Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan Dr Zubaidi Jelaskan Ada 3 Jenis Ruam Peluh Cara Merawat Dengan Berkesan


Kulit kemerah-merahan terutamanya di bahagian pelipat seperti leher, lengan termasuk juga muka memang sering terjadi kepada bayi yang masih kecil. keadaan tersebut yang dikenali sebagai ruam peluh yang biasa berlaku kepada masyarakat yang tinggal di negara panas dan lembab seperti Malaysia.
Satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook miliknya, doktor umum ini menerangkan apa itu ruam peluh dan jenis-jenisnya. Dalam perkongsian tersebut juga, Doktor ini turut memberikan beberapa tip untuk merawat ruam peluh yang dihadapi oleh bayi anda.

RUAM PELUH Keadaan penyakit ini dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”. Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca yang panas dan lembap.
Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca masalah ini ialah apabila kelenjar peluh tidak dibentuk dengan sempurna atau pengaruh makanan yang menyebabkan ia mudah tersumbat. Maksudnya terdapat sumbatan pada saluran dari kelenjar peluh ke permukaan kulit.
Bergantung kepada di mana punca sumbatannya, miliaria terbahagi kepada tiga iaitu Miliaria Crystalline, Miliaria Rubra dan Miliaria Profunda.

1. MILIARIA CRYSTALLINE
Sumbatan saluran peluh berada di permukaan kulit. Selalunya pesakit mengalami kulit yang mempunyai seperti kutil-kutil kecil di kulit. Biasanya tiada ruam dan gatal.
2. MILIARIA RUBRA
Bintik-bintik merah yang biasa berlaku di lipatan lengan, atau tangan dan lengan, di dada, leher dan bahu. Sumbatan pada permukaan kulit yang lebih dalam sehingga menyebabkan kebocoran peluh ke dalam lapisan epidermis, sehingga menyebabkan reaksi keradangan. Ia sering disertai dengan gejala tetapi dalam kawasan terjejas kurang berpeluh kerana kebanyakan peluh ‘bocor’ di dalam permukaan kulit. Selalunya berlaku pada lelaki yang berumur kurang 40an.
3. MILIARIA PROFUNDA
Ruam peluh yang paling teruk ialah miliaria profunda, kerana ia mudah merebak ke suatu kawasan tubuh dan pesakit akan mengalami rasa panas seperti terbakar. Ini kerana sumbatan berlaku pada lapisan yang lebih dalam. Ruam dan rasa gatal berlaku dengan cepat apabila saja peluh mula keluar.


Bagaimana Merawat Ruam Peluh?
Bergantung kepada peringkat sumbatan itu berlaku, semakin dalam sumbatan itu berlaku semakin sukar untuk mengelak masalah ini ketika seseorang itu berpeluh.
Berikut adalah beberapa tips yang membantu :
Pastikan kulit sentiasa sejuk dan kering. Boleh gunakan beberapa kream yang membantu masalah ini jika berlaku. Saya cadangkan kream aloevera atau kream aquous. Kedua-dua ini boleh dibeli di farmasi. Minum air sebanyaknya dan segera mandi apabila selesai berpeluh. Jangan biarkan kulit yang ruam itu menjadi kering, dan bernanah. Ini adalah tanda jangkitan kuman bakteria. Elakkan menggunakan kream yang berasaskan minyak (oil based) tetapi dapatkan kream yang berasaskan air (water based). Pakai pakaian yang lebih longgar bagi pengudaraan. Bagi ubat-ubatan pula, tiada ubat yang boleh merawat masalah ini secara spesifik. Ini kerana semakin dalam sumbatan itu semakin sukar untuk dirawat. Doktor selalunya memberikan ubat antihistamine seperti Loratidine atau Piriton bagi mengurangkan kegatalan saja, bukan menghilangkan sumbatan yang berlaku. Jika ia tidak berkurangan selepas sebulan, saya mencadangkan agar bertemu dengan pakar kulit (dermatologist).
#HealthDrZubaidi
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 
 
The post Kesian Tengok Kulit Bayi Kemerahan, Dr Zubaidi Jelaskan Ada 3 Jenis Ruam Peluh & Cara Merawat Dengan Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesian-tengok-kulit-bayi-kemerahan-dr-zubaidi-jelaskan-ada-3-jenis-ruam-peluh-cara-merawat-dengan-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Pasang Langsir Jenis Cangkuk

Cara Mudah Pasang Langsir Jenis Cangkuk

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1187 hits
Cara mudah pasang langsir jenis cangkuk Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa saya tahu bulan Raya Aidilfitri 2020 dah habis Tapi Hari Raya Aidiladha hujung bulan Julai ni bakal menjelma Kot kot ada yang time raya haritu tak berke...
Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 300 hits
Siapa je yang tak stress kalau hari hari asyik hadap masalah kulit yang sama je Even dah macam macam steps skincare routine kita follow pun still not much improvement Yelah nak istiqamah dan konsisten dengan skincare routine yang sama setia...
Cara Buat Kulit Mille Durian Crepe Guna Tepung Gandum

Cara Buat Kulit Mille Durian Crepe Guna Tepung Gandum

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 738 hits
Masa durian masih ada musim ni bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe ni Makan sejuk sejuk memang layan Guna resipi yang sama juga anda boleh hasilkan Mille Crepe Tak perlu susah susah guna 4 5 jenis tepung Hanya pakai tepung gandum ...
Cara Nak Kenal Jenis Tahap Kepedasan Cili Kering Rasa Masakan Yang Lebih Kick

Cara Nak Kenal Jenis Tahap Kepedasan Cili Kering Rasa Masakan Yang Lebih Kick

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 360 hits
Pasti ada diantara kita terutama sekali para suami yang rasa semua jenis cili kering sama sahaja Sebenarnya cili kering yang berbeza memberikan rasa yang berbeza Malah setiap jenis cili kering mempunyai masakan khusus yang sesuai dengan tah...
Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

Berleter Cara Mendidik Paling Lembut Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 362 hits
Apa beza marah dengan berleter pada anak Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak Ada pula yang jenis berlembut Apa saja pendekatan yang d...
Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

Didik Anak Duduk Cara Betul Elak Tabiat Simpuh Katak Pakar Jelaskan Boleh Beri Kesan Pada Kesihatan Tulang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 479 hits
Duduk bersimpuh melipatkan kaki ke belakang yang dipanggil simpuh katak atau simpuh W sering kali menjadi kegemaran anak anak yang masih kecil Pastinya kita Biasa dengar teguran ketika kecil supaya duduk dengan betul kerana risau duduk begi...
Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0 3 Tahun Jenis Mainan Yang Tahan Lasak

Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0 3 Tahun Jenis Mainan Yang Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 507 hits
Bukan hanya anak yang excited memilih barang permainan ibu bapa juga turut teruja Yelah macam macam jenis permainan yang cantik dan comel nak dipilih Sebenarnya dalam pemilihan barang permainan anak anak ibu bapa haruslah mengambil tahu jen...
Tempoh 3 4 Hari Anak Belum Membuang Mungkin Sembelit Buat Cara Ni Sangat Berkesan

Tempoh 3 4 Hari Anak Belum Membuang Mungkin Sembelit Buat Cara Ni Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 301 hits
Sebagai ibu bapa kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka Walau bagaimanapun sesetengah petanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit sukar ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities