketul2, so boleh tapis dulu. Masuk loyang 8 inci (petak) atau 9 inci (bulat).Nak bakar guna cara dan suhu oven masing-masing.Saya guna Oven The Baker 100L, mula-mula panaskan dulu 10 minit suhu 160 darjah celcius atas bawah dan bakar selama 1 jam 20 minit. Gunakan rak paling bawah sekali.* Adunan x perlu peramResepi Asal : Hidayah Jamaludin
10. Resepi Kek Gula Hangus | Kek Sarang Semut Guna Air FryerResepi Kek Gula Hangus Guna Air FryerBahan-Bahan:
1 1/4 cawan gula perang halus1 cawan air panas125 gram butter ( 1/2 cawan besar butter ) jenis snow cows4 biji telur gred A ( saya guna 5 biji telur gred C )1/4 cawan susu pekat manis1 cawan tepung gandum2 sudu kecil soda bikarbonat1/2 sudu kecil baking powder1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara:
Masak gula halus dan biarkan ia larut.Kemudian masukkan satu cawan air panas dalam larutan gula tadi (perlahan lahan) mesti air panas ye. Kacau perlahan.Selepas gula larut, masukkan butter dan cairkan bersama larutan gula tadi.Biarkan api kecil dan perlahan sahaja.Matikan api. Biar kan sekejap sediakan bahan di bawah dulu.Sediakan telur dan kacau perlahan dengan whisk sahaja. Masukkan pula susu pekat. Kacau perlahan sahaja.Kemudian, dalam bekas lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat.Masukkan telur yang sudah dipukul perlahan tadi ke dalam bekas tepung, kacau perlahan dengan sudip kayu atau whisk. Masukkan juga esen vanila.Akhir sekali masukkan larutan gula hangus tadi. Tuang adunan kek gula hangus ke dalam loyang.Preheat 10 min 180° darjah celcius. Bakar 20min 170° darjah celcius dan bakar 10min pada 150° darjah celcius.Resepi Asal : Suraya Hani




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2020/04/10-resepi-kek-gula-hangus-kek-sarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Melayu Keria Keledek Ungu Gula Melaka

Resepi Kuih Melayu Keria Keledek Ungu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 634 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera apa khabar semua hari ni moga semuanya sihat sihat belaka ye kalau la ada readers yg kurang sihat bertabahlah ye jgn putus harap utk kembali sihat makan ubat jaga pemakanan ramai ke yg berpuasa sunat hari...
10 Resepi Kek Tanpa Telur Pasti Jadi

10 Resepi Kek Tanpa Telur Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 764 hits
Resepi Kek Tanpa TelurSedapnya kek Tapi bagi sesetengah individu kek bukan pilihan mereka ketika menyambut harijadi ataupun untuk dimakan bila bila masa Salah satu alasan mereka adalah alah dengan telur Jadi tak perlu risau lagi dengan kek ...
Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar

Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 523 hits
Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar Salam semua suatu ketika dulu resepi kek karamel pelangi gabungan lapisan karamel dan lapisan kek macam span ini memang popular Kalau tak silap sis sekitar tahun 2011 rata rata ...
Resepi Kek Lapis Bcl

Resepi Kek Lapis Bcl

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 1535 hits
KEK LAPIS BCL Bahan A 500g Butter 50g Gula Halus1SB Ovalet1SK Esen Vanila400g Cream Cheese150g Whipping Cream Bahan B 10 biji telur Gred AA Bahan C 400g Susu Pekat1 botol Yogurt Strawberi80g Pewarna Putih Bahan D 300g Tepung Pau Superfine15...
Resepi Kek Russia Coklat Black And White

Resepi Kek Russia Coklat Black And White

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 470 hits
Kek Russia Coklat Black And White Asalamualaikum gojes2 semua ok arini cikgu nak aja kek bertaraf 5 bintang cewah hehe lepas ni nak makan kek yg gojes xyah g jauh2 pegi dapur bukak peti ais dah dapat makan kek rusia ha kelas gitew belajar c...
Resepi Kek Coklat Kukus Moist Ikut Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 577 hits
Hujung minggu ni memang masanya untuk asah skill memasak dan baking Anak anak dah besar dan semuanya suka masakan air tangan ibu Jadi inilah waktu terbaik ibu nak mencuba resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan ni Bahannya cukup mu...
Resepi Kek Marble Koko

Resepi Kek Marble Koko

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 468 hits
Resepi Kek Marble Koko Assalamualaikum lapar tak jom buat kek haha rasa nak makan kek pula mau beli diluar masih lagi kawalan pergerakan apa kata buat sendiri kurang gula banyak dan puas hati yang penting sedap bebenor tauu hahaKalau korang...
Resepi Kek Batik Meleleh Leleh Walau Tak Cantik Tapi Sedap

Resepi Kek Batik Meleleh Leleh Walau Tak Cantik Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 736 hits
Resepi Kek Batik Meleleh Saya ni nak kata pandai masak tu tak lah tapi boleh lah masak kalau lauk pauk kampung ni cuma kalau suruh saya baking memang luar dari kepandaian saya Hati memang teringin nak buat macam macam bila buat The post app...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan