Bila Anak Dah Boleh Jalan Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari


Teruja sangat bila tengok si kecil mula melangkah. Mama lah orang paling bahagia, dah terbayang macam-macam jenis kasut yang akan dibeli. Tapi sebenarnya, bila anak mula berjalan jangan cepat sangat pakaikan mereka kasut. Kenapa? Baca perkongsian ini.

Ini masa Ashrof Haikol umur setahun lebih. Jalan pun macam anak itik

Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya masa tu
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak menerima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak dia.”
Hmm. Lalu hati saya berbisik
“Abih 5 pasang kasut yang aku baru beli ni nak buat apa, doktor?”
“Buat dedak je la, markonahhh.” Jawab doktor di dalam hati. Hahahahah.
Salah satu aktiviti yang sangat disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan kaki ayam di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya, macam dalam video ni. Dapat buat 20-30minit sehari pun dah memadai.

Mula2 nak expose Haikal jalan kaki ayam ni memang macam2 jugak lah cengkadaknya.
Geli, menangis, meronta. Tapi hadap je la.
Itu belum campur kena hadap cakap2 orang lagi– Takut kaki anak luka lah. Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah. Takut tapak kaki anak jadi kasar lah. Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
Tapi redahkan aje. Lantakkan orang nak cakap apa. Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.

Tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam2 perubahan positif yg saya nampak pada Haikal.
1. Fine & gross motor skills dia semakin kemas.
2. Focus & alertness dia semakin tajam.
3. Physical strength semakin padu.
4. Sense of balance & body awareness semakin baik.
5. Creativity semakin out of the box.
6. Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak2 seusianya.
Dan masa tu, orang2 yg sibuk cakap2 dulu tu datang semula kat saya dan tanya–
camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni? 
Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan.
At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy.
But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi. 
Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul — DIAM DAN BUAT JE.

And let the success make the noise. Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :
1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel. 
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is veryyyy important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.
5. Kurangkan screen time, because it limits child’s body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak (bawah 4 tahun) duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu bentuk penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 2 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana2 untuk perkembangan tahun2 yang seterusnya.
Saya harap perkongsian ringkas hari ni bermanfaat k.
Sumber: Adlil Rajiah
The post Bila Anak Dah Boleh Jalan, Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut! Biarkan Anak Berkaki Ayam 30 Minit Sehari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bila-anak-dah-boleh-jalan-jangan-cepat-sangat-pakaikan-kasut-biarkan-anak-berkaki-ayam-30-minit-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Cepat Berjalan Banyakkan Berkaki Ayam Merangkak Bergolek Menguatkan Otot

Nak Anak Cepat Berjalan Banyakkan Berkaki Ayam Merangkak Bergolek Menguatkan Otot

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 456 hits
Tanpa guna walker si kecil boleh belajar berjalan sendiri Mama papa wajib cuba bantu bayi bertatih dan memulakan langkah pertamanya Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan bayi Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dun...
Anak Dah 7 Bulan Tapi Masih Tak Merangkak Mama Boleh Praktis 6 Cara Rangsang Bayi Cepat Je Anak Merangkak

Anak Dah 7 Bulan Tapi Masih Tak Merangkak Mama Boleh Praktis 6 Cara Rangsang Bayi Cepat Je Anak Merangkak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 643 hits
Melihat perkembangan anak dari meniarap merangkak dan seterusnya berjalan memang mengujakan mama Namun bila anak alami kelewatan dalam perkembangannya mama mulalah cuak Apa yang mama kena tahu perkembangan anak sebenarnya tidak sama berband...
Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 641 hits
Selalu bila nak didik anak berpuasa mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan lahan Jangan paksa Perkongsian lima tip oleh Dr Taufiq Razif...
Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 367 hits
Dua tiga hari lepas aku ada terbaca status Rakan Blogger Safura berkongsi tentang nasihat doktor yang tidak menggalakkan penggunaan smartphone dengan kerap oleh anak anak Sebab utama penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama akan memberi...
8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa 1 Minit Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa 1 Minit Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 428 hits
8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa 1 Minit Tetapi Ganjarannya Sangat BesarDi dalam kesibukkan dunia hari ini minit demi minit berlalu dengan cukup pantas Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu d...
Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 578 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Cukup 20 Minit Setiap Hari Luangkan Masa Dengan Anak Anak Boleh Jadi Bijak Hebat

Cukup 20 Minit Setiap Hari Luangkan Masa Dengan Anak Anak Boleh Jadi Bijak Hebat

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 446 hits
Setiap ibu bapa mesti impikan anak anak yang bijak Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak pandai dan mudah di didik Dr Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan ...
Anak Tak Fokus Cepat Marah Dan Mengamuk Ada Sebabnya Mama Jangan Terlebih Bebel Kena Tahu Fungsi Otak Anak

Anak Tak Fokus Cepat Marah Dan Mengamuk Ada Sebabnya Mama Jangan Terlebih Bebel Kena Tahu Fungsi Otak Anak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 440 hits
Berbuih mulut mama suruh buat itu dan ini bagi arahan untuk mandi dan uruskan diri sendiri tapi anak buat buat tak dengar saja Geram dan naik darah juga ibu dibuatnya Kalau sekali mungkin tak mengapa tapi berkali kali Ibu mana yang boleh be...
Dengan Anak Tak Boleh Cakap Pusing Pusing Mereka Tak Faham Ozlynn Kongsi Cara Disiplinkan Anak

Dengan Anak Tak Boleh Cakap Pusing Pusing Mereka Tak Faham Ozlynn Kongsi Cara Disiplinkan Anak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 371 hits
Pelakon Ozlynn menerusi akaun instagram Jozlynn yang dikongsi bersama suaminya Johan Raja Lawak memuatnaik sebuah video dimana gelagat Chantiq sedang melayan baby Moleiq subuh tadi Menerusi kepsyen video tersebut Ozlynn berkongsi dengan pan...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini