Resepi Chicken Strip Yang Simple Tapi Sedap
Resepi Chicken Strip Yang Simple Tapi Sedap. Menu kegemaran kedua-dua anak bujang saya, iaitu chicken strip. Kalau korang tengok mat saleh chicken strip elok je, tapi chicken strip versi saya ala ala cincai.. yang penting rasa sedap! Hehe... (bukan saya puji tapi anak-anak la)
Dulu, saya tak pernah pun masak chicken strip ni. Tapi sejak si bujang sulong tu rajin buat, maka sejak dari itu saya akan buat lebih kerap. Kalau boring tak ada lauk, saya buatlah chicken strip. Nak ratah gitu aje pun boleh.. 🤩
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Resepi Chicken Strip Yang Simple Tapi Sedap
Chicken strip atau hirisan ayam ukuran memanjang, guna isi ayam semata-mata. Tak ada tulang. Memang lah senang nak makan. Betul tak?
Jom kita tengok bahan-bahan nak buat chicken strip
Sebelum tu, saya tepek kan resepi yang orang lain selalu buat,
INGREDIENTS4 chicken breasts (boneless skinless)1 cup buttermilk1 teaspoon hot sauce2 large eggs (beaten)2 cups flour
Saya punya versi seperti di bawah;
2 keping dada ayam - hiris nipis dan memanjang2 cawan tepung bistari @ tepung KFC perisa original1 biji telurSedikit airSecubit garamBread crumb @ serbuk roti secukupnyaMinyak untuk menggorengDaun sup sebagai hiasanSalad sebagai hiasanSos cili secukupnya
Cara penyediaan Chicken Strip yang amat mudah
1. Dada ayam yang telah dibersihkan, digaul rata bersama tepung bestari, telur dan garam. Gaul rata-rata tau
2. Perap dada ayam tersebut selama 30 minit atau 1 jam. Lagi lama lagi sedap
3. Panaskan minyak. Goreng penuh terendam. Dada ayam tadi gaul pada serbuk roti dan goreng hingga kekuningan
4. Angkat dan toskan
5. Sedia dimakan begitu saja atau makan dengan nasi putih panas-panas. Pun sedap. Nak makan cicah sos atau mayonis pun sedap
Selamat mencuba chicken strip versi simple dan mudah nak dibuat.
Yang leceh masa nak buat ni adalah masa nak kena potong nipis dada ayam tu. Kalau korang malas macam saya, kurang seni orang kata.. hiris nipis sebarang je. Kejadian dia pun tetap sedap gitu!! 😅😅💖 Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/11/resepi-chicken-strip-yang-simple-tapi.html