Resepi Kuih Ketayap Klasik


Kuih ketayap ataupun kuih dadar gulung adalah antara kuih klasik Malaysia yang cukup digemari ramai. Seperti kebanyakan kuih tradisional Malaysia, perisa kuih ini adalah ringkas dan tak terlalu rumit. Namun begitu, keseimbangan rasa manis inti dan lemak lempeng membuatkan sesiapa saja boleh termimpi-mimpikan kuih ini.
Malang sekali, sepertimana di bandar-bandar besar yang lain, kuih-muih klasik seperti kuih ketayap semakin sukar untuk didapati. Kami tak mengatakan nak jumpa kuih ketayap adalah mustahil tapi sangat jarang sekali anda berpeluang untuk jumpa kuih ketayap yang betul-betul sedap.
Anda setuju tak dengan kami?


Kriteria Kuih Ketayap yang Enak Bagai yang kurang bersetuju, pasti persoalan yang timbul di minda ialah, ‘apakah kriteria-kriteria kuih ketayap yang perlu dilihat untuk tahu sama ada kuih itu sedap atau tak?
Jawapannya, tiga. Ya, ada tiga perkara yang ada perlu lihat sebelum tentukan sama ada kuih ketayap yang anda beli itu sedap atau tak. Tiga kriteria tersebut adalah seperti berikut:
a) Ketebalan lempeng
Apabila membuat kuih ketayap, komponen pertama yang penting ialah lempeng. Lempeng kuih ketayap yang sedap mestilah nipis dan cukup rasa lemaknya. Jika terlalu tebal dan tawar, kuih ketayap yang terhasil tak mempunyai tekstur yang menyeronokkan untuk anda gigit dan kunyah. Memang tak menyelerakan kalau begitu.
b) Nisbah Kelapa parut dan gula
Satu lagi komponen yang penting ialah inti kelapa yang digaul oleh gula melaka. Pandangan umum ialah inti kelapa mestilah manis. Memang betul, tapi sukatannya mestilah seimbang agar anda takkan mendapat inti kelapa yang terlalu manis atau terlalu tawar. Di samping itu, nisbah kelapa parut dan gula melaka mesti seimbang agar inti kelapa tidak menjadi terlalu basah dan membuatkan lempeng yang membalut menjadi kembang dan tidak menyelerakan untuk makan.
c) Kuantiti inti
Komponen ketiga dan terakhir yang perlu dinilai ialah kuantiti inti yang diletakkan. Oleh sebab kita terlalu fokus untuk pastikan kuih ketayap yang disediakan dapat digulung dengan kemas, kita seringkali meletakkan inti yang terlalu sikit. Walaupun lempeng yang anda sediakan dah cukup sedap, tapi kuih yang dihasilkan tak dipanggillah kuih ketayap kalau apa yang kita dapat rasa hanyalah kegebuan lempeng saja.
Bahan-Bahan:
Siapa sangka bahan-bahan ringkas ini hasilkan pencuci mulut yang enak? a) Adunan Lempeng
2 cawan tepung2 biji telur¼ cawan santan2 ¼ cawan air½ sudu teh garamPewarna hijau b) Inti Kelapa
70g gula Melaka (boleh diganti dengan gula merah dan gula putih)½ cawan air3 helai daun pandan, disimpul1/2 sudu teh garam200g kelapa parut segar Cara-Cara:
Mulakan dengan menyediakan inti kelapa. Jika anda menggunakan ketulan gula melaka, pecahkan ketulan tersebut menjadi ketulan lebih kecil agar terlarut lebih cepat di dalam kuali. Atas api kecil, masukkan ½ cawan air, gula Melaka and daun pandan di dalam periuk.Apabila gula dah terlarut sepenuhnya, masukkan garam dan kacau.Seterusnya, masukkan kelapa parut. Gaul hingga kelapa parut dilitupi gula yang mencair. Angkat periuk dari dapur dan ketepikan.Sekarang, untuk menyediakan lempeng. Menggunakan pemukul, masukkan air, santan, telur dan garam lalu kacau hingga rata. Masukkan tepung dan kacau rata. Adunan tak boleh begitu pekat. Pastikan adunan cair seperti adunan membuat crepe berbanding lempeng. Masukkan pewarna hijau. Hanya 2 atau 3 titis memadai. Kacau rata.Panaskan kuali dan renjiskan sedikit minyak. Kami menggunakan daun pandan yang disimpul sebagai alat untuk menyapu kinyak yang sedikit di permukaan kuali. Di samping itu, daun pandan ini akan mewangikan lagi kuih ini. . Cedok sesenduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Apabila permukaan lempeng sudah kering, perlahan-lahan angkat lempek dan letakkan di atas pinggan.Letakkan dua sudu teh inti kelapa di satu bahagian lempeng.Lipat dengan kemas. Lipat bahagian kiri dan kanan lempeng. Kemudian, gulung hingga ke hujung hingga anda mendapat gulungan lempeng yang panjang. Tip:
Anda boleh menggunakan gula putih kalau anda tak ada gula melaka. Anda juga boleh menambah sedikit esen ros atau vanila ke dalam untuk dapatkan perisa wangi gula melaka.Santan ditambah ke dalam adunan untuk jadikannya lebih lembuh. Tetapi, jika anda tak berniat nak hidangkan kuih ini serta-merta, anda tak perlu masukkan santan kerana santan akan membuatkan kuih ketayap anda cepat basi jika disimpan terlalu lama.Kuih Ketayap boleh dinikmati dengan sendirinya tetapi rasanya lebih enak lagi dengan titisan kuah santan yang pekat. Panaskan sedikit santan atas api kecil, tambahkan secubit garam dan dah siap! Mudah dan senang. Tapi, pastikan kuah santan anda tak pecah, ya.
Rasa Klasik Bila-Bila Anda Mahu Resepi kuih ketayap ini sememangnya cukup memuaskan hati, perut dan lidah anda serta tetamu anda yang cukup bertuah kerana dapat menikmati kuih ketayap yang anda hasilkan ini.
Jika anda mahu lebih banyak lagi resepi-resepi Malaysia yang klasik dan pasti memberikan hasil yang menyelerakan, ikuti laman Butterkicap. Sebarang soalan, pertanyaan, tips tambahan yang anda nak tanya kami juga, baik tentang resepi kuih ketayap ini ataupun tentang resepi-resepi Malaysia lain, jangan malu-malu dan DM kami di laman Instagram atau Facebook kami. Sehingga itu, selamat mencuba!
The post Resepi Kuih Ketayap Klasik appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-kuih-ketayap-klasik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Tepung Talam Klasik Dan Lemak Berkrim

Kuih Tepung Talam Klasik Dan Lemak Berkrim

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 964 hits
Assalamualaikum Hari ini terasa nak kongsi resipi Kuih Tepung Talam versi mak saya Dia yang request sebenarnya Tapi saya jujur saya tak reti Tak apa Bukan masalah besar Inilah masa nak belajar Mak saya suruh belajar kuih tradisi orang lama ...
Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu Dulu

Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 2321 hits
Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu Dulu Banyak versi sebenarnya nak buat kuih gunting ni Memang legend kuih ni makannya pun tak boleh berenti Tak caya cuba sedap dan rangup tetapi lembut Tak keras gituuu Dari bebanyak versi resepi kui...
Resepi Ketam Masak Cili Singapore Alamaya Info

Resepi Ketam Masak Cili Singapore Alamaya Info

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 624 hits
Resepi Ketam Masak Cili Singapore Dr hari tu teringin nak mkn ketam bercili ni baru berkempatan masak thanks tuan tanah share resepi walaupon ayu ada
Dah Pernah Cuba Nasi Kandaq Tersandaq Resepi 1950 An Di Ttdi Jaya Shah Alam

Dah Pernah Cuba Nasi Kandaq Tersandaq Resepi 1950 An Di Ttdi Jaya Shah Alam

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 837 hits
Kalau anda biasa pergi ke TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam ada sebuah stesen minyak Petron kat dalam taman tu Kat sebelah Stesen Minyak Petron tu setiap petang kecuali hari ahad ada satu gerai jual nasi kandaq Gerai nasi kandaq tu dibuka wakt...
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 2466 hits
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali untuk berbuka puasa selalu fikir nak minum air apa eh Ya lah seharian berpuasa mesti air yang dicari dulu Dahaga sangat Kalau sis sendiri yang paling mudah buat...
Resepi Sardin Roll Blh Buat Frozen Alamaya Info

Resepi Sardin Roll Blh Buat Frozen Alamaya Info

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 439 hits
Resepi Sardin Roll Blh Buat Frozen Buat bebyk blh simpan Petang petang anak selalu mencari kuih Senang sket bila ada stok Best pula buat Rasa mcm
Resepi Brownies Tanpa Telur Mudah Dan Ringkas

Resepi Brownies Tanpa Telur Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 1951 hits
Brownies ataupun bahasa kampungnya kek bantat memang sedap Kebanyakan resepi brownies menggunakan bahan premium Memang jenuh lah kena beli sebelum nak buat kan Kali ini CN akan berkongsi dengan anda resepi brownies tanpa telur Hah Sebenarny...
Resepi Kek Lapis Polkadot

Resepi Kek Lapis Polkadot

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 1393 hits
Kek Lapis PolkadotBahan A480gm mentega tulen 15 biji kuning telur150gm gula kaster5 sudu besar susu pekat manis 2 sudu kecil ovalette230gm tepung hong kong 1 sudu kecil baking powderBahan B6 biji putih telur1 4 sudu teh cream of tartar150gm...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik