Koleksi Resepi Kuih Lepat Kuih Tradisi Orang Melayu


Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu | Fadzi sebenarnya teringin sangat nak belajar cara-cara buat kuih muih tradisi orang kita. Kesemua kuih-muih yang orang zaman-zaman dulu buat sedap-sedap belaka.

Bila semakin lama semakin dilupakan, Fadzi rasa sayang pulak. Jadi Fadzi nak buat koleksi resepi-resepi kuih muih Melayu sebanyak yang mungkin. Simpan dalam blog ini dan satu hari nanti nak belajar buat.
Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang MelayuKali ini Fadzi nak senaraikan resepi pelbagai jenis kuih lepat. Kalau masih yang tak tahu, kuih lepat adalah kuih yang dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang. Kuih ini kemudiannya akan dikukus untuk dimasak.

Kuih lepat juga dikenali sebagai kuih belebat. Terdapat pelbagai jenis kuih lepat atau belebat yang ada. Ianya bergantung kepada ramuan yang digunakan. Antara jenis kuih lepat yang popular adalah:-
1. Lepat Pisang2. Lepat Ubi 3. Lepat Labu 4. Lepat Sagu 5. Lepat Cendol 6. Lepat Jagung 7. Lepat Liat 8. Lepat Nagasari 9. Lepat Tepung Beras 10. Lepat Pulut


1. Resepi Lepat Pisang

Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah - menaikkan warna
1 sudu kecil garam

Cara cara:
1. Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
3. Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
4. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 
5. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 
6. Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kembali ke atas






2. Resepi Lepat Ubi

Bahan-Bahan
4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
1/4 cwn santan pekat
1 1/2 cwn gula pasir
2 sudu besar tpng ubi
1 cwn gula merah*
1/2 cwn air*
2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
secubit garam
Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Cara cara:
1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.

Kembali ke atas





3. Resepi Lepat Labu
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung jagung1/4 cawan gula [tambah 3 sudu makan lagi]1/2 sudu teh garam halusBahan B :1/2 biji labu kuning [1kg berat]Bahan C :1/2 biji kelapa parut & garam halusDaun pisang secukupnya [dilayur]
Cara cara:
1. Bahan A, satukan semua bahan dalam bekas gaul sekata, ketepikan.  2. Bahan B, rebus labu hingga empuk, toskan air dan lenyek halus.3. Bahan C, kelapa digaul bersama dengan garam halus.4. Daun pisang dilayur dahulu, kemudian digunting ikut saiz yang disukai.5. Penyediaan adunan : Campurkan bahan A dengan bahan B, gaul rata dan sebatikan jangan ada yang berketul-ketul.6. Letakkan sesudu lebih adunan labu di atas daun pisang7. Letakkan inti kelapa parut8. Ambil sesudu tutup inti kelapa9. Lipat daun pisang balut kemas, buat sampai habis susun dalam kukus10. Didih air, mula mengukus hingga masak lebih kurang 15 minit atau hingga masak
Kembali ke atas



4. Resepi Lepat Sagu
Bahan bahan:
3 cawan pisang yg telah dilecek6 -7sudu besar gula- nak buat 8 pun o.k..ikut tahap kemanisan pisang1 1/2 cawan tepung beras1- 1 1/2 cawan santan3/4 cawan sagu- basuh sagu dan toskangaram dan kelapa putih digaul bersama sebagai intidaun pisang tuk balut kuih
Cara cara:
1. mula2 masukkan pisang yg dilecek kedalam manggok...masukkan juga sagu dan tepung..kacau2 rata...masukkan sedikit santan...kacau2 dulu..tengok macam mana..kalau tak cukup tambah lagi hingga dapat doh...doh tak lembik sgt dan tak keras sgt...pandai2 la agak ye...tak boleh nak bagi sukatan tepat sebab ikut jenis pisang yg digunakan. kacau2 rata doh dan biarkan kejap.2. layur daun pisang...dan panaskan kukusan.3. ambik sehelai daun dan isikan adunan tepung pisang dan letak inti ditengah2nya....lipat kemas...susun dalam loyang pengukus. buat sampai habis.4. bila air dah didih..kukus lepat dalam 40 minit. dah masak boleh la dimakan panas2
Kembali ke atas



5. Resepi Lepat Cendol
Bahan bahan:
I cawan santan pekat5 1/2 cawan santan cair1 cawan gula1 cawan tepung jagung2 sudu besar tepung haw keeSikit garam
Cara cara:
1. Semua bahan ni gaul rata dan kacau tanpa henti atas api yg sederhana hingga likat berkilat .2. Masukkn cendol yg telah dicuci dan toskn tu..gaul rata.3. Bungkus bahan ni dlm daun pisang mcm bungkus lepat ...masukkn ke dlm peti sejuk.
Kembali ke atas

6. Resepi Lepat Jagung
Bahan bahan:
4 tongkol jagung – disagat1 tongkol jagung – dihiris1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan gula2 cawan santan pekat
Bahan membungkus:Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang

Cara cara:1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.5. Sedia untuk dinikmati.
Kembali ke atas




7. Resepi Lepat Liat
Bahan bahan:
Bahan A:1 cawan tepung pulut½ cawan santan segar½ cawan gula merah¼ cawan gula pasir¼ sudu kecil garam
Bahan B:Daun pisang Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam
Cara cara:
1. Satukan bahan A kecuali tepung beras pulut di dalam kuali dan masak atas api sehingga gula larut. Tak perlu hingga mendidih.2. Angkat dan tapis air gula yang dimasak tadi. Sejukkan.3. Kemudian tuang air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.4. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. Ambil 1 sudu besar adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.5. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. 6. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus selama 40 minit hingga masak. 7. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. 
Kembali ke atas




8. Resepi Lepat Nagasari
Bahan bahan:
1 cawan tepung beras.5 cawan santan.3 sudu besar penuh tepung jagung.4 sudu besar gula.1/2 sudu teh garam.Pisang satu sisir (secukupnya satu biji belah 4).Daun pisang secukupnya.
Cara cara:
1-Satukan tepung beras,santan,gula,garan dan tepung jagung,kacau rata dengan whisk hingga sebati. 2-Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk.3-Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental.4-Kemudian matikan api.Biar sehingga sejuk suam atau sejuk.5-Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung,ratakan.6-Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas itu letak 1/2 sudu besar lagi tepung diatas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis kesemuanya. 7-langkah terakhir adalah kukus atas air yang telah dimendidih.
Kembali ke atas



9. Resepi Lepat Tepung Beras/Kuih Tepung Bungkus
Bahan bahan:
1/2 biji kelapa muda parut1 ketul gula melaka1 s/b gula1 s/b tepung gandum4 s/b air1 helai daun pandan
Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa) 1 cawan tepung pulut1/2 cawan air (atau secukupnya)
Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)1 cawan tepung beras2 cawan santansikit garamDaun pisang
Cara cara:(Untuk Inti)

1. Satukan semua bahan A kecuali tepung gandum sehingga agak kering.2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan 3. Jadikan inti bebola kecil.LiNa Pg buat saiz guli.Ketepikan dahulu 
Cara-Cara (Bahan B)Onde-Onde Salut Inti Kelapa1. Uli tepung pulut bersama air.Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan (seperti membuat kuih Buah Melaka/Onde2) 2. Ambil sedikit doh agak2 la boleh masukkan inti kelapa. kaedahnya sama seperti kuih buah melaka
Cara-Cara (Bahan C)1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat 2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran selebar tapak tangan.Lap dan bersihkan.3. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti 4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit 5. Sejukkan dan hidangkan.
Kembali ke atas




10. Resepi Lepat Pulut
Bahan bahan:
2cawan beras pulut-redam semalaman1 cawan santan pekat2 sudu besar kacang mata hitam/kacang ketupat -rendamsikit garam & guladaun pisang & tali/benang
Cara cara:
1. Kukus pulut yang dah direndam..dalam pengukus yang sama tinggalkan sikit ruang untuk longgokkan kacang yang dah direndam tadi & kukus sekali...tapi jangan gaul kacang tu dengan pulut masa kukus sbb nanti warna kulit kacang tu akan lekat pada pulut menyebabkan pulut dh x berapa putih  & pulut tu berbau kacang & tidak sedap...2. Campur santan dengan garam & sikit gula...tujuan letak sikit gula supaya nampak berkilat3. Bila agak masak..nampak jernih & masak...angkat & gaul campuran santan tu dengan pulut...Jangan campur kacang lagi...gaul pulut je ngan santan tu..4. Bila dh sebati baru masukkan kacang yang dh kukus tadi..gaul rata.5. Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan..6. Bubuh 1 sudu besar pulut berkacang tadi & bungkus macam bungkus lepat pisang..buat sampai habis...hasilnya dalam 20 biji7. Ambil 2 biji ketupat/lepat yang dah siap dibungkus & ikat berkembar..gunakan tali rafia..jika guna benang jahit pintalkan 2 lembar benang supaya menjadi tali yang agak besar.Ikat kemas-kemas...buat sampai habis semuanya.8. Masuk dalam rice cooker & isi dengan air hingga tenggelam..Rebus hingga airnya hampir kering. Anggaran 45 minit hingga 1 jam..9.Toskan dalam tapis & biar sejuk supaya isinya pejal,padat & kenyal..10. Sebelum hidang...guntingkan tali @ benang tadi...
Kembali ke atas



Ini antara 10 resepi pelbagai jenis lepat yang korang boleh cuba buat. Fadzi pun nak buat juga. Teringin nak makan satu. Nak jaga tradisi kuih muih Melayu satu. Kalau kita tak belajar buat, siapa lagi yang nak buat betul tak?
Agak-agak ada lagi tak kuih lepat yang tak ada dalam senarai di atas? Kalau korang ada tau variasi kuih lepat yang tak ada dalam menu, tolong komen dekat bawah ya. Boleh Fadzi masukkan dalam senarai ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/04/koleksi-resepi-kuih-lepat-kuih-tradisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Melayu Keria Keledek Ungu Gula Melaka

Resepi Kuih Melayu Keria Keledek Ungu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 702 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera apa khabar semua hari ni moga semuanya sihat sihat belaka ye kalau la ada readers yg kurang sihat bertabahlah ye jgn putus harap utk kembali sihat makan ubat jaga pemakanan ramai ke yg berpuasa sunat hari...
Resepi Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 798 hits
Cara berlaukResepi Kuih Cara BerlaukBahan untuk inti 200gm daging kisar2 sudu besar rempah kari daging bancuh dengan sedikit air2 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu besar udang keringSedikit daun bawang sup di racikLada merah potong...
Resepi Kuih Sagu

Resepi Kuih Sagu

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 783 hits
Kuih saguResepi Kuih SaguBahan bahan Sagu Putih 1 cawanGula 1 2 cawanAir 2 cawanDaun Pandan 2 helaiPewarna RosCara cara 1 Didihkan air yg telah di letak pewarna dan daun pandan2 Basuh sagu dan toskan3 Bila air dah mendidih masukkan sagu Kac...
Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 745 hits
Seri MukaResepi Kuih Seri MukaBahan lapisan bawah 500gm beras pulut300ml santan pekat300ml air2 tsp garam halusCara 1 Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam 2 Basuh bersih dan toskan Masukkan pulut bersama santan air dan sedikit garam ke dal...
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1504 hits
12 Resepi Kuih Talam Kukus Yang Popular Dan Sedap Kuih talam adalah antara kuih yang paling mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran buat mereka yang lanjut usia sebab ianya lembut sedap berlemak tapi ada juga yang menukar dengan menggunak...
Resepi Dadar Berlauk Tradisi

Resepi Dadar Berlauk Tradisi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 441 hits
RESEPI DADAR BERLAUK TRADISI Kalau Google memang banyak je resepi Dadar Berlauk ni Tapi yang aku share ni spesis simple dan sedap Apatah lagi Dadar Berlauk versi yang akan aku kongsi ni adalah kegemaran arwah Maktok Badariah Dadar Berlauk n...
Resepi Kuih Kasidah Bersama Bawang Goreng

Resepi Kuih Kasidah Bersama Bawang Goreng

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan musim PKP ni memang kena cari kerja untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumahkan Scroll di wall fb ternampak pulak kuih kasidah ni Alahai lamanya tak makan Cari cari resepi kuih kasidah n...
Resepi Kuih Kasturi Atau Coq Kacang

Resepi Kuih Kasturi Atau Coq Kacang

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 794 hits
RESEPI KUIH KASTURI ATAU RESEPI COQ KACANG HIJAUSetelah lama tak update blog hari ni baru lah terasa nak tulis dekat blog bayar domain tapi tak tulis apa apa rugi sangat lah kan haha Banyak masa ada bila masa tempoh kawalan pergerakkan ni j...
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1428 hits
20 Koleksi Resepi Ayam Mudah Tapi Sedap Hari hari makan ayam boleh pening Pening sebab nak fikirkan resepi Asyik asyik ayam goreng ayam sup ayam kari Ayam kicap Bosan juga kan Tapi sebenarnya kan banyak resepi yang boleh kita pelbagaikan de...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities