Kafe Kayu Asam Pedas Dengkil
Assalamualaikum.
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas balik dari Mesyuarat PIBG kafa tadi, LM ajak ayah keluar. Bawa sekali Aish dan Syahim. Apit tak habis tuisyen online lagi masa tu. Tinggal la dia dengan kakak. Kakak busy siapkan assignment.
Tiada arah untuk dituju. Ayah tanya beberapa kali tak tau LM nak minta arah ke mana. Last last ayah ajak ke dengkil cari Asam pedas katanya. Dua bungkus nasi ayam yang dapat dari Kafa tadi tak makan lagi, maka lelaju LM kakak suruh dia dan apit makan nasi ayam tu
Ramai sungguh orang di KAFE KAYU ni harini, dulu-dulu tak seramai ini, sejak si kakak sekolah Menengah di Jenderam kami dah makan di sini, ni kakak pun dah nak habis diploma.
Asam pedas pari. Taraaa... Ni lah menu yang LM order tadi. Versi Asam pedas Johor kot.ada rasa lada hitam.hujan style melaka ye,takda rasa halba semua tu. Nampak menarik kan? RM 14.90 set siap nasi, sambal belacan, ulam salad dan timun dengan sepinggan nasi. Ikan dua ketul serius portion dia besar tak mampu nak makan seorang. Nasi pun banyak. Kesudahannya, nasi tak habis dan ikan tu tapau separuh bawa balik.
Time order tu, pekerja kata hari ni ada menu tambahan gulai daging Salai. Ayah order tu la, tak jadi ambil Asam pedas. Portion banyak juga lauk ayah, nampak kuah pekat dan sangat berbaloi.
Selain itu banyak set lain LM nampak ada dalam menu tadi. Ada set ikan bawal goreng, keli.. Ayam dan banyak lagi. Dulu kedai ni ada Asam pedas dan sup sup saja. Sekarang ni meriah sungguh menunya. Sedap? Ya sedap di tekak LM. Alhamdulillah Allah bagi rasa sedap. Jadi tak sedap sebab gigi besi ni saja(read braces). Makan apa pun tak syok tersangkut sana sini, haihh geram.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/09/kafe-kayu-asam-pedas-dengkil.html