Dari Dapur Suria Amanda Resepi Sambal Ikan Bilis Tempoyak Campur Petai
Hi korang....
SA nak memenuhi permintaan rakan blogger kita Izni Hafiz Abd Rashid , beliau ada mintak resepi Sambal Bilis Tempoyak yang SA masak last week..memandangkan ini resepi family SA turun temurun dan SA percaya tempat lain pun ada gak lauk macam ni cuma konsep dia lain kot, SA suka buat kering- kering..sedap makan..lagipun lauk ni tahan lama tau..simpan dalam fridge then perhangat je kalau nak makan...hahahaha..SA kalau buat sambal ni kena make sure ikan bilis yang SA gunakan tu jenis yang mahal tu. Kalau dapat jenis yang murah dan liat nanti jadi tak sedap, kalau guna ikan bilis mahal tu nampak cantik je bila goreng garing dan lepas tu x liat...ha...yang tu best...krup krap bila makan...
Jom tengok resepi.
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK1. Ikan bilis ( beli yg kualiti) - ikut suka nak banyak mana..SA guna sepeket..goreng garing22. Bawang merah kecil - 5 biji3. bawang putih -4 biji4. Cili api - ikut tahap kepedasan yang korang suka5. Tempoyak mentah 3 sudu besar / letak la lebih ikut banyak ikan bilis
6. Petai 2 papan
Cara- cara masak
Bahan 2+3+4 tumbuk lumatIkan bilis digoreng garing terlebih dahulu dan ketepikan Gunakan minyak yang sama, tumis bahan 2,3 dan 4 yang dah ditumbuk lumat tadi sampai naik bau dan sedikit garingMasukkan tempoyak...gaul2 bagi sebatiMasukkan ikan bilis..gaul lagi Masukkan petaiKalau nak berkuah sikit boleh tambah airKalau nak pekat dan kering biarkan seketikaPadam api
Dah siap dan boleh di hidang...psst...lagi pedas lagi bagus tau...dan sambal ni tahan lama..kalau x abih jgn buang simpan dalam peti ais...nak sahur atau nak jadikan pembangkit selera makan boleh panaskan dan tak mungkin akan basi...makan ngan roti pun sodap..ngan cekodok lagi sodap...tp biasa makan ngan nasi panas2...huiiiii....gu kan plak dengan telur dadar...confirm korang makan bertambah...Ada lauk ni memang tak layan dah lauk lain...sedap betul..
Alaaa...terus lapar perut ha.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2018/12/dari-dapur-suria-amanda-resepi-sambal.html