Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut Sedapnya


Waktu awal bermulanya PKP aritu, semua ahli keluarga berkumpul di rumah. Susah nak tengok semua ada di rumah waktu petang sekiranya tiada musibah PKP. Bila berkumpul, tak lain tak bukan, makan sajalah yang di buat. Dalam kebuntuan nak masak apa, aku terpandang separuh paket tepung pulut dalam simpanan. Ada juga dua keping gula melaka dan kelapa parut beku dalam peti  ais. Apa lagi, kuih buah melaka yang terlintas di fikiran. Resepi kuih buah melaka ini senang sesangat. Tiada istilah tak menjadi, boleh di katakan...!
Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...
Semasa menguli tepung menjadi doh, terbayanglah aku akan keenakan kuih buah melaka ini yang kenyal apabila di kunyah. Setelah itu pula ia terasa meletup di mulut apabila kunyahan terkena gumpalan gula melaka yang manis beraroma itu. Sedapnya tak terkata dengan keasyikan mengunyah kenyalnya  tepung pulut, gula melaka yang manis beraroma dan kelapa parut yang lemak itu.... Fuh!


Kuih buah melaka ini ada banyak nama tapi bentuk dan rupanya tak jauh berbeza. Selain di namakan kuih buah melaka, ada tempat panggil nama kuih buah bidara, kuih onde-onde dan yang paling aku tak pernah terfikir keluarga suami aku di Rembau Negeri Sembilan panggil kuih buah kelepung. Itulah pasal, lain tempat lain nama panggilan kuih buah melaka ini. Jangan tak tau... hehe!
Resepi Kuih Buah Melaka Pecah Meletup Di Mulut, Sedapnya...
Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut2 keping gula melaka1/2 cawan air daun pandanKelapa parut secukupnyaAir secukupnya jugaGaram secukup rasa
Cara-cara membuat kuih buah melaka:
Gula melaka di potong dadu kecil. Tepung pulut  di bancuh dengan air daun pandan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Sekiranya air daun pandan tidak mencukupi, boleh tambah air biasa secukupnya. 
Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam dan di kukus sebentar. Ini adalah untuk menghalang kelapa parut dari menjadi cepat basi atau sekiranya beku dari peti ais ia mencairkan kelapa parut yang beku juga.
Panaskan seperiuk air  sehingga mendidih. Gentel doh tepung  pulut dan masukkan inti gula melaka ke dalamya. Bentukkan menjadi seperti sebuah guli yang membulat cantik. Buatlah sampai habis adunan doh tepung pulut tadi. 
Sementara mengentel doh, masukkan bebola tepung pulut yang sudah siap ke dalam air yang mendidih itu. Tunggu hingga bebola tepung pulut timbul ke permukaan. Ini menandakan bebola buah melaka sudah masak. Angkat dan toskan serta golekkan ke dalam bekas mengandungi kelapa parut.
Buat berulangkali sehingga semua kuih buah melaka selesai di masak. Setelah itu, bolehlah di hidangkan dan di jamah seisi keluarga. Sedapnya, ralit kami sekeluarga makan dan licin tinggal pinggan akhirnya.... gittew lerr!
Resepi kuih buah melaka ini yang paling senang, gerenti jadi dan sudah pasti sedap dan di sukai ramai. Kuih tradisional zaman berzaman kuih buah melaka ini. Selagi ada penggemarnya, ia mesti sentiasa jadi juadah yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek  hujan... huhu!
Nak resepi yang mudah dan senang di buat di blog ini, klik SINI
p/s: Kebiasaannya  bulan puasa, kuih ni memang rajin aku buat tapi di bulan-bulan lain kalau teringin nak buat, tak ada salahnya juga. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/resepi-kuih-buah-melaka-pecah-meletup-di-mulut-sedapnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba Meletup Sedap

9 Resepi Sambal Belacan Terbaik Untuk Di Cuba Meletup Sedap

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 976 hits
Bagi aku kalau waktu makan tiada sambal belacan terhidang sekali bersama nasi macam tak cukup rasa dan selera Apatah lagi kalau lauk yang di hidangkan itu sejenis yang kurang pedas jadi mesti ada sambal belacan terbaik yang sesuai dengan ma...
Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya

Resepi Beberapa Jenis Kuih Putu Yang Ramai Penggemarnya

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 918 hits
Kuih putu merujuk wikipedia adalah sejenis kuih tepung beras yang di kukus Kuih yang sejenis begini resepinya hampir sama di seluruh nusantara cuma lain padang lain belalang ataupun rupa bentuknya Rasanya ada yang hampir sama ada juga yang ...
Resepi Kuih Dangai Guna 4 Bahan Sahaja Resepi Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Dangai Guna 4 Bahan Sahaja Resepi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1630 hits
Hi semua Ada orang muda yang tak kenal kuih Dangai ni Saya kenal kuih ni bukan sebab saya tua tau jangan silap pulak Hahah Saya kenal kuih ni sebab mak saudara suami memang menjual kuih tradisi niBila tiap kali balik kampung kuih Dangai ni ...
Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis Durian

Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis Durian

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 838 hits
Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis DurianCara manis durian selagi ada durian Musim durian tiba lagiDari jauh harum semerbak baunyaBerbagai bagai resepi dicipta
Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Ringkas Tapi Sedap Nak Dapat Bentuk Bulat Cantik Tak Bergumpal Begini Caranya

Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Ringkas Tapi Sedap Nak Dapat Bentuk Bulat Cantik Tak Bergumpal Begini Caranya

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 1483 hits
Resipi pencuci mulut yang satu ini memang cukup terkenal dengan rasanya yang enak lembut dan menyegarkan Selain dipanggil Sagu Gula Melaka ada juga yang menyebutnya sebagai Kuih Sagu Bersantan Pencuci mulut yang satu ini memang terkenal set...
Resepi Colek Buah Rojak Yang Simple Tanpa Tepung

Resepi Colek Buah Rojak Yang Simple Tanpa Tepung

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 1488 hits
RESEPI COLEK BUAH ROJAK YANG SIMPLE TANPA TEPUNGBAHAN BAHAN1 paket gula kabung 4 keping gula melaka 3 cawan gula 10 biji bawang merah hiris nipis1 gengam udang kering ditumbuk15 biji cili padi cili kering 1 inci belacan1 cawan sos ikan Thai...
Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 670 hits
Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara Assalamualaikum Selamat Pagi semua hari ini Cik Ash berkongsi dengan korang semua entri menu masakan dapurcikash Sebenarnya menu Tauhu Bersalur TeLur ni Cik Ash buat pada 27 Jun 2020 aritu Disebabka...
Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 830 hits
Kuih Donut telah menjadi terkenal dan berjaya menaikkan beberapa nama syarikat terkenal dari luar dan dalam negara yang sedang mengusahakan perniagaan rasmi mereka iaitu menjual pelbagai perisa donut Semasa kita kecil dahulu sudah pasti kit...
Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 599 hits
Kuih tradisi Malaya yang terkenal sejak berzaman lagi tapi ia sukar untuk didapati dalam kawasan bandar kerana tidak semua generasi dapat mempelajari teknik pembuatan yang sempurna walaupun ia nampak mudah tapi sebenarnya susah Kuih tepung ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi