Mandi Manda Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala
En papa cuti 24 & 26 Dec untuk habiskan sisa-sisa cuti dia. So kita orang takder pergi mana pun. Duk rumah memang rehat. Pagi Isnin tu bawak Michan pergi klinik vet. Ingatkan petang tu nak la pergi mandi sungai sebab sekarang musim panas tapiiii semua pakat lena. So esok jer lah. Tengahari esoknya pun sama asal nak pergi hujan pulak. cancel plan mandi sungai. Itu pun duk rumah keja kemas dan kasi clearance apa yang tak nak. Fuhhh penat. So kemarin terus ajak jom lah pergi mandi sungai tekala. Terus sesiap dan pergi sebab just pergi mandi jer. Dari rumah ke sungai tekala pun dekat sangat cuma nak pi kerap2 malas. hahahah
Sampai jer tengok ehh tak ramai orang.. alaa lupa kan orang kerja tapi ada la 3,4 family datang berkelah dan mandi manda kat sini. Oh yaa nak masuk sini ada harga dia tau. dulu seingat mama murah jer tapi datang kemarin kena dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1. Dah naik la harga kat situ tapi ok la harga tak mahal mana pun kan. Sebab banyak fasiliti pihak situ buat contoh pebesarkan toilet untuk salin baju dan mandi. Mama puas hati tengok keadaan toilet baru, bersih dan besar.
Sampai jer dekat sungai telaka tibeh hujan la pulak. so mama berteduh dulu lah.. bebudak dah terjun mandi.. nasib hujan sekejap jer. Kat sini korang kena hati-hati sebab ada monyet banyak sangat. Mama pun pi la bagi keropok kat depa sekali depa bawak geng laaa.. takut uihhh kang dia geget mampuih.. lepas tu mama turun mandi lah.. Qeisya sampai terketar-ketar sejuk. hahaha.
Siapa mandi sungai time lepas hujan make sure korang hati-hati sebab takut kepala air kan. Ni pun mama pesan mandi dekat air cetek jer. Risau jugak sebenarnya kalau mandi lepas hujan ni. Air dekat sini memang sejukkkk.. Mama berendam kejap jer tu pun dah terketar-ketar. hahaha..
Nampak depa memang!! mama ajak pulun selfie untuk simpan buat kenangan tapi depa buat dono jer
Dalam 2 jam lebih kami mandi manda kat situ, terus ajak anak-anak balik sebab mama nak tengok drama mama pukul 7 malam. hahaha biasala mama memang macam ni nasib la sungai tekala ni dekat jer takder la kelam kabut balik. memasing pakat lapar tu lah syok sangat berendam dalam sungai sejuk tu. yang paling kelakar Qeisya la boleh terlena sambil makan cookies hahaha
Walau sekejap jer mandi sungai tapi best jugak tengok anak2 happy. sebelum balik kita selfie lagi sekali. hahaha kenangan sebab anak2 cepat besar. nanti dia orang boleh tengok balik gambar depa masa kecik2 kan. Nanti nak pergi mandi kolam air panas pulak.
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2018/12/mandi-manda-di-hutan-rekreasi-sungai.html