Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya


Kuih putu merujuk wikipedia adalah sejenis  kuih tepung beras yang di kukus. Kuih yang sejenis begini resepinya hampir sama di seluruh nusantara cuma lain padang lain belalang ataupun rupa bentuknya. Rasanya ada yang hampir sama, ada juga yang berlainan mengikut tempat. Cuma yang uniknya namanya hampir sama iaitu Kuih putu di Malaysia, kue putu di Indonesia dan puto di Filipina.
Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya
Kuih putu ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. tapi tidaklah aku membuatnya sendiri. Kebiasaannya beli di pasar malam. Hampir setiap minggu mesti ada kuih putu ini di beli oleh en. suami  di pasar malam. tak kiralah kuih putu piring atau pun putu bambu. kalau pada sambutan Hari Raya, kuih putu kacang pula yang paling di sukai.
Kuih putu perak pula memang selau jumpa. Sekarang di pasar pagi pun sudah ada yang menjualnya. Cuma kuih putu halba memang sukar di jumpai. Mungkin cara pembuatannya sedikit renyah dan memerlukan ubi untukl di parut. apapun sebernarnya kuih putu ini aku cuma tahu makan saja, Buatnya belum pernah lagi. Ada tidak, masa kecil di kampung dulu pernah menolong opah dan mak membuat putu perak dan putu kacang saja.


Terjumpa resepi beberapa jenis kuih putu di FB, tergerak nak salin resepi di blog. Manalah tahu timbul kerajinan untuk membuatnya nanti. Gul;a melaka atau nise kerek dari Kelantan ada beberapa ketul di bagi anak buah yang bercuti beberapa hari lalu. Kalau di buat kuih putu piring, bagus juga... hehe!
Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya
- 1 -  Kuih Putu Piring
Kuih Putu Piring
Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)
2 cawan tepung beras 3/4 sudu garam 150ml air panas 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam) 1/2 cawan gula melaka,diparut 5-6 helai daun pandan kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi) Daun pisang digunting 2inci persegi
Cara-cara membuat putu piring:
Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas
Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dgn sedikit minyak. Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.
Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.
Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.
- 2 - Kuih Putu Bambu
Kuih Putu Bambu
Bahan-Bahan:
400 Gram Tepung Beras 300 ml Air 3 Lembar Daun Pandan 1/2 Sendok Garam 125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar 125 Gram Kelapa Parut
Cara Membuat Putu Bambu:
Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat
Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata
Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan(atau daun pisang) sebagai alas.
Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup penuh dan ratakan. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.
Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring. Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.
- 3 - Kuih Putu Halba
Kuih Putu Halba
Bahan asasnya ialah ubi kayu: - Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak mana hendak hasilkan putu halba. - Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya hendaklah diparut atau dimesin. - Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah diperah agar kering (lembab yang gebu) - (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau tepung ubi kayu dijual di pasaran) - Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba secukup rasa. Ada juga yang memasukkan sedikit garam.
Untuk memasak: - Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil (acuan) - Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada yang guna acuan kuih dan gelas. Inilah dikatakan kreativiti. -.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah dipotong kecil. Boleh juga gunakan guna. - Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat - Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring ubi. Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil. - Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain. - Angkat dan isikan ke dalam pengukus
(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau di atas pengukus. - Putu halba masak apabila semua telah melekit mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum.
Putu halba sedap dimakan ketika panas. Ia dicicah dengan kelapa parut. Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.
- 4 - Kuih Putu Perak
Kuih Putu Perak
Bahan-bahan:
4cawan tepung beras 1cawan tepung pulut 1cawan air 1cawan gula kastor Acuan putu Kain kasa/ kain cotton dipotong 4segi
Inti: Kelapa parut muda + Garam secukup rasa
Cara-cara membuat putu perak:
Campurkan tepungpg beras dan tepung pulut. Gaul sehingga rata.
Tuang air dan ramas hingga nampk seperti ketulan2.. Blend kering hingga halus dan ayak supaya halus. Campurkan gula ke dalam tepung yang diayak tadi.
Gaul hingga betul-betul sebati. Panaskan air kukusan hingga mendidih.Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan.
Buat lubang tengah-tengah. Masuk inti dan tutup pulak dgn tepung. Ratakan atas acuan. 11. Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada periuk kukus.
Kukus selama 3 minit atau hingga masak.  Siap dihidang untuk seisi keluarga
Kredit : Resepi ‎Cik Puan Nurshima
- 5 - Putu Mayam
Putu Mayam
Bahan-bahan:
Tepung Beras 1 kg
Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter
Garam secukup rasa
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).
Cara-cara membuat putu mayam:
Masukan tepung beras dalam sebuah bekas. Didihkan air dan masukkan garam supaya larut. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terbarai apabila sedia masak.
Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.
p/s: “Putu Mayam” atau di Kedah dipanggil “putu mayung”
- 6 - Kuih Putu Kacang
Kuih Putu Kacang
Bahan-bahan:
Kacang hijau 1kg Gula 1/2kg Acuan yg sesuai
Cara membuat putu kacang:
Kacang hijau disangai. Kemudian kupas kulitnya. Kalau nak mudah lg,beli je kacang hijau yg sudah dkupas kulitnya.
Selesai kupas kulitnya,basuh kacang dan toskan. Agak-agak  kering, kisar kacang hijau sehingga halus. Kisar gula juga sehingga halus. ~dulu mak buat guna lesung. Sekarang dah moden, ada mesin pengisar, senang.
Ayak kacang dan gula. Sebatikan kacang dan gulashingga rata. kalau nak kurang manis,kurangkan gula yer. Perapkan dlm 5-6 jam @ lebih tapi jangan lama sangat.
Kemudian boleh lah terapkan pada acuan. Akhir sekali susun dalam dulang. Jemur di bawah cahaya matahari. Hati-ti semasa menyusun. Putu kacang masih lembut dan mudah hancur.
Kalau hari betul-betul panas jemur sekejap saja. Agak-agak kuih dah kers dsn gebu, bolehlah angkat dari jemuran.
Kredit resepi Anna N Zarra
Ehh, rasa nak buat kuih putu kacang tu pula. Rupanya senang saja membuatnya. tak perlu bakar dalam oven pun. Kuih putu yang lain pun nampak senang cara membuatnya. Nantilah, boleh di fikirkan langkah seterusnya, nak mula membuatnya atau tidak. Tunggu kerajinan yang melampau dulu.. hehe!
Nak resepi yang menarik di blog ini, klik SINI
p/s: Kumpul banyak-banyak resepi di blog ini. Nak membuat nanti senang tak payah google sana sini. Cari di blog sendiri saja... !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/07/resepi-beberapa-jenis-kuih-putu-yang-ramai-penggemarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 648 hits
Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara Assalamualaikum Selamat Pagi semua hari ini Cik Ash berkongsi dengan korang semua entri menu masakan dapurcikash Sebenarnya menu Tauhu Bersalur TeLur ni Cik Ash buat pada 27 Jun 2020 aritu Disebabka...
Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 574 hits
Kuih tradisi Malaya yang terkenal sejak berzaman lagi tapi ia sukar untuk didapati dalam kawasan bandar kerana tidak semua generasi dapat mempelajari teknik pembuatan yang sempurna walaupun ia nampak mudah tapi sebenarnya susah Kuih tepung ...
Resepi Kuih Dangai Guna 4 Bahan Sahaja Resepi Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Dangai Guna 4 Bahan Sahaja Resepi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1605 hits
Hi semua Ada orang muda yang tak kenal kuih Dangai ni Saya kenal kuih ni bukan sebab saya tua tau jangan silap pulak Hahah Saya kenal kuih ni sebab mak saudara suami memang menjual kuih tradisi niBila tiap kali balik kampung kuih Dangai ni ...
Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut Sedapnya

Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut Sedapnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 871 hits
Waktu awal bermulanya PKP aritu semua ahli keluarga berkumpul di rumah Susah nak tengok semua ada di rumah waktu petang sekiranya tiada musibah PKP Bila berkumpul tak lain tak bukan makan sajalah yang di buat Dalam kebuntuan nak masak apa a...
Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 818 hits
Kuih Donut telah menjadi terkenal dan berjaya menaikkan beberapa nama syarikat terkenal dari luar dan dalam negara yang sedang mengusahakan perniagaan rasmi mereka iaitu menjual pelbagai perisa donut Semasa kita kecil dahulu sudah pasti kit...
Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis Durian

Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis Durian

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 825 hits
Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis DurianCara manis durian selagi ada durian Musim durian tiba lagiDari jauh harum semerbak baunyaBerbagai bagai resepi dicipta
Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan Dr Zubaidi Jelaskan Ada 3 Jenis Ruam Peluh Cara Merawat Dengan Berkesan

Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan Dr Zubaidi Jelaskan Ada 3 Jenis Ruam Peluh Cara Merawat Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 517 hits
Kulit kemerah merahan terutamanya di bahagian pelipat seperti leher lengan termasuk juga muka memang sering terjadi kepada bayi yang masih kecil keadaan tersebut yang dikenali sebagai ruam peluh yang biasa berlaku kepada masyarakat yang tin...
Binomo Dan Fingo 2 Diantara 99 Jenis Investasi Yang Dianggap Bodong

Binomo Dan Fingo 2 Diantara 99 Jenis Investasi Yang Dianggap Bodong

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 201 hits
Dari ke 99 nama yang ada dalam daftar investasi bodong oleh Satgas Waspada Investasi baru baru ini Binomo dan Fingo ternyata masuk didalamnya Kesemua jenis investasi tersebut dianggap menawarkan imbal hasil yang tinggi dan tak wajar sebagai...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung