16 Himpunan Resepi Ikan Kembung Simple Dan Sedap


16 Himpunan Resepi Ikan Kembung Simple Dan Sedap l Kalau korang dah jemu dengan lauk pauk seperti ayam dan daging, apa kata sekali sekala bertukar selera kepada resepi ikan pulak. Macam-macam jenis resepi yang boleh dibuat dengan ikan seperti ikan kembung. Dibawah ada 16 koleksi pelbagai resepi ikan kembung yang simple dan sedap untuk dicuba


#1. Ikan Celup Tepung Versi Dapoq Cheq Ana (Siti Suliana Ana)#2. Ikan Kembong Masak Taucu (Qaseh Asmida)#3. Singgang Pedas Ikan Kembung (Che' Nom)#4. Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas#5. Ikan Kembung Bakar Cik Ana (Puan Ana Mariana Ismail)#6. Ikan Kembung Masak Pindang (Nor Farhana)#7. Ikan Kembung Sumbat (Siti Rohanis Mohamad Roze)#8. Pais Ikan Kembung (Cik Cikputeh Puteh)
#9. Ikan Kembung Masak 3 Rasa#10. Ikan Kembung Percik Kelantan (Azie Kitchen)#11. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api#12. Ikan Goreng Masak Kicap Pedas#13. Kerabu Ikan Kembung Thai Style (Wan Rashidah)#14. Paprik Ikan Kembung#15. Kari Ikan Termenung/Ikan Kembung#16. Ikan Kembung Asam Pedas


#1. Ikan Celup Tepung Versi Dapoq Cheq Ana (Siti Suliana Ana)
Bahan-bahan:
- Tepung beras 400gm
- 2 biji telur (putih + kuning guna dua-dua)
- Air kapor
- Garam
- Kunyit
- Meggi cukup rasa
- Air sejuk (air kosong dari peti ais - kalau xde air kosong , cairkan ais kiub je)
Cara penyediaan:
1. Bancuh semua sebati..jangan pekat atau terlajak cair, agak-agak ikan boleh melekat kat tepung saja.
2. Api pastikan betul-betul panas baru mula goreng.
3. Minyak guna banyak macam goreng coq pisang..baru ikan tu bersalut cantik


#2. Ikan Kembung Masak Taucu (Qaseh Asmida)

Bahan-bahan:
- Ikan kembong - goreng garam kunyit
- Cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- Air asam jawa
- 4 sudu besar taucu
- Minyak utk menumis
- Garam gula
Cara penyediaan:
1. Goreng ikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga kekuningan.
3. Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
4. Masukkan ikan, garam, gula.
5. Biar seketika


#3. Singgang Pedas Ikan Kembung (Che' Nom)

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung
- 2 keping asam gelugor
- 1 batang serai, dititik
- Daun kesum- 1 inci lengkuas, hiris nipis- Garam dan gula secukup rasa- Bahan kisar halus:- 3 biji cili merah- 3-4 biji cili padi- 1 inci halia- 1 inci kunyit hidup- Secubit belacan
Cara penyediaan:1. Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika
2. Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. 4. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas


#4. Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas

Bahan-bahan:
- Ikan apa-apa yang disukai - lumur sedikit garam kemudian kukus sampai masak
- Asam jawa
- Air masak
- Bawang besar,tomato potong dadu
- Cili api hiris kecik2
- Garam
*Nak tambah belacan pun takpe

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan ini dalam mangkuk. Gaul. Kuah jangan cair sangat. Pekat-pekat sikit baru ummpppp!
2. Pastu curahkan je air asam ni atas ikan yang dah siap kukus tadi


#5. Ikan Kembung Bakar Cik Ana (Puan Ana Mariana Ismail)
Bahan-bahan:
- 7 ekor ikan kembung dibersihkan
- Cili kisar
- 1 biji bawang besar*
- 4-5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- Madu
- Garam
- Gula
- Serbuk kunyit
- Minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara penyediaan:1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat
2. Lumur pada ikan dan masukkan cili kisar, madu, minyak zaitun, garam, gula secukup rasa
3. Gaulkan rata pada ikan dan perap 30 minit
4. Gunakan daun pisang sebagai alas dan bakar di atas magik pan
5. Setelah masak sebelah, alihkan ikan bahagian sebelah lagi ye
6. Dah siap. Angkat dan hidang dengan nasi panas


#6. Ikan Kembung Masak Pindang (Nor Farhana)

Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kembung
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang kecil*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- Sedikit halia*
- Sedikit air asam jawa- 1 biji tomato (dibelah 4)- Garam secukup rasa- Air secukupnya
Cara penyediaan:1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan bahan yang dikisar, serai, air asam jawa serta air secukupnya ke dalam periuk
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api masukkan buah tomato
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan


#7. Ikan Kembung Sumbat (Siti Rohanis Mohamad Roze)

Bahan-bahan:- 2 ekor ikan kembung saiz besar- Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia atau ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyit- Ikan belah belakang senang nak sumbat kelapa- Daun kunyit
Bahan kisar:- Segenggam kelapa parut yang putih- Sebatang serai(potong)- 2 ulas bawang merah- 1@2 biji cili merah- Sedikit jintan besar (rujuk gambar)- Sedikit garam- Sedikit gula- Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
Cara penyediaan:1. Selepas kisar gaul rata, rasa secukup rasa dan sumbat dalam ikan tadi. Kalau di kampung bakar guna sabut letak dalam jaring bakar ikan. Ni duk Pekan saya balut dengan daun kunyit tak nak bagi kelapa kuar (ikan dengan benang pun boleh ye. Saya bakar guna periuk ajaib..alhamdullilah..simple dan senang resepinya


#8. Pais Ikan Kembung (Cik Cikputeh Puteh)

Bahan-bahan:
- 3 ekor ikan kembung
- 4 tangkai lada besar merah
- 3 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Halia dan kunyit hidup
- 3 batang serai
- 3 sudu santan kotak
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukupnya
- 3 helai daun limau purut hiris halus
- Sedikit serbuk lada

Cara penyediaan:1. Kisar kesemua bahan
2. Gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam
3. Masukkan ikan kembung dan gaul sebati
4. Sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi
5. Panggang atas api sehingga masak


#9. Ikan Kembung Masak 3 Rasa

.Bahan-bahan:
- Ikan kembung 4 ekor
- 2 biji bawang putih - dicincang halus
- 5 biji bawang merah - dicincang halus
- 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - dipotong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula- Serbuk perasa- Minyak
Cara penyediaan:1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung
2. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan
3. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau
4. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika
5. Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dengan air
6. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar


#10. Ikan Kembung Percik Kelantan (Azie Kitchen)

Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit- 1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak- 1/2 keping asam keping- 1 sudu besar gula - kena ada rasa manis- 1 sudu kecil garam- 1 batang serai diketuk - tak letak
Bahan tumbuk:- 1/2 sudu besar cili kisar- 6-8 ulas bawang merah - kena lebih- 2 hiris nipis halia
Cara penyediaan:1. Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus
2. Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api
3. Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat


#11. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:- 5 ekor ikan kembung yang segar sederhana besar- 3 biji bawang besar- 2 helai daun kunyit- 2 keping asam keping/asam gelugor- 3 cawan santan pekat- Garam secukupnya
Bahan untuk ditumbuk:- 2 inci kunyit hidup- 2 batang serai diketuk- 15 biji cili api- 2 inci lengkuas
Cara penyediaan:1. Bawang besar,kunyit hidup,serai,lengkuas dikisar hingga lumat
2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam santan bersama ikan kembung
3. Gaul sehingga mendidih secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur
4. Masukkan asam keping/asam gelugor serta daun kunyit yang telah disiat
5. Gaul rata hingga mendidih
6. Setelah masak..siap untuk dihidang


#12. Ikan Goreng Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan:- 3 ekor ikan (digoreng)- 2 sudu besar kicap manis- 1 sudu besar kicap pekat- 2 sudu besar sos cili- 2 sudu besar cili bawang kisar- 1 ulas bawang putih (dihiris)- 1 biji bawang kecil (dihiris)- 1/2 biji bawang holland (dihiris)- Sehiris halia- Sedikit serbuk kunyit- Sedikit serbuk lada hitam- 6 batang cili pedas- Minyak masak- Sedikit air- Garam secukupnya
Cara penyediaan:1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih
7. Akhir sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati


#13. Kerabu Ikan Kembung Thai Style (Wan Rashidah)

Bahan-bahan:
- 2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat
- 1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan
- 1 biji tomato dihiris nipis
- 1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat
- 2 pokok daun ketumbar dimayang halus
- Sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:- 5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk- 1 sudu sos ikan- 1 sudu besar jus lemon- 2 sudu minyak zaitun- 1 sdk minyak bijan
Cara penyediaan:1. Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata
2. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. 3. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. 4. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan gaulkan sehingga rata


#14. Paprik Ikan Kembung

Bahan-bahan:- 10 ekor ikan kembong size kecil - dibersihkan, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta digoreng hingga garing, disusun diatas pinggan dan diketepikan- 4 biji bawang besar - dihiris halus- 4 ulas bawang putih - dicincang halus- 3 keping hirisan halia - dihiris halus- 2 batang serai - dihiris halus- 4 helai daun limau purut - dihiris halus- 2 sudu makan pes cili maepranom- Sedikit air jika perlu - 3 sudu makan- Garam secukup rasa- Gula secukup rasa- Minyak untuk menggoreng dan menumis- Sedikit bahan perasa
Cara penyediaan:1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu
2. Masukkan serai, halia, dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau
3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati
4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembong goreng yang telah tersedia didalam pinggan
5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk dihidang


#15. Kari Ikan Termenung/Ikan Kembung

Bahan-bahan:
- 10 ekor ikan termenung
- 2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
- 1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
- 3 pelepah daun kari
- 2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
- 2 sudu teh halba campur- 7 biji kacang bendi- 2 biji tomato - dibelah 2- 1 cawan santan
Bahan tumbuk/ hiris halus:- 1 inci halia- 3 ulas bawang putih- 1 biji bawang besar
Cara penyediaan:1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau
2. Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih
4. Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih
5. Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan


#16. Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan-bahan:- Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)- 10 batang bendi- 2 batang serai - dititik- 1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping- 1 cekak daun kesum- Minyak untuk menumis- Garam secukup rasa- 1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa- Air secukupnya
Bahan kisar:- 8 ulas bawang merah- 18 tangkai cili kering- 4 ulas bawang putih- 3 batang cili merah- 1 inci belacan
Cara penyediaan:Langkah 1Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum

Langkah 2Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam

Langkah 3Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nicknashram.com/2020/05/16-himpunan-resepi-ikan-kembung-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 444 hits
Menu ikan siakap selalu jadi pilihan kita setiap kali makan di luar Bukan tidak gemar masak sendiri tetapi ikan siakap seakan istimewa untuk sajian keluarga Sesekali apa kata kita cuba sendiri menu dari ikan popular ini Bosan dengan tiga ra...
Resepi Roti Bakar Pisang Paling Simple Sedap Hanya 5 Bahan Yang Ada Di Dapur

Resepi Roti Bakar Pisang Paling Simple Sedap Hanya 5 Bahan Yang Ada Di Dapur

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 334 hits
Roti bakar pisang antara menu yang paling mudah nak disediakan Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan Yang paling penting rasanya sangat sedap dan confirm anak anak minta mama buatkan lagi Jom cuba resipi ini Sesuai untuk sarapan pagi ...
Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 443 hits
Assalamualaikum guys Pandemik Covid 19 nampaknya tidak menunjukkan penurunan angka malah makin meningkat Dek kerana itu ibu ibu yang bekerja dan anak anak pulak masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR pastinya kesibukan untuk menguru...
Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 298 hits
Sambal hijau asli atau juga dikenali dengan nama masakan sambal berlada hijau atau sambal cabai hijau merupakan antara yang berasal dari kawasan Minangkabau provinsi Sumatera Barat yang cukup popular di kalangan penggemarnya Berikut merupak...
Resepi Bakwan Kangkung Simple Sedap Anak Yang Tak Suka Sayur Pun Boleh Suka

Resepi Bakwan Kangkung Simple Sedap Anak Yang Tak Suka Sayur Pun Boleh Suka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 377 hits
Bakwan kangkung antara kudapan yang sangat terkenal di Indonesia Rasanya yang ranggup di makan pula dengan pencicah memang superb Bagi yang tak pernah mencuba jom ikuti resipi yang dikongsi ini Ni Nama nya bakwan kangkung bunda suka goreng ...
10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 818 hits
Kali ini aku himpunkan resepi ikan tenggiri untuk di masak Ikan tenggiri sejenis ikan yang sesuai untuk semua sebab isinya pejal tidak gatal dan juga tidak ada tulang kecil yang boleh mengakibatkan tercekik Resepi ikan tenggiri sudah pasti ...
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 709 hits
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga RasaBahan Ikan Kerapu Goreng 1 ekor ikan kerapu garam secukup rasa2 ke 3 sk serbuk kunyit adabi2 sudu tepung beras1 sk serbuk limau Knorr500gm minyak masakCara Memasak 1 Lumur garam serbuk kunyit tepung bera...
Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 385 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 481 hits
Assalamualaikum Bayi umur 7 bulan dah boleh pegang Jadi kita boleh ajar mereka untuk pegang biskut dan makan Waktu sebegini juga normally bayi mulai rasa gatal gusi untuk timbuh gigi jadi biskut bayi ni salah satu untuk mereka belajar mengu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner