Asam Pedas Kepala Kaki Lembu Korban


 Assalamualaikum WBT
SEMASA Program Ibadah Korban yang lepas, setiap kumpulan diberi pilihan sama ada untuk mengambil atau melepaskan bahagian lembu yang tidak termasuk dalam agihan daging korban iaitu sebiji kepala, empat batang kaki, perut dan kulit. Setiap lembu mempunyai 7 peserta kan, jadi katalah, jika ketujuh-tujuh orang nakkan semua bahagian tu, maka ia akan dibahagi 7. Macam kumpulan lembu Pak Inche dan ibu, 5 orang lagi peserta yang lain menolak bahagian kepala dan dua orang bersetuju untuk mengambil sebatang kaki seorang, lagi dua batang kaki tu semua tak nak. Begitu juga dengan perut dan kulit. Jadi, Sk sebagai wakil Pak Inche dan ibu, ambillah semua yang mereka lepaskan tu kecuali kulit, hehehe.

Haaa.. itupun Sk tanya dulu dengan adik-beradik Sk, ada tak sesiapa yang sanggup nak kerjakan kepala, kaki dan perut lembu tu. Pak Inche jangan disuruh 😆. Ilham pulak yang selalu boleh diharap kerja-kerja macam ni masa tu baru dihantar berkursus tiga minggu. Mujurlah Che Li kata sanggup. Keluarga Che Li di Terengganu memang menternak lembu jadi memang kacanglah Che Li nak mengerjakan anggota badan lembu tu. Sk dah bayangkan nak masak sup dan Asam Pedas Kepala Lembu 😆


Sebenarnya teringat, sekitar tahun lepas, Sk ada terima mesej dari seseorang yang bertanyakan soalan di atas. Disebabkan agaknya tak sabar tunggu Sk jawab mesej tu, dia buat panggilan telefon pulak 😆. Kemudian dia perkenalkan diri sebagai krew sebuah program dokumentari di saluran tv terkenal. Mereka nak buat segmen Asam Pedas Kepala Lembu. Dua kali dia memujuk namun Sk tak bersetuju apabila kami yang akan mengeluarkan perbelanjaan. Pihak produksi cuma akan bayar dalam beberapa persen sahaja. 
Macam mana dia boleh tanya tentang Asam Pedas Kepala Lembu tu pada Sk? Menurutnya, pada mulanya dia minta seorang peniaga restoran asam pedas di Melaka sediakan hidangan Asam Pedas Kepala Lembu tu sebaliknya peniaga tersebut menolak kerana tak pernah masak kepala lembu dalam asam pedas. Peniaga tu mencadangkan beliau hubungi Sk. Macam mana pulak peniaga tu kenal Sk? Sebab beliau buat carian google jumpa ni
ASAM PEDAS KEPALA LEMBU🤣

Dah masuk 20 Safar baru siap kepala lembu masak asam pedas. Tiga minggu jugaklah kepala tu disimpan dalam chest freezer di rumah Angah. Nasib baik ada Angah ada chest freezer tu, hahaha. Tapi, masa tu, Sk pulak tak ada di Johor. Che Li masak sup, Sk pesan tinggalkan sikit sebab Sk nak masak asam pedas. Kepala lembu tu, kita potonglah ya, taklah masak sebiji terus dalam periuk tengkoraknya. Selain tu, Che Li tinggalkan jugak sebatang kaki, tulah jadi tajuknya, Asam Pedas Kepala dan Kaki Lembu


Lidah lembu pun ada ni untuk siapa ya g suka. Sedap, kenyal-kenyal gitu. Disebabkan tak ada periuk besar, Sk masak guna kawah yang biasa Sk guna untuk masak rendang. Dua tiga hari sebelumnya, Sk dah rebus siap-siap kepala dan kaki tu dalam periuk tekanan. Memang lembut lerai la hasilnya


Dah masak asam pedas lagi padu tau! Pak Inche siap tambah-tambah nasi. Iman pulak masa ni masih belum selesa dengan keadaan perutnya yang baru sembuh dari Diarrhoea. Lepas tu, dia kata, dia tak makan kepala lembu. Cis, padahal dulu tu pandai jer makan. Sekarang ni, ikan kembung pun kononnya tak makan


Pak Inche gorengkan telur dadar. Memang ngam la asam pedas dengan telur dadar. Cara masak asam pedas ni, sama jer dengan kita masak asam pedas ayam, daging atau tetel cuma lebihkan lengkuas, halia dan serai. Sk jugak masukkan daun limau purut yang banyak dalam asam pedas ni. Siap masak, bahagi-bahagi pulak dalam bekas nak hantar rumah Angah, Cik Ani dan Cikwa. Tapi, Cikwa kena balik Johor la ambik, hehehehe

Burppp.. Alhamdulillah 😋Ops, jangan panggil Sk masak depan tv pulak ya. Kalau setakat rakam video sendiri, bolehlah. Kalau kamera besar-besar yang datang rakam, takut terbalik kuali nanti 🤣🤣🤣

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/asam-pedas-kepala-kaki-lembu-korban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Asam Pedas Tulang Sedap Dan Mudah

Resepi Asam Pedas Tulang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 339 hits
Selalunya kalau kita membeli daging bahagian tulang apa yang terfikir di fikiran mesti nak masak sup tulang atau gulai tulang tapi jarang sekali yang akan memasak asam pedas tulang Asam pedas tulang selalunya daging tetel yang dibuat asam p...
Kafe Kayu Asam Pedas Dengkil

Kafe Kayu Asam Pedas Dengkil

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Sebaik sahaja sampai di rumah selepas balik dari Mesyuarat PIBG kafa tadi LM ajak ayah keluar Bawa sekali Aish dan Syahim Apit tak habis tuisyen online lagi masa tu Tinggal la dia dengan kakak Kakak busy siapkan assignment T...
Viral Video Wanita Dianiaya Pria Di Bekasi Pelaku Diduga Mantan Suami Siri Korban

Viral Video Wanita Dianiaya Pria Di Bekasi Pelaku Diduga Mantan Suami Siri Korban

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 287 hits
Pelaku juga sempat ingin memukul menggunakan kipas angin berukuran besar namun berhasil dicegah korban
Belasan Anak Ular Korban Teror Warga Sawangan Depok

Belasan Anak Ular Korban Teror Warga Sawangan Depok

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 211 hits
Warga khawatir ular tersebut masuk ke rumah dan menggigit mereka
Ndx Aka Pelaku Macak Korban Chord

Ndx Aka Pelaku Macak Korban Chord

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 422 hits
D D E E A A aku wis males F m ngeleng2 koe Bm aku wis lemes E kelingan janjine C m manise cangkemu ra koyo F m kenyatane Bm cerito sing ra ceto buang2 E wektu wae A ngopo koe teko nek F m ngenei loro Bm koe sing lekasi koe E sing rampungi C...
Cerita Panglima Tni Jadi Korban Hoaks Video Dukung Anies Perintahkan Anak Buah Lacak Pelaku

Cerita Panglima Tni Jadi Korban Hoaks Video Dukung Anies Perintahkan Anak Buah Lacak Pelaku

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 326 hits
Cerita Panglima TNI Jadi Korban Hoaks Video Dukung Anies Perintahkan Anak Buah Lacak Pelaku
Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Orang Tua Dalam Mendidik Anak Menurut Al Qur An Dan As Sunnah

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang Brunei Dan London

Iphone 17 Dengan Ios 26 Berbaloi Ke Untuk Orang Malaysia

Iaman Kumpulan Saputra Dan Naqiu Juara The Chosen One Xtra Bawa Pulang Rm40 000

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak