Resepi Asam Pedas Tulang Sedap Dan Mudah


Selalunya kalau kita membeli daging bahagian tulang, apa yang terfikir di fikiran mesti nak masak sup tulang atau gulai tulang tapi jarang sekali yang akan memasak asam pedas tulang. Asam pedas tulang? selalunya daging tetel yang dibuat asam pedas kan. Jom cuba masakmasakan mudah ini.


PengenalanRib merupakan bahagian tulang rusuk lembu. 



Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.
Memandangkan daging lembu bahagian ini banyak terlekat pada tulang, maka bahagian tulang rusuk ini juga sangat sesuai dijadikan sup tulang atau sup daging.




Resepi Asam Pedas TulangDah kenal tulang rusuk, jom kita masak Asam Pedas Tulang pula



Bahan-bahan
1kg tulang berdaging, direbus 
2 biji tomato, dipotong baji
1 mangkuk jus asam jawa
3 helai daun limau purut
daun kesum
minyak untuk menumis


Bahan Untuk Dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
1 ketul gula kabung


Cara Memasak :
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukkan cili kisar. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan tulang yang direbus & masak hingga mendidih. Tambah air supaya tulang sebati dengan bahan yang ditumis. 
3. Bila daging di tulang nampak lembut, tambah air asam jawa, kacau sebati dan biarkan kuah mendidih. 
4.Masukkan daun limau purut & daun kesum, kacau dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak. Bila tomato sudah nampak lembut. Tutup api
 
Baca Juga : Asam Pedas Daging 


Kenali Bahagian Daging Lembu Berikut adalah senarai  bahagian daging lembu dan keistimewaannya selain bahagian tulang rusuk yang di buat Asam Pedas Tulang.
gambar sumber Google


1. Tulang Rusuk (RIBS)Rib merupakan bahagian tulang rusuk lembu. 
Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.
Memandangkan daging lembu bahagian ini banyak terlekat pada tulang, maka bahagian tulang rusuk ini juga sangat sesuai dijadikan sup tulang atau sup daging.




2. Daging Bahu (CHUCK)Bahagian chuck adalah bahagian bahu lembu.


Bahagian ini mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian rusuk (rib), short loin atau sirloin.


Oleh itu ia lebih sesuai untuk masakan ‘slow cooking’ seperti stew, gulai dan kari yang memerlukan masa yang lebih lama untuk lembut sepenuhnya.


Ia juga sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled).




3. Daging Batang Pinang (SHIRLOIN)Bahagian daging lembu yang dikenali sebagai lulur pendek (short loin) ini terletak di bahagian belakang lembu di tengahnya.
Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu tenderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’.
Daging batang pinang sering menjadi pilihan kerana ia mempunyai tekstur daging yang lembut, tiada lapisan lemak dan sesuai dengan kebanyakan jenis masakan.
Potongan stik popular yang terdapat pada bahagian tenderloin ialah filet mignon dan chateaubriand.


4. Tenderloin (Loin Lembut)Tenderloin (loin lembut) atau turut dipanggil daging batang pinang adalah bahagian daging lembu yang paling lembut. Terdapat beberapa istilah lain yang menggambarkan potongan bahagian loin lembut ini iaitu filet mignon dan chateaubriand.


Baca : Daging Masak Hitam


5. Daging 'Harimau Menangis' (SIRLOIN)Berdekatan dengan daging batang pinang terdapat satu lagi bahagian iaitu sirloin yang terletak di antara bahagian pinggang lembu.
Bahagian daging ini boleh dikatakan sebagai yang paling lembut dan ia turut dikenali sebagai ‘daging harimau menangis’.
Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia agak terhad dan sentiasa mendapat permintaan ramai.
Bahagian daging lembu ini amat popular di Malaysia untuk dijadikan daging bakar cicah air asam.




6. Daging Lambun (FLANK)Daging lambung (flank) terletak di bawah pinggang dan sirloin. Kedudukan daging ini adalah di sekitar kawasan perut.


Ia membantu lembu berpusing dan berjalan oleh yang demikian otot berfungsi dengan banyak.


Ini menjadikannya daging yang pejal dan kurang lemak serta setanding potongan premium yang lain.






7. Dada (BRISKET)Brisket adalah potongan daging dari dada atau bahagian bawah dada lembu.


Oleh kerana lembu tidak mempunyai tulang kerah (collar bone), otot-otot ini menyokong sekitar 60% berat badan lembu yang sedang berdiri atau bergerak.


Ini membuat daging bahagian ini agak pejal dan liat.


Maka, ia lebih sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.


8. Daging Punggung (ROUND)Daging bahagian paha ini agak liat kerana banyak digunakan dalam pegerakkan lembu.


Ianya juga terdapat banyak ligamen dan dagingnya kurang berlemak.


Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak.






9. PlateBahagian potongan ini adalah terletak di bawah bahagian perut lembu.


Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain.


Oleh itu ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.




10. Betis / Keting (SHANK)Bahagian daging lembu bahagian kaki / betis ini punyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat.


Amat sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.


KesimpulanBahagian daging lembu yang paling sedap tentunya adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing dan mengikut poket kita sendiri.


Ramai yang menyukai ‘daging batang pinang’ dan ‘daging harimau menangis’ manakala tulang rusuk popular bagi penggemar sup tulang dan steak.


Perlu diingat, bahagian daging lembu yang mengandungi kadar LEMAK yang paling TINGGI ialah ekor (71g) dan tulang rusuk (42g).


Lemak penting untuk kenikmatan dan kepuasan semasa makan sebab itu ramai yang menggemari sup ekor dan sup tulang kan?


Manakala bahagian daging lembu yang mengandungi kadar PROTEIN yang paling TINGGI ialah betis (34g).


Menurut KKM, kadar protein yang tinggi menjadi penyumbang kepada rasa cepat kenyang.


Apa pun bahagian mana pilihan anda, bersederhanalah semasa memakan daging kerana juga boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/09/resepi-asam-pedas-tulang-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Merah Masak Asam Style Utara

Resepi Ikan Merah Masak Asam Style Utara

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 426 hits
Resepi Ikan Masak Asam adalah antara resepi paling senang nak buat Tapi tak ramai yang wujudnya resepi mudah sedap macam ni Bahan pula sangat mudah didapati Untuk kali ni saya guna Ikan Merah segar yang besar Jom saya kongsi Resepi Ikan Mer...
Ikan Pari 10 Resepi Ikan Pari Yang Sedap Memikat Selera

Ikan Pari 10 Resepi Ikan Pari Yang Sedap Memikat Selera

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 307 hits
Ikan pari merupakan antara jenis ikan yang kerap digunakan dalam masakan Ianya juga sesuai dinikmati bersama apa jenis kuah atau sambal jadi tidak hairan lauk ini memang cukup popular di kebanyakan gerai Kenali Ikan PariTahu tak yang ikan p...
5 Resepi Ayam Masak Merah Sedap

5 Resepi Ayam Masak Merah Sedap

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 322 hits
Ayam masak merah ini cukup sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin rumah terbuka atau jamuan kejiranan tapi resepi ayam masak merah yang kita masak di rumah seringkali tidak sama macam makan di kenduri PengenalanAyam masak merah adalah hi...
Asam Pedas Power Perigi Hang Li Poh

Asam Pedas Power Perigi Hang Li Poh

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum Lepas jer check in dah bersihkan diri rehat kejap dan lepas solat Maghrib kami berdua suami isteri keluar cari tempat makan cadangan asal malas nak pi jauh jauh cukup area hotel je then bleh jenjalan kat Dataran Pahlawan dan...
Kafe Kayu Asam Pedas Dengkil

Kafe Kayu Asam Pedas Dengkil

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum Sebaik sahaja sampai di rumah selepas balik dari Mesyuarat PIBG kafa tadi LM ajak ayah keluar Bawa sekali Aish dan Syahim Apit tak habis tuisyen online lagi masa tu Tinggal la dia dengan kakak Kakak busy siapkan assignment T...
Ikan Siakap Mudah Dapat Sedap Di Masak Pelbagai Menu

Ikan Siakap Mudah Dapat Sedap Di Masak Pelbagai Menu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 393 hits
Kalau ke pasar basah atau kedai runcit yang menjual lauk basah ikan siakap selalunya ada di jual mudah di dapati Rupanya banyak khasiat ikan siakap ni nampak macam biasa biasa je kan Selalu juga la Cik Sue beli walaupun encik suami tak gema...
Asam Pedas Kepala Kaki Lembu Korban

Asam Pedas Kepala Kaki Lembu Korban

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum WBTSEMASA yang lepas setiap kumpulan diberi pilihan sama ada untuk mengambil atau melepaskan bahagian lembu yang tidak termasuk dalam agihan daging korban iaitu sebiji kepala empat batang kaki perut dan kulit Setiap lembu me...
Resepi Daging 5 Jenis Yang Mudah Untuk Disediakan

Resepi Daging 5 Jenis Yang Mudah Untuk Disediakan

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 397 hits
5 Jenis Resepi Daging Yang Wajib Cuba Resepi daging merupakan pilihan yang popular dalam pelbagai hidangan yang memikat selera Terdapat pelbagai jenis daging yang The post appeared first on
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 383 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Yang belum follow blog saya jangan lupa follow Jangan lupa juga klik iklan yang keluar tau Terima kasih banyak banyak atas sokongan anda Saya masih jet lag Sejak balik belum ke dapur tapi Nana balik dari ker...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord