Rendang Pedas Ayam Azie Kitchen



Setelah sebulan berpuasa di dalam bulan Ramadhan, akhirnya esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mudah mudahan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan di terima dan kita akan mendapat pengampunan dari dosa dan dibebaskan dari api neraka. 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin andai ada penulisan saya yang menyinggung hati samada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Taqabbalallaahu Minna Wa Minkun. Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan anda sekalian. Aameen.
Kali ini saya ingin kongsikan resepi Rendang Bonda Mertua yang telah saya ubahsuai. Saya menggunakan bahan bahan seperti diguna Bonda Mertua. Cuma saya buat sedikit penambahbaikan. Pertama ayam digoreng terlebih dahulu supaya isi lebih pejal tidak mudah hancur. 
Kedua rendang ini jika menggunakan santan segar, tak perlu memasukkan asam keping atau gula. Manis dari santan segar. Hanya guna garam semata. Ketiga, saya masakkan dulu bahan bahan rencah dengan santan sehingga sedikit pekat, sebelum dimasukkan ayam. Jadi tidak lah ayam terlalu lama berendam dalam kuah.

Hasilnya ayam tidak lah hancur. Biasalah kalau hancur sikit sikit sebab rendang kena selalu dikacau supaya tidak hangit. Bagi mengelakkan ayam hancur, ayam boleh diceduk keluar. Keringkan kuah dan kemudian tuangkan kuah ke atas ayam. Jadi ayam lebih cantik. Itu yang saya baca tips yang dikongsi oleh pelakun Zarina Zainuddin yang berjualan pulut kuning dengan rendang ayam dan pelbagai rendang. 
Boleh klik di SINI untuk entri rendang ayam versi bonda mertua yang saya pelajari dari arwah Bonda Mertua. Bila dimasukkan kelapa goreng, kuah rendang agak kering dan tidak lah terlalu berminyak. Jika suka, dimasak lagi lama lama dengan api kecil sehingga kering dan berserdak. Semua ikut suka dan selera masing masing. Jika suka berkuah, biarkan lah berkuah. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini untuk 3 ekor ayam. Video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang Pedas Ayam Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:3 ekor ayam - setiap satu dipotong 142 1/2 kg santan segar1/2 biji kelapa parut 1 keping asam keping - opsyenal2 sudu besar garam kasar 1 sudu besar gula pasir - opsyenal
Bahan kisar:11 sudu besar cili kering kisar3 inci lengkuas3 inci kunyit hidup - jika suka
Bahan hiris:12 batang serai 3 inci halia 25 biji bawang merah 15 ulas bawang putih2 helai daun kunyit
Cara cara:Ayam dibasuh dan tos. Lumur garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng seketika sahaja. Angkat dan tos. 



Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah sedikit pekat.  Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. 

Masukkan garam supaya ianya mesra. Masukkan ayam yang telah digoreng. 

Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota: teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. 
Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. 
Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng,  gula dan asam keping. 
Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap.  

Nota:Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. 
Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/06/rendang-pedas-ayam-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1289 hits
Kali ini saya kongsikan resepi kuah kacang daging Istimewa Azie Kitchen dalam portion yang banyak kerana saya menyediakan kuah kacang menggunakan 2 kilo kacang tanah Menghasilkan lebih kurang 9 10 kilo kuah kacang yang telah siap Agak banya...
Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 826 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Alhamdullillah tak lama lagi dah nak kita sambut raya macam mana dengan persiapan raya korang Mesti baju dan kuih raya semua dah beli betul tak Mah...
Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 543 hits
Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang Seperti bisa kita masuk dulu bab tazkirah Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini d...
Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Tanpa Garam

Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Tanpa Garam

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1142 hits
Sebelum SelepasAyam kukus masak taucu pedas tanpa garamKukus ayam tanpa campur air Lepas kukus penuh juice ayam sahaja dalam dulang Masakan tradisi org teochew Halal version kita guna ayam je kan senang Ok Sesiapa yg nk resipi kita akan pos...
Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam Trip Jogja Indonesia

Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam Trip Jogja Indonesia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 504 hits
Gereja Burung Bukannya Gereja Ayam Trip Jogja Indonesia Ingat entri sebelum ini yang cik en tulis Gereja Ayam sebenarnya bukanlah berbentuk ayam tapi terkenal dengan nama ayam Itupun cik en dan yang lain dapat tau semasa diberi penerangan s...
H 8 Lebaran 2019 Harga Daging Sapi Turun Sementara Ayam Mulai Naik

H 8 Lebaran 2019 Harga Daging Sapi Turun Sementara Ayam Mulai Naik

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 362 hits
Harga daging ayam delapan hari menuju Lebaran 2019 terpantau mulai naik Di Pasar Pondok Gede Bekasi harga daging ayam yang berukuran besar berkisar Rp 50 000 yang sebelumnya dijual seharga Rp 45 000 per ekor Sementara untuk ukuran sedang da...
Sambal Ayam Goreng Garing Resepinya Ringkas Saja

Sambal Ayam Goreng Garing Resepinya Ringkas Saja

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 612 hits
sambal ayam goreng garing Resepinya Ringkas SajaResepinya ringkas je
Kuih Tradisi Yang Di Cari Di Aidilfiri Kuih Cakar Ayam

Kuih Tradisi Yang Di Cari Di Aidilfiri Kuih Cakar Ayam

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 931 hits
Kuih Tradisi Yang Di Cari Di AidilFiri Kuih Cakar AyamBahan Bahan
Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari

Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 482 hits
Teruja sangat bila tengok si kecil mula melangkah Mama lah orang paling bahagia dah terbayang macam macam jenis kasut yang akan dibeli Tapi sebenarnya bila anak mula berjalan jangan cepat sangat pakaikan mereka kasut Kenapa Baca perkongsian...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Editing Tools For Drawing

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Ciri Boyfriend Material Yang Wanita Akan Respek Dan Rasa Selamat

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik