5 Resepi Ayam Masak Merah Sedap


Ayam masak merah ini cukup  sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan kejiranan tapi resepi ayam masak merah yang kita masak di rumah seringkali tidak sama macam makan di kenduri. 


PengenalanAyam masak merah adalah hidangan tradisional Malaysia dan antara lauk yang selalu terdapat di majlis perkahwinan dan kenduri kendara. Ia adalah kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato. Potongan ayam terlebih dahulu digoreng hingga keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas. Kacang pea atau gajus kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan dihiasi dengan daun ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia


1. Ayam Masak Merah Cara Umi Fuzy





Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, di potong kecil dan basuh bersih
1 labu bawang besar, dipotong bulat
sedikit daun bawang, dihiris
sedikit daun sup, dihiris 


Bahan B - dikisar
3 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan C3 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
3 sudu puri tomato 
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara membuatnya:

Ayam digaul dengan garam dan kunyit, digoreng sedikit biar nampak agakkekuningan tapi jangan sampai garing. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan serai,.tumis hingga kekuningan.Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sampai garing.Masukkan puri tomato, sos cili dan tomato, kacau biar mesra dan masukkan sedikit gula Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng, digaul biar mesra dan akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan perasakan dengan garam secukup rasa dan tabur daun bawang dan daun sup (jika suka) Siap!


Kalau dah siap resepi ayam masak merah sedap ala kenduri ni memang sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato atau nasi hujan panas atau atau nasi arab atau nasi briyani.


Resepi : dapur sweetsourleyra


2. Resepi Ayam Masak Merah Ala  Kenduri


Bahan utama:
Ayam 1 ekor
Kunyit
Garam


Bahan kisar:
Cili kering 2 genggam (rebus dulu)
Bawang besar 1 ½ biji
Bawang putih 6-7 ulas
Halia setengah ibu jari
Belacan setengah ibu jari
Buah tomato saiz besar 2 biji


Bahan tumis:
3 sekawan
Bawang besar sebiji (hiris)
1-2 batang serai (titikkan)
4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)


Cara-cara memasak:

Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.Cedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.Tumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.Tumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.Agak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.Kemudian tuangkan sesenduk susu cair.Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.Bila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.Taburkan hirisan bawang besar.Kecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.


kredit : my resepi / resepi dari Nor Haidah Md Said




3. Ayam Masak Merah Azie Kitchen


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur


Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Cara cara:

Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang


Nota Azie Kitchen:
Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing. Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna merah cantik.


Kredit : Azie Kitchen


4. Resepi Ayam Masak Merah  Che Nom
Resepi Che Nom cuma istimewanya ialah jenis gula yang digunakan iaitu gula melaka. Che Nom rasa penggunaan gula melaka menyebabkan manis kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa. 

Bahan istimewa yang ke-2 ialah daun kari. Penggunaan daun kari semasa menumis dapat menambahkan rasa dan aroma yang lebih wangi serta menyelerakan. Tapi jangan risau jika tak ada daun kari, boleh aja diabaikan. Cuma rasanya akan sedikit berbeza dengan versi yang Che Nom masak ini.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
serbuk kunyit
sedikit garam
1 tangkai daun kari
1/2 mangkuk air asam jawa
3-4 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar, potong bulat
Anggaran 1 keping gula melaka
2 sudu besar sos tiram


Bahan untuk kisar halus:
2 biji bawang besar
2 inci halia
6-8 biji bawang merah
8-10 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus


Cara Penyediaan:

Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.
Tip Che Nom:Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.
Kredit : Che Nom 



5. Ayam Masak Merah Ala Kampung Liza Idris


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit


Bahan dikisar:-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering


Bahan sos:-
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit
Herba 4 sekawan


Cara-cara:

Gaul ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.Tumiskan semua bahan-bahan kisar.Terus masuk je 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau seketika. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Masak seketika dan angkat. Hidangkan.

Kredit : Liza Idris 

KesimpulanCara memasak semua orang tidak sama tapi setiap resepi adalah lebih kurang serupa dan bahan-bahan yang digunakan pun seakan dan ada yang sedikit berbeza, apa pun kita memask ikut selera dan kesesuaian kita.


Kalau ada bahan masakan yang digunakan orang lain dari jenama mahal tapi semestinya masakan itu sedap pada selera kita.


Jadi memasaklah ikut kemampuan dan kesesuaian dan ikut selera poket kita.


Selamat memasak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/09/5-resepi-ayam-masak-merah-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Masakan Ayam Goreng Yang Sedap

10 Resepi Masakan Ayam Goreng Yang Sedap

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 404 hits
Masakan ayam sememangnya menjadi sajian kegemaran masyarakat kita terutama anak anak yang cukup menyukai pelbagai masakan ayam seperti ayam goreng rendang ayam yang pasti membuatkan makanan bertambah menyelerakan Seperti yang sedia maklum a...
Resepi Ikan Merah Masak Asam Style Utara

Resepi Ikan Merah Masak Asam Style Utara

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 419 hits
Resepi Ikan Masak Asam adalah antara resepi paling senang nak buat Tapi tak ramai yang wujudnya resepi mudah sedap macam ni Bahan pula sangat mudah didapati Untuk kali ni saya guna Ikan Merah segar yang besar Jom saya kongsi Resepi Ikan Mer...
Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas

Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 296 hits
Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas Ayam masak kari adalah menu kegemaran anak anak Kami akan masak 1 ekor ayam yang pasti akan dihabiskan dalam masa sehari oleh dua orang anak bujang kami itu mereka akan makan tak berhenti dek kerana kesed...
Ikan Pari 10 Resepi Ikan Pari Yang Sedap Memikat Selera

Ikan Pari 10 Resepi Ikan Pari Yang Sedap Memikat Selera

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 300 hits
Ikan pari merupakan antara jenis ikan yang kerap digunakan dalam masakan Ianya juga sesuai dinikmati bersama apa jenis kuah atau sambal jadi tidak hairan lauk ini memang cukup popular di kebanyakan gerai Kenali Ikan PariTahu tak yang ikan p...
Nasi Ayam Paling Senang Nak Masak

Nasi Ayam Paling Senang Nak Masak

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 311 hits
Nasi Ayam adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia Hidangan ini terdiri daripada nasi yang dimasak dengan lemak ayam dan rempah rempah disajikan dengan potongan ayam yang lembut dan pelbagai jenis sos Salah satu variasi yang paling t...
Intan Najuwa Gigih Di Dapur Tengah Malam Suami Tiba2 Request Ayam Masak Kicap

Intan Najuwa Gigih Di Dapur Tengah Malam Suami Tiba2 Request Ayam Masak Kicap

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 146 hits
Sejak mendirikan rumah tangga pelakon berbakat Intan Najuwa dilihat kerap berkongsi momen sebagai seorang isteri apabila menunjukkan bakat di dapur Dah tepek sleeping mask suami minta ayam masak kicap pula Kali ini pelakon drama Kekasih Pak...
Resepi Ayam Black Pepper

Resepi Ayam Black Pepper

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 339 hits
Resepi Ayam Black Pepper sememangnya menjadi kegemaran famili sis Rasanya yang lazat dan sedikit pedas membuatkan sesi rumah ketagihan Whoa Gitu kan Walaupun Sis tak terror sangat bab memasak ni tapi Sis suka dan gigih ke dapur Sekurang kur...
Ayam Masak Bijan Buat Lauk Makan Malam Nak Pedas Sikit Letak Cili Padi Memang Tak Mengecewakan

Ayam Masak Bijan Buat Lauk Makan Malam Nak Pedas Sikit Letak Cili Padi Memang Tak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 251 hits
Ayam masak bijan ini memang sesuai untuk buat lauk makan malam simple tapi sedap Berkuah dan cukup rasa macam paprik tapi ada kelainannya
Resepi Ayam Golek

Resepi Ayam Golek

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 158 hits
ayam golekBahan bahan rempah Bawang merah bombay 10bjibwang putih 1labuHalia seketulserai 5 btgserbuk kunyit 2 sudu kecilgula melaka 2 ketol garam 3 sudu kecil masak semua bahan di atas sehingga agak pekat kering rasa secukup rasa rempah ni...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco