Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama



Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya, kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam. Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang. Seperti bisa, kita masuk dulu bab tazkirah. Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini di surau tempat saya bekerja.
Tazkirah Ustaz Abu Jihad berkenaan hari hari akhir Ramadhan serta amalan sunat menjelang hari raya Aidil Fitri. Ada baki 4 hari lagi, kena pecut lagi laju. Dalam bulan Ramadhan Allah tak nak satu saat pun kita tak dapat pahala sehingga ketika tidur pun dapat pahala. Tidur sebab penat berpuasa. Diam orang berpuasa juga diberi pahala seolah sedang bertasbih. Sebab penat puasa hingga dia diam tak bercakap. Jadi dia diberi pahala. 
Dalam satu bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah dimulai rahmah, kedua maghfirah iaitu keampunan dan pengakhirannya adalah dibebas api neraka. 3 benda ini adalah intipati Ramadhan supaya bila kita keluar dari Ramadhan kita dapat paling banyak rahmat dan paling banyak Allah ampun dosa. Kalau boleh bersih seperti bayi. 
Kena pastikan bila keluar dari bulan Ramadhan kita, dijauhkan dari api neraka. Nabi ajar supaya kita berdoa minta dijauhkan dari neraka. Betapa penting nya jauh dari api neraka. Belum lagi bab azab tapi bab bunyi pun dah menggerunkan. Nabi dan sahabat mendengar bunyi jatuh berdentum dan Nabi bertanya apa yang kalian dengar tadi. Kata Nabi itulah bunyi sebiji batu yang dibaling dari puncak neraka dah sampai ke dasar neraka. Bila bunyi kuat bermakna ia dicampak dari tempat tinggi. Bila batu tersebut dicampak dari puncak? Ia dicampak dari puncak neraka sejak 70 tahun lalu. Bayangkan betapa dalamnya neraka sehingga 70 tahun baru sampai ke dasarnya. Itu baru berita betapa dalamnya neraka. Belum lagi cerita bab azab neraka. Azab neraka yang paling ringan ialah pakai terompah api neraka, menggelegak otak. Jauh kaki dengan otak tapi tetap menggelegak. Tiada azab yang lebih ringan dari itu. 
Bila masuk neraka, tak ada orang berani nak tarik atau selamatkan kita. Api dunia pun orang tak berani nak selamatkan. Ingat dulu kes kemalangan di lebuhraya di mana lari tangki telah melanggar lori yang sedang berhenti. Ianya menyebabkan lori terbakar dengan pemandunya sekali. Walaupun ramai yang melihat, tiada yang berani menolong. Yang ada hanya merakam video beliau yang sedang menjerit jerit meminta ditolong sahaja. Apa lagi api neraka. 
Jadi kena bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, apakah amalan yang aku buat lepas aku tidur yang boleh menyelamatkan aku dari api neraka ya Allah. Para sahabat tak ada yang akan masuk neraka, pun mereka selalu bertanya pada Nabi apa kah amalan yang boleh selamatkan dari api neraka. 
Apa dia amalan itu yang boleh bantu kita di akhirat. 2 amalan seperti berikut: Pertama syafaat Al Quran. Al Quran akan jadi pembela pada orang yang bersahabat dengan Al Quran. Walau macam mana baik dan loving pun kita dengan pasangan, belum tentu dia akan membantu kita di akhirat. Di akhirat, silap silap pasangan kita akan tuntut pahala dari kita. Tapi Al Quran akan tolong kita. Allah simpan syafaat Al Quran untuk kesannya dari pahala boleh tolong kita di akhirat. Jadi kita sekarang mungkin tak rasa kesan bacaan Al Quran selain dari memberi rasa tenang. Biar Ramadhan jadikan kita seronok dengan Al Quran. 
Kedua, syafaat dari sedekah. Sedekah juga akan jadi pembantu kita. Di dunia, sedekah menjadi sebagai benteng dari sebarang bala. Allah halang dari bencana. Di akhirat sedekah akan menjadi benteng dengan api neraka. Allah ringankan dan permudahkan urusan hidup kita. Sebab tiap hari Allah hantar 2 malaikat yang akan doakan kebaikan dan doakan keburukan buat kita. Bila jadi pemurah, akan didoakan kebaikan. Bila hari tu kita jadi orang kedekut, maka kita didoakan kecelakaan. Doa malaikat Allah tak tolak. 
Kedua, sedekah akan meringankan masa sakaratul maut. Mati itu sakit. Rasulullah pun sakit walaupun ketika malaikat nak ambik nyawa baginda, malaikat minta izin terlebih dahulu. Akhir sekali, sedekah akan meringan dan kemudahan ketika dihitung di hadapan Allah. Di hadapan Allah, kita seperti orang berada di kandang orang salah seperti mahkmah dunia. Kita akan cari amalan amalan yang boleh tolong selamatkan dari api neraka. Jadi perbanyakkan lah bersedekah di akhir Ramadhan ini. Boleh keluarkan zakat pendapatan ketika bulan Ramadhan untuk mengambil kesempatan pahala berganda.
Jangan sesekali meninggalkan solat Terawih. Biar habis sekali dengan iman. Barulah dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam. Kalau malam tersebut kebetulan dengan Lailatul Qadr, kita dapat seolah ibadah 1000 bulan. Kena anggap Ramadhan terakhir. 
Bab beraya pulak juga ibadah. Malam raya bermula Maghrib dah masuk 1 Syawal. Malam raya adalah termasuk malam yang mustajab doa. Malam lain ialah malam jumaat, malam nisfu syabaan, malam lailatul qadr, malam aidil fitri dan malam hari raya aidil adha. Kena perbanyakkan berdoa pada malam malam tersebut. 
Apa yang sunat dilakukan. Sunat melaungkan takbir setelah anak bulan syawal keihatan. Tahu jer terus takbir sehingga selesai solat Aidil Fitri. Bayar zakat fitrah. Paling afhdal ialah sebelum solat raya. Itu sebab solat raya aidil fitri dilewatkan. Sunat malam raya berzikir dan solat tasbih. Sunat mandi dengan niat kedatangan hari raya sebelum ke masjid. 
Sunat pakai bau bauan yang harum bagi lelaki. Orang perempuan cukup sekadar bauan untuk hilangkan bau kurang enak. Membersihkan diri, buang bulu, potong kuku dan pakai pakaian yang elok menutup aurat. Pakaian raya jangan lah menyebabkan kita kena bakar balik dari api neraka. Sunat makan sedikit pada pagi sebelum ke masjid. Makan sekadar membezakan hari puasa dan hari raya yang boleh makan di siang hari. Solat raya. 
Sunat ke masjid untuk solat raya. Balik dari masjid disunatkan mengikut jalan lain untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minkun". Apa apa kita buat seperti open house, di niat untuk ibadah untuk menyebarkan salam, bagi makan pada orang dan niat untuk menyambung silaturrahim. Namun begitu, jangan ada maksiat dalam majlis itu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat...

Rendang ayam ini sangat versatile. Boleh dimakan dengna apa sahaja. Nasi putih, nasi lemak, nasi impit, mee hoon, lemang dsb. Jadi tak perlu tunggu raya pun, boleh masak rendang. Insya Allah untuk raya ini, saya akan menyediakan rendang ayam versi Bonda Mertua saya di SINI. 
Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang AyamOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam1/2 kg santan segar2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas disukai1 -2 sudu besar kerisik1 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris halusGaramGula MelakaGula
Bahan hiris:8-10 biji bawang merah6 ulas bawang putih3 batang serai2 inci halia
Bahan kisar:1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup1 batang serai
Cara cara:Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga agak agak cili masak. 

Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga bahan tumis terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. 

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak. 

Masukkan gula, gula Melaka, garam dan asam keping. Kemudian masukkan kerisik. 
Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kesukaan masing masing. 


Jika untuk dimakan dengan nasi, saya suka rendang yang basah dan berkuah. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/rendang-ayam-sedap-dan-tahan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Gunting Original Yang Rangup Sedap Dan Tahan Lama

Kuih Gunting Original Yang Rangup Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 4245 hits
Kuih Gunting Yang Rangup Sedap Dan Tahan Lama Kuih gunting original yang sedap tanpa sira tapi ada rasa kari dan udang kering Alahai sedapnya Dahlah kos murah mudah buatnya dan senang dimakan Haha Kuih gunting ni kuih legend Buat pelan pela...
Rendang Ayam Sedap

Rendang Ayam Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 780 hits
rendang ayam sedap yang kak rose gandingkan dengan nasi impit untuk berbuka semalam meh kak rose kongsikan resepinya kat sini terima kasih mintak izin nak tepek resepinya kat dapo kak rose pulak ya untuk nanti2 kalau nak buat lagi Bahan Bah...
4 Menu Ayam Daging Yang Sedap Cepat Dimasak

4 Menu Ayam Daging Yang Sedap Cepat Dimasak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 982 hits
Kalau korang jenis yang ada masak cukup cukup je nak masak untuk berbuka dek sebab selalu sangkut dalam jam masa balik kerja ini ada empat menu yang sedap ringkas dan cepat dimasak Kesemua lauk ini boleh korang sediakan tak lebih dari 15 mi...
Iftar 14 Nasi Impit Rendang Ayam

Iftar 14 Nasi Impit Rendang Ayam

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 588 hits
Asalamualakum dan salam Ramadhan ke 15 home made nasi impit dan rendang ayam untuk berbuka petang semalam rasa macam dah raya pulak hihi ni pertama kali kiranya berbuka dengan makan nasik walaupun cuma nasi impit kan sepinggan ni kongsi den...
Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut

Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1513 hits
As Salam Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Satu Bahan Ini Dimakan Bersama Roti Jala Yang Kekal Lembut Alhamdulillah Allah masih memberi kita kesihatan tubuh badan sehingga dapat menunaikan ibadah puasa hingga hari yang ke 21 Syukur saya dan adik...
Rendang Pedas Ayam Azie Kitchen

Rendang Pedas Ayam Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 914 hits
Setelah sebulan berpuasa di dalam bulan Ramadhan akhirnya esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri Mudah mudahan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan di terima dan kita akan mendapat pengampunan dari dosa dan dibebaskan dari api nerak...
Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 786 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Alhamdullillah tak lama lagi dah nak kita sambut raya macam mana dengan persiapan raya korang Mesti baju dan kuih raya semua dah beli betul tak Mah...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults