Resepi Ikan Sungai Bakar
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum.
Minggu lepas balik kampung adik dengan anak buah tangkap ikan sungai guna jaring. Dapat la ikan keli dengan ikan puyu. Dah bersih-bersih tu mak bakar ala-ala pais. Tapi bukan pais sebab ianya simple sangat, orang malas pun boleh buat ni. haha. Cik Nor kali pertama makan mak masak macam tu alahai bertambah makan..hehe
Jom Cik Nor kongsi resepinya
Resepi Ikan Sungai Bakar Ala-Ala Pais
Bahan-bahannya :
1. Ikan keli, puyu, haruan dan mana ikan sungai yang korang suka makan ( pastikan cuci dengan asam limau untuk elak bau hanyir)2. Garam secukup rasa3. Serbuk kunyit atau nak lagi sedap tumbuk kunyit hidup4. Penambah perisa5. Beberapa helai daun kunyit ( separuh dihiris halus untuk ditabur diatas ikan dan separuh lagi untuk membalut ikan)6. Daun pisang
Cara-caranya :
1. Ikan sungai tadi digaul garam, kunyit dan perisa tambahan. Ketepikan seketika biar garam menyerap ke dalam isi ikan
2. Sementara menunggu ikan tadi, bolehla kita hiris halus daun kunyit untuk ditabur diatas ikan nanti
3. Agak-agak ikan dan bahan yang digaul tadi sudah meresap ke dalam isi ikan boleh la dibakar
4. Lapisan luar sekali kita letak daun pisang, kemudian baru daun kunyit, hirisan daun kunyit, ikan dan hilrisan daun kunyit lagi
5. Balut sepertimana korang membakar ikan sebelum ini. Korang boleh bakar menggunakan dapur kayu (aroma dapur arang lebih menyerlah), guna pemanggang ajaib pun boleh atau bakar atas dapur gas macam Cik Nor yang pemalas ini
6. Semasa membakar korang kena rajin terbalikkan supaya isi ikan masak sekata. Bila korang terbau aroma daun kunyit itu maknanya ikan bakar korang dah masak
Kalau ikan haruan dibuat macam ni, orang dalam pantang pun boleh makan. Eh betul ke?hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norminieza.blogspot.com/2018/12/resepi-ikan-sungai-bakar.html